Selepas lebih sebulan melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik perkongsian terbarunya di instagram.
Menerusi kapsyennya Dato Sri Siti Nurhaliza, semalam( 22 mei) genap sebulan tiga hari dia melahirkan. Dalam perkongsian tersebut, Siti turut memuat naik gambarnya bersama Afwa yang sedang lena.
Ads
Walaupun kapsyen tersebut ringkas sahaja, namun ramai yang memberi reaksi geram melihat wajah terbaru buah hati kesayangan Siti Nurhaliza itu. Untuk rekod, Siti selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi 19 April lalu.
Ads
Siti dan suami kemudiannya menamakan putera kesayangan mereka dengan nama Muhammad Afwa selepas tujuh hari dilahirkan.
Sayang anak ketat-ketat bukan bermaksud ibu bapa mengikut segala kehendak anak-anak tanpa pernah berkata tidak.
Sekiranya kita beranggapan cara keibubapaan sedemikian sebagai bukti kasih sayang terhadap ia sebenarnya salah.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Motivasi, Family & Love Guru yang berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan sejak 28 tahun lalu menjelaskan apa sebenar maksud sayang anak ketat-ketat.
Dalam mendidik anak-anak, kasih sayang ibu bapa terhadap mereka memang tanpa syarat tetapi bukan bermakna kita menuruti segala kehendak mereka tanpa ketegasan atau halangan.
“Bahaya kalau ibu bapa ikut semua kehendak anak. Ibu bapa memimpin sebab anak belum ada kematangan. Dalam sayang ada tough love.
Sayang anak ketat-ketat maksudnya memberikan kasih sayang dan membina anak-anak,” demikian jelas beliau ketika sesi FB Live Borak Pa&Ma.
Ibu Rose mengingatkan ibu bapa agar menggunapakai cara keibubapaan pengasih dan tegas semasa mendidik anak-anak. Keduanya perlu datang seiring.
Ibu bapa kena membimbing supaya anak tak tersalah hala tuju.
“Sayang anak ketat-ketat adalah sayang tanpa syarat tapi bukan maksudnya takde apa-apa halangan pun.
“Sekiranya anak buat silap bukan ibu bapa membenci anak tu. Kalau anak silap atau tak mencapai dalam perkembangannya, kita bantu dia sampai dia capai.
“Setiap teguran, kita perlu beritahu pada anak apa sebabnya dan itu sebagai tanda ibu bapa sayang kepada anak.
“Contoh jika seorang ibu tegur anak kecil supaya tidak memegang objek bahaya, kena beritahu sebab benda tu bahaya dan sebab ibu sayang kepada anak. Baru anak faham dan tak keliru akan ketegasan ibu terhadap situasi tersebut.”
Justeru itu ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan daripada mereka yang berilmu dan mahir bab keibubapaan supaya kita tahu cara betul mendidik anak-anak.
Menurut Ibu Rose, usia 0-3 tahun anak membentuk identiti diri dan jadi imej dirinya sampai besar. Bila dah besar kita akan membawa imej diri yang tertanam sejak kecil. Jadi pastikan imej diri yang terbina dalam diri anak adalah imej yang positif.
Ada banyak lagi tips dan ilmu yang akan dikongsi oleh Ibu Rose dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat yang akan berlangsung pada 20 Mac 2022 (Ahad) secara online pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Selain Ibu Rose, ada ramai lagi speaker lain yang berkaliber termasuk Prof Dr Nik Salida, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti Irma Hasmie.
Antara topik menarik yang akan dikupas oleh speaker termasuk Sayang Anak Ketat-Ketat, Strategi Didik Anak Ikut Perspektif Islam, Rangsang Perkembangan Anak Tanpa Stress, Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?, Tolong, Saya Burnout! dan Didik Anak Jadi ‘Orang’, Perlu Ke Mak Garang?
Rugi kalau tak rebut peluang menimba ilmu yang sangat bermanfaat ini demi mendidik anak-anak di zaman sangat mencabar.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta Webinar Keibubapaan PERCUMA. Selain dapat ilmu, peserta turut berpeluang menang pelbagai hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Arab Saudi telah membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19 di negara itu bakal mempermudahkan urusan ketibaan umat Islam ke Tanah Suci.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata penarikan balik sekatan berkenaan turut disahkan melalui perbualan beliau dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan, malam Sabtu.
Dipetik dari BH Online, Arab Saudi membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin.
“Ya betul, (beberapa sekatan ditarik semula Arab Saudi) mulai semalam. Tidak perlu lagi kuarantin dan pengembara termasuk umat Islam yang akan menunaikan ibadah suci di negara itu tidak perlu lagi menjalani ujian PCR dan RTK.
“Antaranya, tiada lagi keperluan untuk memakai pelitup muka kecuali di tempat tertutup, dan saf solat juga dirapatkan semula,” jelasnya.
Penjarakan fizikal turut ditamatkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta tidak lagi mewajibkan pelawat yang divaksin untuk menunjukkan keputusan negatif hasil ujian PCR atau RTK sebelum tiba di negara berkenaan.
Selain itu, diharapkan agar Kerajaan Arab Saudi akan turut membenarkan pelaksanaan ibadah haji membabitkan umat Islam dari seluruh dunia yang sudah dua tahun tertangguh disebabkan penularan COVID-19.
Kelonggaran yang diberikan ini sekali gus dapat membantu industri pelancongan dan umrah yang telah dilanda kesuraman sepanjang tempoh terbabit, untuk kembali bangkit serta pulih.
Hidup di atas dunia ini penuh cabaran, begitu jugalah rentaknya dalam mencari rezeki bagi menyara keluarga tercinta. Seringkali ada ujian dan dugaan yang harus ditempuh. Ini sebagaimana peribahasa Melayu, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan mudah tanpa ada rintangannya.
Jatuh bangun dalam membina kerjaya juga adalah lumrah kehidupan. Percayalah setiap antara kita punya jalan cerita dan pengalaman hidup yang berbeza-beza. Ini sebagai mana perkongsian Adeela Azhar di akaun fbnya.
Ikuti perkongsiannya dan semoga memberi inspirasi buat ibu-ibu untuk berani mengorak langkah sepertinya.
“Rezeki Allah tu luas. Bak kata laki aku, sabar sayang. Ni baru permulaan. Kita boleh pergi jauh”-Adeela Azhar
Aku ada diploma engineering. Laki aku pun ada diploma bisnes. Masing masing boleh kalau nak cari kerja kalau nak. Aku pernah kerja office bahagian HR, starting gaji dah RM1.6K tahun 2014 kat Perlis plak tu dengan takda pengalaman kerja.
Aku penah jadi technician kilang besar kat Penang, kalau sebut ja nama kilang ni mesti orang akan kata gaji tebal la hang dok kilang tu. Kadang2 buat ot boleh pergi 3K gaji masa tu, ni cerita 2014 dulu.
Aku pernah bukak butik, tapi share dengan kawan aku. Lani dia dah bukak 2 cawangan dah. Lani sapa makan gaji ada diploma nak dapat 3K sebulan pun susah wei. Struggle gila gila buat dua tiga kerja. Tapi ni semua ikut rezeki masing-masing, kalau dia dapat rezeki kerja company elok. Elok la gaji dia.
Cabar Diri
Sebab tu, lepas kawin aku dah malas sangat sangat nak kerja. Nak ulang alik minyak kereta. Bayar sewa rumah. Lunch kat luar lagi. Berapa sangat tinggal bulan bulan. Tu belum cerita beli susu anak dan pampers anak lagi.
Banyak bidang aku dah tempuh, now aku cabar diri jual makanan tepi jalan pulak. Normal la org kata 5 tahun fasa perkahwinan. Struggle gila nak survive!
Seriously, memang aku ni ditakdirkan muka tak reti malu. Laki aku suruh ambik gambar buat peace ka buat gaya atomen ka. Aku buat ja! Ada aku kisah org lalu lalang dok tengok.
Bagi aku cari rezeki tepi jalan ni, memang agak mencabar. Kadang kadang hujan takda orang. Ribut mai serang habis lauk lauk atas meja. Duit sale terbang sekali dengan angin ribut pun pernah wei. Banyak gila suka duka jual tepi jalan ni. Tapi kalau nasi habis, lauk habis itulah benda paling menggembirakan hari tu! Sedih! Nak nangis wei.
Apa apa pun aku redha, rezeki aku Allah bagi ikut sini. Doakan aku sampai berjaya ye kawan kawan semua.
Niat aku satu ja, aku berniaga ni. Kerana Allah. Aku nak settel kan hutang hutang dan aku nak bantu family aku. Kami bukan orang senang. Kalau kita tak tolong diri sendiri takda sapa nak tolong kita. Yang penting hidup kena ukur baju kat badan sendiri.
Apa pun cabang bisnes ampa buat, jangan pernah malu! Pekak kan ja telinga. Suara suara sumbang kat belakang tu biasa la. Takpayah fikir pun. Last last nanti depa jugak malu. Last last nanti depa jugak dok mai mintak tolong kita. Tu normal beb. Normal. Jadi ja diri sendiri. Confident level kena tinggi. Malu tu buang jauh jauh!
Dan lagi satu, jangan pernah malu nak buat bisnes dengan laki sendiri. Sapa lagi nak tolong suami sendiri kalau bukan kita isteri dia ni.
sumber : Adeela Azhar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di