Usia bukan halangan. Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh baginda di laman TikToknya, baginda berkongsi beberapa foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti tersebut dengan senyuman yang cukup manis.
Ads
“Kembali ke sekolah, doakan saya!” titah baginda di ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja apabila mengetahui baginda menjadi salah seorang mahasiswa UIA malah memuji kegigihan baginda untuk terus mengejar ilmu.
Wargamaya juga turut menitipkan doakan agar segala urusan baginda dipermudahkan sepanjang pengajian kelak.
Kes seorang kanak-kanak enam tahun yang maut kerana tersepit di celah meja lipat banyak membuka mata orang ramai akan bahayanya yang tidak boleh dipandang ringan.
Siapa menyangka peralatan rumah yang nampak ringan dan tidak berbahaya itu boleh mengundang bahaya dan nyawa kanak-kanak.
Justeru, Public Health Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan tiga peringatan berkaitan meja lipat dan iron board.
1. Pastikan meja lipat mempunyai kunci keselamatan.
2. Jangan biarkan kanak-kanak bermain berhampiran meja lipat.
3. Simpan meja lipat dalam keadaan tertutup dan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak.
Walaupun seperti tidak berbahaya namun ia boleh membunuh terutamanya kanak-kanak kecil. Hong Kong Consumer Council menyifatkan meja lipat sebagai peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak.
Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila si kecil menterbalikkan meja dan bermain di bahagian tengah kaki meja berkenaan. Besi yang terbalik akan menekan dada sekaligus membuatkan sukar bernafas dan boleh menyebabkan kematian kerana terperangkap. Sangat bahaya!
Tidak hanya Hong Kong, kerajaan United Kingdom telah mengarahkan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.
“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.
Menurut Hong Kong Consumer Council, beberapa langkah keselamatan perlu diambil perhatian untuk mengelakkan situasi yang memudaratkan. Antaranya ialah:
* Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan.
* Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
* Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim perayaan hampir tiba, pastinya ramai yang teruja untuk pulang ke kampung dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Namun, tidak dinafikan ada juga yang merungut tentang suasana kediaman di kampung yang panas, sehingga sanggup berhabis duit menginap di hotel demi keselesaan.
Situasi ini bukanlah rekaan, tetapi kisah benar yang dikongsikan oleh sebuah stesen radio swasta.
Seorang pemanggil, wanita yang mahu dikenali sebagai Anne, mengakui bahawa dia tidak boleh bertahan di rumah kampung kerana terlalu panas. Malah, setiap tahun dia memilih untuk tidur di hotel.
“Mana boleh duduk rumah kampung, panas!. Saya setiap tahun, tak boleh duduk kampung Rumah kampung atap zink, tak ada air-cond, ada kipsa je. ketibas! (panas)
Katanya, dia lebih selesa menginap di hotel kerana dapat bersiap dan bergaya dengan lebih selesa sebelum berkumpul bersama keluarga besar di kampung.
“Saya lebih selesa duduk di hotel, bukan saja sebab ada air-cond, tapi juga senang nak bergambar dan buat OOTD!” katanya tanpa berselindung
Menurutnya, keluarganya sudah lali dengan perangainya, namun dia tetap tidak pernah terlepas menyambut Hari Raya bersama mereka, termasuk memberi duit raya seperti biasa.
“Emak saya dah biasa dengan perangai saya. Walaupun saya perangai macam ni saya tak pernah ‘miss’ balik raya dan duit raya titop, penuh!”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen , rata-rata tidak bersetuju pendedshan wanita ini seakan tidak menghargai suasana kampung. Antara komen sepert berikut
“Belikan la aircond, pasang kat rumah parents tu.. klu betul mmg panas, tak kesian ke parents berpanas sepanjang tahun dok situ.”
“Umah mak saya pun panas tapi kami pasang aircon kat 2 bilik.”
“Siapa perempuan ni. Nak tengok sikit muka dia macam mana.”
“Aku kalau jadi parent dia memang aku kecik hati…”
Fenomena ini menunjukkan bagaimana perubahan gaya hidup mempengaruhi cara generasi sekarang menyambut perayaan – antara nostalgia dan keselesaan moden, mana satu yang lebih penting?
Baru seminggu lebih kahwin, pengarah filem animasi Ejen Ali meninggal dunia, ditemukan di tepi sungai. Mayat yang dijumpai berhampiran Sungai Kampung Batu Putih semalam dikenal pasti sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 41, pengarah filem animasi popular Ejen Ali.
Memetik Harian Metro, penemuan mayat itu dilakukan sekitar jam 11.25 pagi di lokasi berhampiran kawasan beliau dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kejadian bermula petang kelmarin ketika Andi bersama isterinya yang berusia 33 tahun dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu. Kenderaan yang dipandu isterinya dipercayai terbabas ke bahu jalan, sebelum Andi dilihat keluar dari kereta dan kali terakhir terlihat di jambatan sungai Kampung Batu Putih.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, memaklumkan pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 5.03 petang. Empat anggota digerakkan ke lokasi sejauh 23 kilometer dari balai.
“Jarak tempat dengan balai bomba adalah 23 kilometer. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sebelum ditangguhkan pada 6.52 petang dan disambung semula pagi tadi (semalam).
“Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dia dipercayai hilang,” katanya.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai warga maya berkongsi bahawa Andi dan isterinya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu.
Untuk rekod, Ejen Ali The Movie terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation ditayangkan pada 2019 selepas kejayaan siri animasi Ejen Ali yang mula bersiaran di TV3 dan platform digital sejak 2016.
Sekuel terbarunya, Ejen Ali The Movie 2, ditayangkan di pawagam Malaysia pada 22 Mei 2025. Filem itu mencatat sejarah apabila meraih kutipan pecah panggung RM59.3 juta, sekali gus menjadikannya animasi tempatan dengan kutipan tertinggi setakat ini.