Satu perkongsian diulang siar oleh puan Ashikin Hashim menerusi laman facebooknya cukup menyentuh hati. Perkongsian itu dimuat naik satu ketika dahulu selepas terkesan dengan berita kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan jalan raya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Menurut Puan Ashikin, hebatnya ayat Allah ini yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Sebaliknya ia adalah tanda peringatan oleh Allah SWT terhadap kita yang masih hidup ini.
KEMATIAN ITU PASTI: BAJU SUAMI YANG TERAKHIR AKU GOSOK —————————————————————————————————
Edisi Repost
Mak-mak…
Allah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah ucapan istirja yang paling banyak saya dengar dan baca hari ini kerana perginya menghadap Allah, 2 orang insan yang dipanggil ibu dan ayah oleh anaknya yang bernama Hana Safiyyah iaitu pelajar Genius Aulad Seksyen 23 Shah Alam.
Peristiwa ini berlaku seolah-oleh ulangan kejadian yang menimpa sahabat kepada anakanda saya iaitu Daris yang juga kehilangan ibu dan ayah (termasuk adik bongsunya) di dalam satu kemalangan jalan raya sama seperti ibu ayah Hana Safiyyah.
Ads
Ucapan ini diucapkan apabila kita mendengar khabar dukacita (bukan hanya tentang kematian).
Hebatnya ayat Allah ini. Ayat yang mengingatkan kita, bukan hanya sekadar lafaz bila dengar khabar kematian. Kita yang hidup ini yang sebenarnya diperingatkan oleh Allah SWT 😭
Mak-mak…
Ucapan ini adalah ucapan untuk kita juga sebenarnya.
Kita kepunyaan Allah. Suami kepunyaan Allah. Anak-anak kepunyaan Allah. Ibu ayah kepunyaan Allah.
Tiada pun milik kita. Allahu akbar 😭 Tiada yang milik kita. Allahu akbar 😭
Semua yang kita ada hatta suami yang paling kita cinta dan damba setiap waktu pun kita tak mampu nak pegang hati dia. Walau kita tembok dia sekukuh tembok besar China sekalipun takkan dapat kita menahan dan memegang hatinya.
Ads
Semua yang kita ada hatta anak-anak yang kita sayang dan jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tak bagi walau seekor nyamuk gigit anak kita pun tak mampu kita ikat dan paksa dia dengar cakap kita.
Hati mereka Allah yang pegang.
Kita hanya mampu merayu, sembah sujud dan mohon kepada Allah untuk minta kepada Allah.
Maka apa yang kita bangga sekarang: suami romantik, anak bijak, rumah besar, kereta mewah, pekerjaan hebat.. Itu semua ihsan Allah. Itu semua hibah dari Allah.
Satu hari nanti kita bakal menghuni barzakh. Lebih lama dari kita huni dunia mungkin.
Allahu akbar 😭
Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa kita. Tapi kita selalu alpa. Kita leka dengan dunia. Bangun tidur ingat dunia. Solat kita susahnya nak khusyuk Doa tak sungguh-sungguh. Kita tak jadikan akhirat dan jumpa Allah itu matlamat kita Ini semua saya 😭 Saya cakap pada diri saya sendiri.
Mak-mak…
Ads
Ramai yang risau kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku. Kalau aku dengan suami aku mati serentak macamana rumah, kereta, duit, anak-anak. Kalau aku yang pergi dulu, suami aku kahwin lagi ke.
Allahu akbar… Itulah fikiran kita. Betul tak mak-mak.
Saya pujuk diri.
Janganlah risau… Allah ada.
Allah sebaik-baik PERENCANA. Allah sebaik-baik PERANCANG.
Dari kita mati sampai ke siapa yang menjaga apa yang kita tinggalkan semua Allah dah susun atur cantik.
Jom lah mak kita teruskan hidup ini.
Semoga Allah bagi senafas lagi buat kita untuk terus berbakti kepada keluarga. Mungkin hari ini hari terakhir kita gosok baju suami kita.
Sebut sahaja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang mengenali figura yang cukup terkenal dalam bisnes online.
Malah, beliau juga muncul sebagai seorang jutawan pada usia muda sehinggakan kisahnya memenuhi dada-dada akhbar saban hari.
Tidak hairanlah sehingga kini ramai yang menjadikkan beliau idola terutama bagi yang ingin mengorak langkah dalam bisnes atas talian.
Tidak seperti figura lain yang terkenal, pasti tempias turut mengenai ahli keluarga terutama isteri dan anak-anak. Namun berbeza dengan Irfan Khairi. Menerusi perkongsiannya di dalam facebook, bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui ahli keluarganya termasuk isteri tidak memiliki media sosial.
Muncul di media sosial
Ini isteri saya, Shazrina. Atau lebih dikenali bila saya sebut-sebut dalam content saya sebagai “Kak Shaz” Memang jarang-jarang saya kongsikan mengenai Kak Shaz di media sosial. Bagi yang follow saya dah lama mungkin akan perasan sekali atau dua kali je setahun baru la muncul di media sosial. Tu pun rasanya tahun ni belum pernah lagi. Sampai ada yang ingatkan saya ni masih bujang. Dah kahwin 20 tahun dah adik oi. Anak dah 4 orang.
Kahwin dengan orang internet Satu perkara yang mungkin pelik mengenai isteri saya adalah, Kak Shaz tidak mempunyai media sosial. Tiada di FB, IG, TikTok lagi la takde. Kahwin dengan orang Internet tapi tiada di Media Sosial. Tapi bukan hanya Kak Shaz. Anak-anak saya pun tiada di media sosial. Ilham, Kasih, Ikhlas dan Cinta tidak mempunyai akaun media sosial. Mereka jenis yang sangat pemalu. Sebab itu, seperti ibu mereka, memang jarang-jarang akan ada di media sosial saya. Ayah ada berjuta followers di media sosial tetapi isteri dan anak-anak tak follow pun. Sebab tiada media sosial.
Tak semua aktif media sosial Tetapi di sini juga pesanan untuk para usahawan. Tak semua orang ada media sosial. Tak semua orang aktif di media sosial. Jika kita hanya menggunakan IG contohnya untuk berniaga. Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai IG? Bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai FB. Rugi sebenarnya jika anda hanya berniaga di satu atau dua platform media sosial, sedangkan mungkin RAMAI LAGI prospek anda tidak mempunyai media sosial atau tak aktif pun di media sosial.
Perniagaan online Sebab itulah, untuk berjaya dalam perniagaan online, usahawan perlu ada laman web. Sesiapa sahaja prospek anda boleh jumpa dan melawat laman web anda. Ruginya kalau tiada laman web. Satu strategi ini sahaja boleh melipatkali gandakan perniagaan anda dan bawa perniagaan anda ke peringkat global. Siapa usahawan kat sini yang belum ada laman web? Baik mengaku. Anda yang rugi.
Bila sebut sahaja menu daging kambing, tentu sudah ada yang membayangkan betapa enaknya jika dapat menikmati lamb chop yang dimakan bersama sos lada hitam yang pekat dan berasa lemak dan pedas berempah. Kesempurnaan rasa yang sukar untuk digambarkan apatah lagi andai dimasak dari air tangan sendiri.
Buat yang pertama kali ingin mencuba, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi ini.
Resepi Lamb Chop Viral
Jom cikgu kongsi sos black pepper sesedap rasa sampai terbeliak biji mata. Hii. Jangan lupa minum jus epal suam atau limau suam. Kolestrol tetap kena jaga juga.
Bahan perapan daging ( 3 keping )
– 3 sudu besar sos lada hitam
– 3 sudu besar serbuk cheese ( dalam plastik- boleh beli dekat kedai bakery)
– 1 sudu besar sos spageti cendawan
– 3/4 lada hitam kisar
– 1/2 sudu kecil parsley flakes
* tak perlu masukkan garam. Perapan dengan serbuk cheese sudah memadai.
cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan perapan dalam bekas besar.
2. Lumurkan pada kepingan daging kambing setelah dicuci bersih tanpa darah beku.
3. Perap selama 8 jam untuk hasil yang terbaik. * Untuk perap semalaman kena masukkan dalam peti suhu biasa. Afy masukkan dalam plastik besar.* bakar daging selepas sos dan semua bahan pelengkap siap.
4. Panaskan 3/4 sudu besar planta atas pan. Susun daging yang diperap dengan teliti.
5. Gunakan api yang agak besar. Yang penting kena selalu balik-balikkan. Anggaran masa 10-15 minit. Konsistensi daging bukan garing kering.
6. Pastikan daging anda daging yang masih berjus dan lembut.
7. Sebelum daging diangkat, Afy suka layurkan sekejap-sekejap atas api gas. Untuk naikkan bau. Cara Afy tu agak bahaya sikit. Risiko dapur gas tersumbat atau bahaya lain. Hati-hati ye.
Resepi Sos Black Pepper Maveloss
1. Panaskan 3/4 sudu besar planta dalam api kecil sahaja. Kemudian masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy tunjuk. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 1 tin.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. Kalau takda takpa. Kacau rata.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati. Siap untuk sos black pepper maveloss!
Betul, tak tipu.
Alangkah sedapnya jika pada waktu-waktu begini boleh menikmati cendol yang lemak manis rasanya untuk menyegarkan tekak yang dahaga. Sambil-sambil itu pula dapat bersantai di bawah pokok menikmati angin petang. Alangkah nikmatnya! Namun di mana hendak dicari pada waktu-waktu PKP ni?
Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja dan nikmatinya di laman rumah. Memandangkan untuk menyediakan cendol ini tidaklah susah mana. Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Shida Ambok di facebook yang mendapat perhatian warganet.
Ingatkan susah buat minuman cendol ini dan siapa sangka untuk membuatnya tidak memerlukan masa yang lama dan cukup ringkas. Nak tahu resipinya, ini perkongsian penuh daripada Shida. Semoga bermanfaat.
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang.
Cendol
Bahan-bahan
1.5 kg Cendol segera
1tin susu sejat
1tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-cara
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.