Innalillahiwainnalillahirajiun.. perginya tatkala dia sedang mencurahkan bakti membantu mereka yang ditimpa bencana.
Demikian perkongsian mengenai Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.
Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.
“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.
“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.
“Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Al-Fatihah,” titipnya.
Berita hiba tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya petang tadi.
KEMATIAN YG DICEMBURUI 😢
Tuan Zaki Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.
Beliau pengean dan terus dibawa ke hospital daerah Banting. Diisytiharkan meninggal di sana.
Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.
Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
Sebanyak mana air yg Allah kirimkan ujian buat kita semua, akan jd “rezeki” penyaksian buat beliau dihadapan Allah. doakan ya semoga kita juga diberikan kematian sebegini ❤️
ALFatihah.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!