Memang tidak dinafikan ada segelintir ibu bapa begitu sayang anak. Malah, jika anak minta, sanggup dipenuhi.
Anak tidak pernah rasa susah. Segala yang diingini dipenuhi oleh ibu bapa.
Anak bagaikan ‘tuan’ apa yang diminta dipenuhi.
Hakikatnya cara ini akan memberi kesan kepada perkembangan anak itu.
Saudara Muhammad Yusof ada berkongsi corentan kisah ibu bapa yang mendidik anaknya melalui kepayahan hidup agar anak membesar menjadi insan berguna dan tegar menjalani kehidupan masa hadapan dengan baik.
Ikuti perkongsiannya.
Malam hari tu dalam pukul 12.30 tengah malam aku pi dobi baju. Sambil tunggu baju siap dobi, aku pi minum kejap kat sebuah kedai makan dekat-dekat situ.
Ads
Ada mak cik pakai tudung labuh datang ambil order. Sambil main henset aku perasan je mak cik, rajin sungguh buat kerja. Jenis tak duduk diam. Kejap ambil order, kejap hantar makanan, kejap ke dapur.
Aku memang jenis suka duduk luar kedai. Ambil udara segar.
Tengah-tengah aku dok minum air, datang sorang pak cik dengan anak dia dalam umur 8-9 tahun naik sebuah motor kriss buruk.
Pak cik dan anaknya tadi terus duduk kat satu sudut terceruk dalam kedai tu.
Aku perhati budak kecik tadi terus salam mak cik yang rajin tadi, sambil cium pipi. Aku rasa may be budak tu anak mak cik ni.
Ads
Lepas tu, budak kecik tu ambil penyapu dan bantu mak cik tadi sapu lantai. Sambil tu, mak cik tadi ke dapur ambil air terus bagi kat pak cik tadi.
Allah, Allah. Bahagianya aku tengok keluarga ini. Macam nak mengalir air mata aku.
Aku pernah tengok kat satu kedai makan, anak nak cakap dengan mak ayah tapi mak ayah dok sibuk main henset. Sampai terjatuh anak tu tersadung, baru pakat kalut mak ayah nak tengok anak dia.
Kadang-kadang ilmu parenting ni kita boleh belajar dengan memerhatikan macamana orang lain jaga anak mereka.
Ads
Bila jadi ibu bapa ni kadang-kadang kita kena biasakan anak kita susah sikit. Maksudnya, bila kita bawak dorang masuk kedai, kadang-kadang kita bertegas sikit jangan terus beli apa yang dorang nak. Bagi dorang rasa susah sikit nak dapatkan sesuatu.
Kita letaklah target untuk anak-anak capai, contohnya dia dapat nombor 1 atau dia cemerlang atau dia tolong kita buat kerja rumah, kita bagi lah dorang upah. Bawak dorang pergi Ninso ke, kedai Eco ke, mesti dorang happy.
Tapi syaratnya bagi dorang rasa susah sikit untuk dapat sesuatu, barulah dorang akan rasa lebih menghargai. Dulu mak ayah zaman 80-an-90-an biasa buat benda ni.
Lagi satu suka betul aku tengok mak cik dan pak cik tadi selaku parent bergabung tenaga, membesarkan anak dorang walaupun dalam susana serba sederhana. Bukan sebelah pihak je.
Aku percaya dengan kerjasama ibu dan ayah ni, anak-anak Insyaallah akan jadi anak yang baik dunia dan akhirat.
Siapa menyangka rupanya jodoh yang diaturkan Allah rupanya sudah ada di depan mata. Itulah yang boleh diungkapkan mengenai kisah cinta pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Baru sahaja menyambut hari lahirnya ke-40 tahun pada 27 September lalu, rupanya hasrat untuk memiliki bunga cinta bernama Fazura ini telah dipendamkan lama oleh Fattah Amin.
Kongsi Fattah, dia mula bertentang mata dengan isterinya itu ketika menjalani penggambaran sebuh filem. Disitulah dia sememangnya mengakui sudah lama menyimpan perasaan minat terhadap isterinya sejak awal menceburi bidang lakonan.
“Jujur saya peminat Fazura juga dulu. Yelah kita tak pernah terbayang kita akan jadi pelakon kan.
“Pertama kali saya jumpa Fazura waktu sama-sama berlakon dalam satu filem.
“Saya pelakon tambahan dan waktu itu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Dah ada depan mata pun tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi,” luahnya berkongsi detik manis itu.
Malah kongsi Fattah lagi, dia teramat bersyukur atas takdir jodoh antaranya dan Fazura sehingga membawa ke alam rumah tangga serta kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya sebagai pelengkap bahagia mereka.
“Tapi waktu itu ada rasa, “macam eh minatnya dengan Fazura ni kan”. Kemudian lepas itu dah ditakdirkan jodoh Allah sampai, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima. Syukur,” katanya lagi.
Fattah yang meraikan sambutan hari lahir Fazura yang ke 40 tahun pada 27 September lalu dilihat cukup romantis bila mana meraikan majlis itu berdua, secara eksklusif.
Kedua-duanya tampil cantik dan manis dengan busana berona biru dan ungu. Terserlah kecantikan isteri kesayangan Fattah Amin.
Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan. Dalam hal ini, pasangan dilihat sebagai melengkapi antara satu sama lain.
Namun ada juga yang sebaliknya. Jika ia berlaku, tentu akan memberi kesan kepada perkahwinan itu. Biarpun hal remeh temeh, ia sebenarnya penting dalam sebuah perkahwinan.
Ikuti hal ini sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini.
Pernah dengar ayat "Lelaki tidak suka benda remeh-temeh" ??
Nur pernah. Tapi dah tak ingat dari mana dari siapa dan bila.
Pernah dengar ceramah Ustaz Elyas Ismail. Pernyataan ini betul tetapi ia perlu guideline.
Wanita perlu berdikari.
Tapi jangan sampai terlebih.
"B, sewa rumah belum bayar"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, beras habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, pampers anak habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
Ada isteri, sampai masa, terus bayar, terus buat. Diam saja.
Jangan hairan. Ada suami, mereka memang langsung tidak tahu dan takda idea apa yang mereka patut lakukan. Betul, ada. Lagi-lagi bila isteri pun bekerja.
Dulu, Aidil pon macamni. Dia macam tak terfikir apa yang patut dia buat.
Walaupon benda tu nampak kecil / remeh di mata Nur.
Jadi nak buat apa??
Bagitahu. Cakap.
Bukan nak peningkan kepala suami. Apabila kahwin, secara automatik akan ada banyak benda remeh-temeh akan kena fikir.
Kalau rasa nak hidup aman, tenang, fikir tentang diri sendiri… Perlu fikir banyak kali dulu sebelum kahwin.
ISTERI INGATKAN SUAMI
Isteri, tolong ingatkan.
Dan Alhamdulillah..
Sekarang, Aidil automatik dah program dalam kepala dia hal² yang kita rasa 'remeh' ni.
Sampai kadang Nur terlupa bagitahu beras / barang² lain dah habis pon dia yang beli dulu. Sebab dah terbiasa terperhati.
Dalam perkahwinan, tak ada yang remeh-temeh. Semua perkara adalah penting. Cuma ada yang perlu dibincang, ada yang boleh dan patut diselesaikan sendiri tanpa suami. Ada yang perlu dibiarkan saja.
Setiap ibu pasti memiliki momen menyusukan anak-anak, termasuklah juga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos.
Bagi isteri kepada angkasawan negara ini, perjalanan menyusukan dua anak kembarnya, Eusoff dan Emelia meninggalkan kenangan yang cukup manis dalam lipatan diari hidupnya.
Lebih 16 bulan menyusukan kedua-duanya, kini sudah hampir waktu untuk bercerai susu namun dia kental untuk terus menyusukan.
Akuinya walaupun penat namun dia tidak kisah, bahkan dia tak sampai hati untuk berhenti menyusu.
“These two muchkins. Hampir 16 bulan perjalanan penyusuan dengan kedua-dua ni. Boleh dikatakan Eusoff dah mula minum susu sepenuhnya setiapmasa. Malam-malam je cari mommy kalau haus.
“Emelia pulak, dah slowly weaned off breast milk, kat sekolah dah tak hantar frozen breast milk dah. Kena belajar berdikari dengan formula milk. Tapi bila balik sekolah je, terus masuk dalam baju Mommy.
“Bagi saya ia adalah satu perjalanan penyusuan yang cukup indah. Tapi mommy dah malas nak pump dekat tempat kerja. Sekarang pulak saya pam sekali saja pada waktu siang, tu sahaja. sayang pulak kalau tak pump,” kongsinya menerusi kapsyen.
Bukan itu sahaja, dia mengakui dengan memberikan anak-anak susu badan, banyak manfaat diperoleh termasuklah dapat menjimatkan ribuan ringgit.
Namun kini, sudah masa yang cukup sesuai untuk dia memperkenalkan susu formula kepada anak kembarnya itu.
“Saya dah berjaya jimatkan beribu ringgit dari beli susu formula..haha. Stock yang ada ni, boleh guna bila terlupa beli formula.
“Alhamdulillah tak ada masalah setakat ni. Kitorang banyak dah menyumbang kepada ekonomi S26 sebab dah beli sejak 10 tahun lalu masa Bella baby lagi.
“Saya mahu badan saya kembali, perjalanan yang indah untuk berada di jabatan F&B..hahaha.(dulu di jabatan Hiburan). But this mommy still tak sampai hati nak totally stop breastfeeding. I just can’t make up my mind,” ujarnya lagi.
Melalui perkongsian isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar ini lagi, anak kembar lelakinya, Eusoff mengambil langkah awal minum susu formula terlebih dahulu dan kini diikuti pula dengan Emelia.