Kena Ambil Tahu Bila Ada Ibu Demam Lepas Melahirkan Anak. Take Note Ye.

Share

Masalah demam di kalangan wanita yang baru melahirkan anak(dalam berpantang) sama ada melalui kaedah yang normal (melalui faraj) atau secara pembedahan Caesarean, biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman.

Wanita yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kesihatan, selalunya lambat mendapat rawatan sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu mereka harus mendapatkan rawatan segera.

Demam sebegini da dikenali sebagai “Postpartum Fever”, apabila suhu badan yang melebihi 38.0°C dan sekurang-kurangnya berlaku 2 hari dalam tempoh 10 hari selepas melahirkan bayi.

PUNCA

Gambar hiasan

Punca utama demam seperti ini ialah disebabkan oleh jangkitan kuman pada luka episiotomy. Jahitan pada luka ini akan terbuka sebelum ia benar-benar sembuh. Kadang kala terdapat takungan nanah pada luka dan menyebabkan rasa bengkak dan sakit pada sekitar permukaan faraj.
Wanita yang menjalani pembedahan caeserean pula mengalami jangkitan kuman pada jahitan pada abdomen mereka.

Selain itu, demam selepas melahirkan anak ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada rahem, terutama apabila terdapat sisa uri yang tertinggal dalam rahem. Wanita seperti ini akan berasa demam, sakit di bahagian abdomen, mengeluarkan darah nifas yang berbau busuk dan berketul-ketul, dan tempuh nifas menjadi panjang.

Punca yang ketiga ialah jangkitan kuman pada pundi air kencing. Semasa proses melahirkan anak berlaku, pundi air kencing menjadi terhimpit dan tercedera, terutama apabila kepala bayi yang keluar itu agak besar.
Jangkitan kuman pada pundi kencing menyebabkan wanita ini akan mengalami rasa pedih ketika membuang air kecil.

Bagi wanita yang mengalami demam selepas melahirkan anak, supaya mendapatkan pemeriksaan doctor bagi menentukan punca demam itu. Selain itu saya mencadangkan agar mendapat rehat secukupnya, memperbanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2L dan memilih pemakanan yang seimbang.

Kredit:Dr Zubaidi Hj Ahmad