Kembalikan Warna Putih Sebenar Baju Sekolah Anak Dengan 3 Petua Ni. Confirm Nampak Macam Baru Beli!

Share

“Baju sekolah anak yang putih dah comot macam nak ke penghujung November. Dengan kesan makananlah, air manislah, kesan tapak kaki dan daki berjemaah pada baju yang putih. Ni yang buat dok geram rasa macam nak belikan 365 baju helai hehe”Farah

Mungkin perasaan yang sama juga ibu-ibu rasakan pada waktu ini. Apa tidaknya, belum pun penghujung tahun, baju sekolah anak sudah nampak begitu kusam sekali. Bukannya kita tidak mencuci dengan bersih, tapi seakan warna putih baju sekolah sudah tidak dapat dikembalikan lagi seperti mana di awal-awal tahun pemakaiannya.

Untuk itu, apa kata ibu-ibu praktiskan petua untuk kembalikan semula warna putih asli baju sekolah anak-anak. Hal ini juga turut dikongsi oleh Puan Farah di akaun miliknya Farah Arfah Yusof.

Perkongsian petua oleh Farah 

“Meh Farah share petua ringkas untuk kekalkan keputihan baju tanpa perlu ganti baru hanya guna resepi eo je!”

Bahan-bahannya 

1/2 cawan cuka putih
20 titis lemon essentil oil
Botol spray

Caranya:

  1. Campurkan kedua bahan dan spray pada tompok kotoran dan terus dibasuh.
  2. Insyallah baju anak-anak akan sentiasa putih dan bersih.

SELAIN ITU ADA 2 CARA LAIN YANG BOLEH PUTIHKAN BAJU SEKOLAH 

  1. CUCI SECARA BERASINGAN DENGAN PAKAIAN LAIN – Elak cuci baju putih dengan pakaian lain terutamanya tuala, baju berwarna gelap dan sebaiknya baju putih hanya dicuci dengan baju sama warna. Jika bercampur akibatnya baju putih menjadi kusam.

2. RENDAM DENGAN AIR SUAM -Rendam baju putih dalam air suam, kemudian parutkan sabun mandi dan biarkan seketika sebelum dicuci seperti biasa. Kesannya baju putih menjadi lebih putih bersih!