Tidak dinafikan kebanyakkan lelaki stress atau kemurungan biasanya disebabkan hilang punca pendapatan. Situasi ini akan memberi impak negatif pada diri sebagai ketua keluarga.
Apabila tidak mampu menunaikan keperluan dan nafkah buat keluarga serta komitmen kewangan seperti rumah, kereta, dan lain-lain lagi.
Kemurungan juga berlaku juga boleh juga akibat tekanan di tempat kerja, dibuli ketua atau rakan sejawat.
Tambahan pula, keadaan Covid sekarang, ramai juga diberhentikan kerja ekoran beberapa sektor industri menghadapi masalah pelaburan.
Apa yang pasti, kemurungan akan memberi kesan kepada kehidupan jika dibiarkan akan ‘makan diri’ sehingga kecenderung untuk melakukan tindakan diluar kawalan.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita harus ambil peduli orang tersayang termasuk suami, saudara dan rakan-rakan. Jangan biar mereka simpan dan pendam sendiri.
Kemurungan merupakan salah satu gangguan kesihatan mental yang dialami oleh lelaki dan wanita. Namun, laporan-laporan kajian mendapati, wanita lebih ramai mengalami masalah kemurungan.
Ini kerana lelaki kurang mendedahkan masalah kemurungan yang mereka hadapi apatah lagi tampil untuk mendapatkan bantuan.
Namun, kes bunuh diri akibat kemurungan dalam kalangan lelaki di seluruh dunia dilaporkan empat kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.
Kebiasaannya lelaki menunjukkan tanda-tanda kemurungan berbeza dengan wanita seperti mudah marah, sikap lebih kasar dan agresif dalam perhubungan berbanding wanita yang kerap menangis dan sedih.
Tidak ramai lelaki tampil mendapatkan bantuan atau berkongsi masalah kemurungan yang dialami kerana malu, ego dan tidak mahu dianggap lemah.
Lelaki perlu ubah pandangan ini. Dapatkan bantuan kerana kesihatan mental adalah milik semua, tidak kira anda lelaki atau wanita.
T – Tell someone you trust about your problems (kongsi masalah dengan orang yang dipercayai
Jangan berseorangan dan bertindaklah sekarang!
*Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Sedunia pada November setiap tahun atau MOVEMBER