“Kempunan Makan Ketupat Cicah Kuah Kacang…” Bekas Kaca Pecah Masak Atas Api, Warganet Kongsi Tip Cara Guna Yang Betul.

Share

Ramai wanita suka membeli belah set periuk masakan. Antara yang menjadi kegilaan para mak-mak adalah bekas masakan jenis kaca.

Bagi yang suka memasak, pastinya mengenali beberapa jenama terkenal.

Kali ini menerusi perkongsian Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Puan Si Diyang Iffah meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah semasa memasak juadah hari raya baru-baru ini.

Perkongsiannya telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan situasi yang dialami. Rata-rata memberikan tip penggunaan dan memilih cara yang betul bekas kaca berkenaan.

Ikuti perkongsian ini.

_________________________________

Haddoii..
Masa beli kt Langkawi, bukan main orang tuu kata boleh masak atas api.
Kawan kawan, pls , caserol jenama apa yer yg boleh masak atas api. Mokcik memang suka panaskan mkanan dlm kaserol.Tq.


KEMPUNAN nk mkan ketupat cicah kuah kacang sempena RAYA Puasa Shawal.

WARGANET KONGSI TIP

Meninjau bahagian komen, rata-rata warganet simpati dan memberi beberapa tip dan cadangan untuk dijadikan panduan. Antaranya adalah;

  1. “Jenis ni rasanya mmg x blh msk atas api…biasa brand vision, corning ware blh msk atas api..”
  2. “Mangkuk jenis ni biasa lepas utk microwave n oven…direct api mmg tak boleh.”
  3. “Mana ada periuk yg boleh masak atas api bentuk bujur.. utk hidang je. Biasa caserol jernih yg boleh guna utk memasak warna gelap mcm vision. Corelle yg bunga2 tu pun boleh.”
  4. “Apa2 jenama pun kalau Dari Suhu sejuk beku kepada Suhu panas mendidih memang Akan pecah, tu Nasib Baik pecah, silap2 boleh meletup.
    Kalau Nak panaskan tab boleh Guna bekas yg Kita gunakan untuk bekukan makanan, kena defrost dulu. Bila dah dapat Suhu bilik barulah panaskan.
  5. “Vision tu straight guna dari beku tp guna api slow. Setakat ni Alhamdulillah dah 10tahun lebih pakai.
  6. “Casserole ialah bakeware. Apa jenis casserole ori atau tidak, langkawi atau import mmg tak boleh direct atas stove. Walaupun dpt jaminan dr kedai, itu hanyalah trick utk lariskan barangan jualan sahaja. Casserole hanya sesuai utk microwave dan oven sahaja. Klu ada yg ckp boleh tu maybe tgu masa or belum sampai masa je nk jd mcm ni.
    Berbeza dgn vision dan corning, sbb dua ni mmg cookware dan tahan atas api, oven dan microwave.
    Ramai yg salah faham antara dua jenis ni.
    Casserole – bakeware
    Corning n vision – cookware
    Jd jgn compare ketahanan dua jenis ni klu digunakan dgn cara yg salah.
    Ni info google : Unfortunately, you cannot use your casserole over direct heat from a stovetop range. Your clue is that the casserole is sold as bakeware, and is not marked or labeled as safe for the stovetop. Very few ceramic or glass items are safe for stovetop cooking, although some will be usable for induction ranges.
  7. “Yg paling penting kena ingat kalau pun cookware tu mmg jenis boleh direct api pun jgn sekali2 panaskan atas API sebaik keluar dr petisejuk…periuk xtahan lama dan mmg poleh pecah jgk. Biar hlg dulu sejuk dia sblm dibakar.

Pelbagai manfaat hasil perkongsian yang dipaparkan tadi. Tip ini boleh jadi panduan buat mereka yang bercadang untuk memiliki bekas masakan jenis kaca.

Sumber: Si Diyang Iffah