Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, bulan penuh keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.

Dalam semangat menyambut bulan mulia ini, Dorsett Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan bufet Ramadan bertemakan Simfoni Serantau, sebuah pengalaman kulinari yang menggabungkan lebih 100 sajian tradisional dan antarabangsa.

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Bufet ini menjanjikan sebuah perjalanan rasa yang menggamit kenangan dan memuaskan selera.

Setibanya di Checkers Café, tetamu akan disambut dengan pelbagai hidangan utama yang disusun rapi di buffet line, merangkumi resipi asli dari serata Nusantara.

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Antara tarikan utama termasuk Perut & Rebung Masak Assam Pedas, sajian pedas dan masam yang menggoda selera, Pecel Lele Rangup dari Indonesia, dan Hati Buyah Goreng Kicap dari Brunei yang kaya dengan rasa dan aroma.

Ads

Setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti, menggunakan ramuan segar untuk memastikan kualiti dan keaslian rasa yang terbaik.

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Selain daripada buffet line, terdapat sembilan sudut istimewa yang menawarkan pelbagai juadah menarik. Nikmati Roti Daging Malaysia, gabungan unik rasa tempatan dan gaya masakan Cina Muslim, serta Baby Chilli Crabs Singapura, ketam kecil yang rangup dan penuh rasa pedas manis.

Di sudut Fresh Seafood Bakar, tetamu boleh memilih sendiri udang galah, ketam bunga, dan ikan segar untuk dibakar dengan sempurna, memberikan pengalaman makanan laut yang pasti meninggalkan kenangan manis.

Ads

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Tahun ini, tumpuan utama ialah Kambing Panggang Xinjiang, yang dimasak dengan rempah ratus istimewa dan dipanggang perlahan sehingga empuk. Chef terlatih akan menghidang dan mengukir kambing ini secara langsung sepanjang malam, memastikan ia dihidang dengan rasa yang segar dan memikat hati.

Menurut Chef Mohd Azmi Bin Sarginen, Eksekutif Chef Dorsett Kuala Lumpur, “Setiap hidangan disediakan dengan penuh dedikasi menggunakan bahan-bahan segar tempatan untuk memberikan pengalaman berbuka yang luar biasa.”

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Ads

 

Bufet Ramadan Simfoni Serantau akan berlangsung dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025 di Checkers Café, Tingkat 1, dengan harga RM148nett bagi dewasa dan RM98nett untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) atau warga emas (60 tahun ke atas).

Baucar awal boleh dibeli pada harga promosi RM128nett sehingga 28 Februari 2025. Selain itu, kadar promosi khas disediakan pada 3-6 Mac dan 26-28 Mac dengan harga RM98nett untuk dewasa serta RM68nett untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

Kemeriahan Ramadan Bersama Simfoni Serantau di Dorsett Kuala Lumpur!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian yang penuh citarasa ini bersama keluarga dan sahabat handai.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI