Kena Ada Sasaran Jika Nak Bebas Hutang, Punya Kewangan Kukuh, Deep Nasihat Wanita Ni

Share

Pastinya kita mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup dengan hidup selesa tanpa ada masalah kewangan.

Paling mengembirakan bila dapat bebas kewangan pada usia yang muda.

Begitu juga dengan wanita ini, Marlia Ramli yang terkenal dengan idea kewangannya.

Baru balik dari bercuti bersama keluarganya, perkongsiannya cetus inspirasi.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

KENA ADA SASARAN 2023

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Untuk menetapkan matlamat di tahun 2023, ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan :

1) matlamat perlu measurable. Mesti ada ukuran. Contohnya : nak beli rumah pertama. Nak capai simpanan emas 1kg pertama.

2) matlamat perlu ada tempoh masa. Contohnya : mesti capai matlamat sebelum Oktober 2023. Dua bulan lagi adalah tempoh post morterm.

3) matlamat perlu dipecahkan di dalam pecahan yang kecil. Contohnya : jika nak capai bulan Oktober, pecahkan kepada bulanan nak capai berapa banyak?

4) matlamat perlu bersasar. Tak boleh bagi diri pilihan. Anggaplah tahun 2023 adalah tahun terakhir kita hidup. All out. Alang-alang buat biar sampai jadi!

 

5) matlamat pasti berbeza-beza setiap individu. Tidak ada yang salah atau yang betul dalam menetapkan matlamat . Asalkan tak ganggu hidup orang dan tidak menyusahkan sesiapa.

Akak dan suami dah balik dari bercuti. Kami telah selesai melakukan post morterm 2022 dan selesai merangka gerak kerja bagi tahun tahun depan. We will do more and bigger in 2023.

Alhamdulillah….

Hiduplah dengan membina impian. Hidup tanpa impian akan MEMATIKAN JIWA.

Salam Sayang
Sumber: Marlia Ramli

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club