Siapa masih ingat akan Nasi Goreng yang ditumbuk cili kering dan dicampur dengan telur. Sedapnya kan. Inilah resipi legend yang dihidangkan waktu kecil-kecil.
Admin memang cukup suka dengan menu yang satu ni. Cukup simple, semudah ABC tapi sedapnya membuatkan kita menambah bila makan.
Jom ibu-ibu kita kembalikan nostalgia dulu-dulu dengan resipi Nasi Goreng Cili Kering ini, simple je perkongsian dari Julianna Issadella yang berkongsi resipinya melalui page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Hujan2 ni kan sedap jugak makan nasi goreng orang tue2 dlu,zaman arwah tok2 nenek dulu hari2 pun ade suruh buat,wlupun xdak ayam sayur tpi sedap sgt2 walaupun simple.
Ni resepi kami :
*BAHAN TUMBUK/KISAR KERING*
*Bawang merah 4biji
*Bawang putih 3biji
*Belacan (atas nsi Byk mne)
*Lada kering
*Udang baring/geragau semangkuk sedang(x letak pun xpe)
Cara membuat:
1.tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau
2. Pecahkan telur n kacau
3.masukkan nasi n letak gram,gula,aji sckup rasa.
4.siap untuK dihidangkan
Kalau sesiapa ade resepi nenek moyang masing2 boleh laa suggest resepi masing2 ..
Cara Buat Pau Inti Kelapa Yang Gebu, Lembut & Sedap. Mudahnya, Guna Sukatan Cawan Je. Wanita Ni Kongsikan Resipi!
Pernah cuba buat sendiri tak Pau Inti Kelapa. Ini antara yang disukai ramai dan cukup popular selain inti kaya dan kacang merah. Lebih-lebih lagi inti kelapa yang dimasak dengan gula membuatkan rasanya yang manis itu bergabung dengan rasa lembut dan gebu pau berkenaan.
Resipi yang disediakan ini cukup simple tapi hasilnya lembut dan gebut. Jom cuba perkongsian daripada puan Mariana Zainal.
Pau kalau peram lagi lama lagi ler gebu jadinya..sempat peram 15 minit jer…x sempat nk tunggu lama sbb nak amik anak sekolah..tetap gebu dan lembut.
SILAKAN RESIPINYA..
“PAU GEBUS”
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2 sdb gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3 sdb shortening ( saya guna butter..tak ada stok shortening 😁 )
2 sdb susu pekat manis
2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya:
- Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit lbh kurang (8mnt pun ok)
- Peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contoh dalam kereta. . bawah cahaya matahari..nak peram dalam umah pun xde hal)
- Uli semula…bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti kacang merah/inti kelapa/kaya dan lapik dgn daun pisang/papercup/kertas..
- Peram lagi 18 minit-20minit jer tau untuk pau inti kelapa,inti kacang..(jika pau kaya 15 minit-18 minit jer)
- Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih..Bila pau dah naik (cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar…
- Dah cukup masa masak..terus buka tutup kukusan..(jangan tutup atau slowkan api yer)
- Keluarkan pau dan letak atas kain bersih…
Tips = setiap doh 40gram
Setiap kali kukus pau yang seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Dr Sheikh Muszaphar Hantar Anak Ke Playschool Seawal Usia 1 Tahun, Bikin Netizen Kagum.
Tidak dinafikkan perkongsiannya mengenai parenting sering mendapat perhatian wargamaya.
Terkini, angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendedahkan bahawa anak-anaknya ke playschool seawal usia setahun.
Nyata beliau dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos punya pendirian mengenai cara mendidik anak-anaknya.
Kata Dr. Sheikh Muszaphar Shukor apabila menghantar anak ke playschool banyak manfaat yang dipeolehi iaitu membina karektor. belajar bersosial, aktiviti bermain dan melatih untuk berdikari.
Video – Pergi ke Sekolah
“Kami siapkan anak mengikut peringkat.
0600 pagi : Bella & Tasha
0630 pagi : Eusoff & Emelia
0700 pagi : Adam & Nuh
Semua anak-anak kami mula pergi ke PlaySchool dari umur Satu tahun.
Ia membina karakter.
Mereka belajar cara bersosial
Belajar & Bermain di taska
Mereka menjadi berdikari
Dengan bersekolah sejak kecil lagi membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan tidak takut kepada orang .
Tapi penat sikit sebab kena hantar sana sini untuk pendedahan mereka.”
Dalam pada itu warganet kagum melihat cara pasangan ini mendidik anak. Malah ada juga bertanya mengenai tip daripada beliau.
Sumber: drsheikhmuszaphar
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Resipi Aiskrim Kesukaan Ramai, Siap Ada Filling Cream Cheese. Sekali Buat, Dapat 60 Batang!
Resipi Aiskrim Kesukaan Ramai, Siap Ada Filling Cream Cheese. Sekali Buat, Dapat 60 Batang!
Sebut sahaja tentang Aiskrim Malaysia tentu ada yang terus terkenang memori ketika zaman kanak-kanak. Memang boleh dikatakan hari-hari akan makan aiskrim selepas pulang dari sekolah. Maklumlah harganya murah, 20 sen sahaja.
Namun jika ingin lebih puas hati, selalunya buat sendiri sahaja memandangkan tidak susah pun untuk membuatnya dengan pelbagai perisa seperti aiskrim milo, aiskrim asam, aiskrim bandung dan pelbagai lagi.
Pun begitu seiring peredaran masa, Aiskrim Malaysia dilihat begitu lebih bervariasi dan premium rasanya. Ini seperti mana perkongsian resipi aiskrim berperisa dengan filling cream cheese yang dikongsikan oleh Nurul Zainuddin.
Menurutnya disebabkan keenakan rasa aiskrim tersebut, aianya mendapat permintaan ramai dan sekali gus telah mendatangkan rezeki buatnya sekeluarga.
Aiskrim Berperisa Filling Cream Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa
Cara-caranya :
1.Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.
2.Letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3.Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
4.Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5.Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6.Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
7.Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club