Selepas lebih sebulan melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik perkongsian terbarunya di instagram.
Menerusi kapsyennya Dato Sri Siti Nurhaliza, semalam( 22 mei) genap sebulan tiga hari dia melahirkan. Dalam perkongsian tersebut, Siti turut memuat naik gambarnya bersama Afwa yang sedang lena.
Walaupun kapsyen tersebut ringkas sahaja, namun ramai yang memberi reaksi geram melihat wajah terbaru buah hati kesayangan Siti Nurhaliza itu. Untuk rekod, Siti selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi 19 April lalu.
Siti dan suami kemudiannya menamakan putera kesayangan mereka dengan nama Muhammad Afwa selepas tujuh hari dilahirkan.
Wajah Afwa yang tenang sedang lena itu menambat hati ramai. Dengan pipi yang kemerahan dan gebu, siapa sahaja yang tak geram melihatnya kan.
Sumber: ctdk