“Kematian Yang Dicemburui.” Terkorban Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Mahu Ke Masjid & Disolatkan Ribuan Jemaah, Kisah Wanita Ini Sungguh Menyentuh Hati!

Share

Kisah anak gadis ini mengingatkan kita dengan pelajar Malaysia, allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang telah meninggal dunia di Tukri. Masing-masing masih menuntut ketika Sang pencipta ‘menjemput’ mereka kembali ke negeri abadi.

Demikian juga dengan kisah seorang pelajar rakyat Indonesia iaitu Fatihatun Nahdliyah yang telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir. Kisah keperibadiannya mula tular di laman sosial.

Allahyarhamah  menuntut di Universiti Al-Azhar merupakan seorang wanita yang rajin menunaikan solat berjemaah di masjid. Kisahnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial ini, dan telah tular di Indonesia dan Malaysia.

Kematian yang dicemburui…

Langkah kaki ke tempat mulia

Allahyarham Fatihatun telah dijemput Ilahi pada malam ke-11 bulan Ramadan, dan dalam keadaan dirinya sedang berpuasa.

Sewaktu hayatnya pelajar Universiti Al-Azhar ini seorang yang pendiam, namun sering menunaikan solat di masjid dan berbuka puasa di sana. Rutin tersebut telah menjadi kebiasaannya.

Pemergian pelajar ini telah mendapat perhatian ramai, yang mengingatkannya pada pemergiaan arwah Ahmad Ammar.

Menurut pengguna laman sosial ini, walaupun amalan yang dilakukan oleh pelajar ini nampak kecil namun ketika pemergiaannya ramai para jemaah masjid yang berpusu-pusu ingin mengangkat jenazahnya.

Disolatkan ribuan orang

Layak digelar ‘syahidah’

Sumber : Muhammad Amiruddin