“Kena Bawa Jumpa Mommy Ni Baru Happy.” Awal Ashaari Buntu Reaksi Anak Tak Teruja Pergi Bercuti Buat Ramai Terhibur!

Share

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menerusi laman Instagramnya, berkongsi momen percutian bersama keluarga di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Begitupun, percutian kali ini tidak disertai oleh isterinya, Scha Alyahya yang kini sedang menjalani sebuah penggambaran.

Menerusi perkongsian tersebut,Awal Ashaari yang memuatnaik gambar bersama dua anak perempuannya memberitahu bahawa sudah tidak tahu kemana lagi destinasi yang harus dituju hanya demi membuatkan anak keduanya teruja.

Dalam nada berseloroh menerusi kapsyennya, Awal memberitahu yang anak perempuan keduanya itu, Lyla Amina tidak berperasaan kerana tidak tahu bahawa keadaan anaknya itu berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

“Daddy tak tau nak bawak pi mana lagi untuk buat awak ni excited. Terbang dah, masuk air dah, pi zoo dah, masuk hutan pun dah.

“Ke awak nak seberang pi Kuala Perlis baru nak senyum? Susah jugak budak takde perasaan ni. kita tak tau dia ok ke tak.. selalunya orang kata anak no 2 ni penuh perasaan.

“Bawak Pi Haji Ismail beli pinggan mangkuk kang.. baru tau.

Malah itu juga membuatkan dia ada terfikir untuk membawa anaknya itu ke negeri Perlis dimana isterinya kini sedang shooting supaya dapat membuatkan Lyla Amina kembali tersenyum.

Mungkin destinasi Perlis itu yang akan membuatkan si comel Lyla Amina kembali teruja dan ceria seperti sediakala setelah bertemu dengan ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut. Ada yang berkongsi tip tak kurang yang mengakui mengalami pengalaman yang sama.

lisasurihani 🤣🤣🤣 Leo was like this too! Hard to impress! But now dia la joker 😅
mammam.babyfood.hq Nie kesan dari pikir pasal PKP kot sepanjang mummy pregnant dulu 😂
iyliasabeela Lawak la daddy lila ni. Kena bawak jumpa mommy ni baru happy 🤣🤣🤣
aku_naz89 Ank no2. Tak menggambarkan isi hati yg sbnr. Kita kena lebih peka dgn ank 002 ni.. walau apapun, anak 002 beri pengalaman yg amat berbeza buat ibu bapa.. ❤️
hassima 😂 Mcm anak saya juga, ank no. 2 baru 1 thn 2 bln… Kemain ssh nak bt dia senyum. Mmg muka x de perasaan je…
pochieeakmar Dy pandai sorok perasaan la dady hahhaha sje nk game kan dady die
ayunamelissa 🤣🤣🤣 ha ha ha…. tite rindu mamy ..

Sumber: awalashaari


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara