Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair.
Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya.
Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan minum’ selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur.
Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang mencapai keseimbangan air dan mineral dalam tubuhnya kerana selain air dan mineral, antioksida yang banyak dalam buah-buahan dapat membantu mencegah serangan stroke.
TIP MESTI TAHU
Ads
Selain itu, terdapat beberapa cara bagi mencegah serangan stroke. Antaranya:
1. Melakukan Senaman Ringan
Salah satu cara terbaik untuk mencegah serangan stroke, terutamanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes adalah dengan cara melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, dan melakukan senaman regangan. lakukan sekurang-kuranganya 30 minit setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah, memperkuatkan otot-otot jantung, dan mencegah pembentukan sumbatan dalam saluran darah.
2. Berhenti Merokok
Ads
Semua orang tahu bahawa merokok bukanlah suatu amalan yang sihat kerana ia salah faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular termasuk serangan stroke. Nikotine dalam asap rokok menyebabkan sumbatan dalam saluran darah dan menyebabkan darah menjadi lebih pekat.Ini menyumbangkan kepada serangan stroke.
3. Tidak Minum Alkohol
Alkohol juga mempengaruhi peredaran darah, kepekatan darah dan menyebabkan saluran darah terumbat. Ia meningkatkan risiko serangan stroke.
4. Menjaga Pemakanan
Ads
Bagi yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, risiko untuk mendapat serangan stroke meningkat. Sebagai contoh, jika kita sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, mengambil makanan yang mempunyai tahap natrium yang tinggi, dan tdak mengambil serat yang mencukupi. Saya juga menggalakkan pengambilan ‘minyak sihat’ seperti minyak zaitun bagi menghentikan proses keradangan dalam tubuh. Serangan stroke juga mudah berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
5. Cukupi Tidur Setiap Malam
Kurang tidur boleh menyebabkan masalah keradangan yang yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan saluran darah tersumbat, seterusnya meningkatkan serangan stroke. Tidurlah antara 6-8 jam sehari. Jika tidak mencukupi di waktu malam, tidurlah sebentar di siang hari sebelum zohor.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lemon memang diakui kehebatan dan khasiatnya pada tubuh badan. Selain meningkatkan metabolisme tubuh dengan hanya secawan lemon panas, tubuh juga makin segar bugar.
Dr Hamid Arsyad sendiri menyarankan agar mengamalkan air lemon panas setiap pagi. Khasiatnya cukup baik untuk wanita malah membantu wanita yang mengalami
cyst, fibroid pada rahim termasuklah endometriosis dan adenomyosis. Hebat kan?
Malah bukan hanya baik untuk melawas dan membakar lemak, paling penting amalan minum air lemon panas ini dapat menurunkan berat badan. Tapi kenalah rajin amalkannya setiap hari. Barulah nampak hasilnya.
Mungkin anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurul Diyana Kamaludin ini. Badan segar dan berat pun turun. Jom amalkan.
Bahan-bahan:
2 keping potongan lemon
1 bunga lawang
1 atau 2 cengkih
Sehiris halia
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit madu
Caranya:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Biarkan mendidih.
3. Tutup apinya dan biarkan sedikit suam.
4. Bolehlah diminum ketika masih suam.
Kita boleh segar sihat dengan bahan yang ada di dapur sahaja. Rajin-rajinkanlah diri untuk nak pastikan tubuh sihat dan tak sakit-sakit badan.
Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Diyana Kamaludin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai ibu ayah tentu tahu bagaimana perasaannya bila berdepan dengan anak yang jatuh sakit. Hati akan rasa risau, sedih dan dalam masa yang sama sangat berharap agar segera sembuh. Tidak sanggup rasanya untuk terus melihat anak menanggung kesakitan.
Begitulah juga yang dilalui detik ini oleh Datuk Aliff Syukri dan isteri bila mana berkongsi keadaan terkini anak bongsunya Luqman Al Haqeem yang tidak sihat hingga terpaksa diberikan bantuan pernafasan.
“Mohon doa kalian.. oksigen anak saya dah drope mengejut nasib baik @shahidadherbs perasan.. susah hati saya. Benda yang paling abah tak sanggup tengok bila tengok anak abah sakit..tambahan pula luqman baru menginjak 2 bulan,” luah Datuk Aliff Syukri sebagai bapa yang risau dengan keadaan anaknya kini.
Difahamkan kandungan oksigen anak kecil itu drop disebabkan serangan virus RSV atau Respiratory syncytial virus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.
“Ada 2 virus yang menyerang Luqman iaitu virus RSV dan Adenovirus…hari ni oksigen luqman dan muka drop dan saya berterima kasih kepada @dr_iqbal_paeds_ qbal nurse di KPJ Damansara yang merawat anak saya di sini..dan wife saya ..Semoga anda semua sudi mendoakan kesembuhan buat anak saya Luqman Al Haqeem B Aliff Syukri.”
Berkongsi pengalaman yang sama mommy_Hanahumaira turut meninggalkan komennya di posting tersebut,”Anak saya umur hampir 3taun positif adeno pn da teruk amat keadaan die mstu..but syukur alhamdulillah..seminggu lebih die sakit,terus sembuh..smg Allah sembuhkan Luqman..Aamiin.”
Kongsi alinenorin pula yang turut mendoakan semoga cepat sembuh buat luqman, tulisnya,”Anak saya pernah kena rsv,dia tengah takde imune badan masa tu,memang tengah 0, sebab baru lepas kimo, masa tu umur setahun..Hampir-hampir nak masuk icu, memang virus tu bahaya. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Luqman .”
“Sedikit tips bg ex patient(anak sy) 2 virus ni. Lepas keluar ward terus balik rumah dan kalau boleh elakkan ke tmpat crowded sebab akan trigger batuk balik. Bila dah batuk susah sikit nak baik semula kene stand by inhaler pulak”, kongsi mika_2314 pula.
Ada orang di musim perayaan ini bila terlebih makan lemang atau pulut, mulalah badan rasa tidak selesa, berangin perut.
Selain disapu minyak angin atau makan ubat yang dapat melegakan rasa kembung perut, ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan ini untuk atasi masalah angin dalam badan.
Walau hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur, namun menurut perkongsian Humairah Al-Hamra, amalan makan sambal halia menjadi tradisi buat mereka adik beradik untuk atasi masalah angin dalam badan dan ia merupakan petua yang diperolehi daripada arwah ibunya.
Jadi boleh dicuba dan rasai manfaatnya pada tubuh badan anda yang bukan sahaja untuk melegakan rasa tidak selesa pada perut malah dapat juga meredakan rasa sengal-sengal sendi, kebas kaki dan tangan, lenguh-lenguh badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin. Bahkan sangat bagus untuk ibu lepas bersalin yang mengalami bentan apabila dimakan dengan nasi panas.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.