Kembar Menangis Ditinggalkan Dalam Kereta, Hanya Buka Tingkap! Mak, Ayah, Atuk Dan Nenek Seronok Pergi Open House

Share

Hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, bulan Syawal akan meninggalkan kita. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membuat rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim di antara kita.

Namun kejadian yang berlaku baru-baru ini agak mengecewakan apabila seorang wanita terjumpa sepasang kembar yang sedang menangis di dalam sebuah kereta Perodua Aruz.

Kisah ini dikongsikan oleh Nana Nados di akaun Facebook miliknya, di mana beliau memaklumkan mendengar tangisan dua kanak-kanak yang didakwa kembar di dalam sebuah kereta Perodua Aruz di Taman Kajang Impian.

Setibanya beliau ke kereta tersebut, beliau memaklumkan sempat memberikan air kotak untuk menenangkan dua kanak-kanak ini.

Wanita ini terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk bertemu ibu bapa, datuk dan nenek mereka kembali semula ke kereta selepas beraya ke rumah terbuka berdekatan.

Dimaklumkan penjaga kepada dua kanak-kanak ini sekadar mengangkat tangan dan senyum kepada wanita ini kerana membantu. Walau bagaimanapun, reaksi berbeza daripada ibu kanak-kanak ini yang didakwa seolah tidak mengendah perkara yang berlaku.

Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya menyelar tindakan penjaga dua kanak-kanak ini.

Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar wanita ini membuat laporan isu pengabaian kanak-kanak pada pihak yang bertanggungjawab.

Di ruang komen, ramai yang berharap agar ibu bapa serta penjaga kanak-kanak agar lebih mengambil serius berkenaan perkara ini kerana apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut bertindak di luar kawalan.

Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club