Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Begitu juga dengan kisah ini menjadi iktibar buat kita semua bahawa berbuat baik dengan haiwan termasuk kucing yang juga merupakan haiwan kesayangan Rasullullah SAW menjadi hidup insan itu dirahmati ketika hidup atau selepas mati.
Pernah tak apabila menerima berita kematian insan yang bukan ahli keluarga kita, malah dia juga bukannya orang terkenal ketika hayatnya, namun kematiannya didoakan serta ditangisi orang ramai. Bahkan ketika sakitnya segala urusannya dipermudahkan.
Lantaran berbuat baik kepada si bulus, kematiannya
Itulah antara ciri-ciri kematian yang dicemburui manusia yang menjadi saksi kebaikan insan itu ketika hayatnya di dunia.Itulah antara ciri-ciri kematian yang dicemburui manusia yang menjadi saksi kebaikan insan itu ketika hayatnya di dunia.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh Ibu Zarah mengenai kematian seorang anak ahli jemaah masjid yang dirahmati.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KEMATIAN YANG DIRAHMATI
Bismillah…
AMAL YANG MANA AKAN DITERIMA?
Usai solat subuh berjemaah dimasjid pagi tadi, Tuan Imam mengumumkan ada jenazah lelaki untuk disembahyangkan.
Lebih kurang 400 orang jemaah sudi untuk menghadiahkan ole-ole terakhir buat jenazah tersebut. Lepas doa, rupanya ibunda arwah solat disebelah ibu dan kami berpelukan, sama-sama bersedih dengan pemergian arwah berpindah kealam seterusnya.
Melalui penceritaan ibu arwah Maryam Daud, urusan anaknya sangat dipermudahkan Allah dari hari pertama masuk hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu hinggalah naik pesawat dan dibawa jenazahnya ke masjid untuk disempurnakan.
Meninggal asbab cancer usus stage 4 pada jam 2.00 pagi semalam. Malam tadi jam 9 lebih dah sampai di KLIA terus dibawa ke masjid.
Kebetulan ibunya dan arwah pergi berdua ke Sabah untuk menziarahi kakaknya di Tuaran, Sabah tapi sesampai disana, arwah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital Tuaran sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Cerita ibunya,hanya beliau bersama arwah berada diKK kerana kakaknya tak dapat bersama sebab anaknya juga admitted di Hospital Tuaran.
Walaupun berada seorang diri di Hospital Queen Elizabeth menjaga arwah yang sedang sakit, namun ramai yang membantu beliau disana. Ada seorang hamba Allah, hampir setiap hari menghantar makanan padanya semasa beliau menjaga anaknya diwad.
Jiran sebelah katil arwah yang berbangsa tionghua juga, jika turun kebawah membeli makanan, pasti ada sebungkus makanan dan minuman yang dibelikan untuknya. Tak pernah kenal pun dengan mereka yang membantu. Subhanallah… bantuan Allah dimana-mana.
Ibu bertanya apakah amal baik arwah padanya, kata Mak Yam,”Arwah dah lama sakit tapi dia tak pernah mengeluh dengan kesakitannya dan tak tahu pun dia ada cancer sehingga doktor sahkan selepas ujian ct scan.
Dan satu perangainya yang Mak Yam tahu, walaupun adakala dia tak mampu bekerja dan tiada pekerjaan, dalam motornya pasti ada sebungkus makanan kucing.
Dimana sahaja dia jumpa kucing kelaparan, pasti dia berhenti dan beri kucing tu makan”. Allahu Akbar… tersentap dan insaf rasa hati ini. Kita kadang kucing masuk rumah pun kita kejar separuh nyawa, siap libas lagi… huhuhu…
Astaghfirullahal’azim… Arwah ni kadang nak makan pun tak ada duit tapi tetap sedekah pada makhluk yang bernama kucing.
Kematiannya disaat masih ada seorang ibu dan ayah yang boleh mengampunkan segala dosa-dosanya, disolatkan lebih dari 40 orang jemaah, ramai saudara jauh dan dekat hadir walaupun dipagi hujan gerimis, masih ramai yang terbuka hati untuk datang, tanda arwah seorang yang disenangi ramai.
Damai dan tenanglah disana wahai Tuan Faisal Abdul Wahid… tiada lagi kesakitan yang hendak ditanggung dan semoga lena mu enak sekali sementara menunggu hari dibangkitkan. Buat kami disini, masih ada peluang untuk bertaubat dan membetulkan segala kesilapan dan terus berusaha berbuat amal kebajikan.
Kita tak tahu amal yang mana yang Allah terima… entah amal ibadah, amal kebaikan, amal sedekah, amal yang sedikit tapi paling ikhlas dan tidak mengharapkan pembalasan dariNya namun Allah itu maha sempurna, maha bijaksana, maha pengasih dan maha penyayang. Maha pengampun lagi maha mengasihani.
Mohonlah petunjuk dan hidayah padaNya setiap saat dan ketika agar kematian yang bakal dihadapi dalam keadaan khusnul khotimah. Amin.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua supaya hidup menjadi muslim yang baik kepada manusia dan haiwan tanpa berkira.
Sumber: Ibu Zarah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club