Kisah pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad suatu ketika dahulu pernah mendapat perhatian umum hatta hingga keperingkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Kini , pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu, adik beradik kembar ini sudah pun berusia 21 tahun dan kini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Mengetahui lanjut kisah adik beradik kembar ini, ianya telah dikongsikan di page KampusUols.
Sambung pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
Ads
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.
Ads
Kekurangan bukan halangan Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.
“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.
Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.
Ads
“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.
“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.
Hasil lukisan Ahmad memotret wajah Muhammad.
“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
sumber : Kampus Uols.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lagi berita duka melibatkan kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah treler. Difahamkan seorang ibu yang terkorban dan anaknya pula putus kaki sebelah.
Kejadian itu berlaku selepas sebuah treler yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap sebuah kereta di simpang empat berhampiran lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting di di Pasir Puteh, Kelantan.
Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu dipercayai turut mencederakan lebih 10 pengguna jalan raya lain.
Kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk tindakan lanjut.
Tinjauan akhbar Kosmo! di lokasi kejadian mendapati, bilah besi bergelimpangan di atas jalan raya dengan sebahagiannya menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan penunggang motosikal.
Selain itu, nahas tersebut melibatkan enam daripada seramai 23 ahli kelab basikal Ortho Hospital Universiti Malaysia (HUSM) dan Kelab Basikal Continator Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.
Siapa yang tak sayang suami kan. Tentunya setiap isteri inginkan hubungan yang intim dan kasih sayang berpanjangan walaupun sudah lama berkahwin. Sebagaimana panduan dibawah ini boleh jadikan salah satu rahsia untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.
1. Mengambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.
2. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
Kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
4. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”. Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
Semeriah sambutan Hari Raya tentunya sesi bergambar dengan sanak saudara menjadi suatu perkara yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Atas sebab ini juga, alangkah baiknya andai kita dapat pastikan wajah ini kekal berseri sepanjang waktu.
Nak tahu caranya, jom amalkan petua ini.
PETUA WAJAH BERSERI DI AIDILFITRI
Ain sediakan petua untuk cerahkan kulit dan naikkan seri wajah secara semulajadi
Bahan-bahan:
Beras
Kunyit hidup
Air asam jawa
Kekdahnye
=========
1. Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar.
2. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup.
3. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh muka dan badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.