“Kemiskinan Orang Jangan Dibuat Mainan Atau Gurauan.” Isu Pensyarah Viral, Kata Fedtri Yahya Penting Jaga Bahasa & Adab!

Share

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi pandangan berkenaan isu viral melibatkan seorang pensyarah Di sebuah pusat pengajian.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Tiktok.

Mengakui tidak mengetahui secara terperinci kejadian yang berlaku, namun hos Malaysia Hari Ini berpendapat setiap individu mempunyai masalah tersendiri.

“Saya pun tidak tahu mengenai latar belakang cerita ini. Akan tetapi apabila kepada apa yang trending dan viral, saya kira kemiskinan orang jangan dibuat mainan atau gurauan. Dia sebutkan bahawa ‘mak dah tak ada’. Kita kena tahu, lain keluarga lain yang terjadi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Gambar sekadar hiasan

“Terutamanya jika mak tak ada ni… macam-macam boleh berlaku. (Contoh) Sekali pun ada adik-beradik, tak semuanya akan ambil tahu. Terutamanya bila melibatkan isu ayah sakit atau ada masalah lain.

“Adik-beradik pun bawa diri. Jadi anak-anak yang tiada sumber kewangan yang kukuh ini memang akan ada masalah

“Jadi saya harapkan, sekali pun dalam kesempitan atau pun dalam situasi mahukan ilmu, pensyarah juga perlu ada rasa empati,” katanya.

Begitupun kata bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, pemilihan bahasa juga penting kerana apa yang diperkatakan itu boleh memberikan kesan yang tidak baik

Malah, dia berpandangan jalan penyelesaian terbaik adalah dengan menghulurkan bantuan sekiranya individu terbabit betul-betul memerlukan.

Gambar sekadar hiasan

“Yang paling utama sekali, kena jaga bahasa. Sekali pun, bagi nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa (yang diungkapkan) itu boleh menikam dan menyakitkan hati serta boleh beri impak emosi dalam jangka masa panjang. Mungkin ada cara lain untuk membantu. Sebab pensyarah ini kan ketua.

Gambar sekadar hiasan

“Jadi macam mana kalau dia (pelajar) betul-betul susah. Macam mana kita nak salurkan kepada pihak yang boleh membantu. Zakat ke atau apa sahaja. Yang dapat menyelamatkannya daripada kegelapan. Daripada marah-marah, baik kita bantu,” katanya lagi.

@fedtriyahya Reply to @muhdaziqfikri ♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya