Kemas Rumah Tak Akan Ada Rasa Stress Atau Terbeban Kalau Mak-mak Siapkan ‘Daily & Weekly Cleaning Checklist’ Macam Wanita Ni!

Share

Mengemas rumah untuk pastikan setiap hari terlihat bersih dan tersusun rapi itu memang satu cabaran buat ibu yang berkerjaya. Belum pun habis penat bekerja di siang hari, tiba di rumah disambung pula dengan melakukan tugas-tugas harian seperti mencuci baju, memasak, melipat kain dan pelbagai lagi hingga lewat malam terpaksa berjaga.

Andai begitu rutin harian yang dilalui sepanjang waktu, tentu akhirnya mendatang kelesuan dan lelah yang tidak tertanggung oleh tubuh. Jadi sebaiknya, lakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga ini dengan lebih bersistematik. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh seorang doktor di page Hani Mynis.  Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian bermanfaat ini.


Macam mana Hani merancang menu mingguan, nak kemas rumah pun Hani siapkan satu binder khas: “Cleaning binder” untuk Hani simpan “daily and weekly cleaning checklist” dan cheat sheet untuk Hani kemas rumah dengan sistematik dan stress-free.

Langkah-langkah perancangan kerja rumah harian dan mingguan

Senaraikan kerja rumah yang WAJIB buat hari-hari

Contoh: kemas katil, sediakan bahan nak memasak, memasak, basuh pinggan, lap atas dapur dan atas kabinet dapur, buang sampah, sapu sampah, basuh baju, jemur baju, lipat baju, seterika baju, kemas mainan sebelum tidur, kemaskan sofa/atas meja makan pastikan kosong, bersihkan bilik air dan lain-lain

Dari senarai kerja rumah tadi, bahagikan tugas kepada orang lain

Suruh suami tolong buang sampah, anak kalau dah pandai kemas mainan sendiri boleh tolong kemas mainan, anak-anak ramai boleh bahagikan tugas tolong basuh pinggan lepas makan, tolong basuh baju

Dari senarai kerja rumah tadi, tengok mana yang tak perlu buat setiap hari

Basuh baju, jemur baju dan lipat baju mungkin boleh buat dua hari sekali, seterika baju/tudung kerja dan sekolah boleh buat seminggu sekali (jimat masa dan elektrik jugak), sediakan bahan masak (prep sayur, paste dan protein) boleh buat seminggu sekali.

Buat jadual mingguan untuk “Deep cleaning” setiap bahagian rumah

Khaskan satu bahagian rumah untuk satu hari. contoh: Setiap hari Isnin buat deep cleaning ruang tamu. Selasa: Bilik air. (Penerangan lebih boleh rujuk caption gambar 2)

Buat jadual. Jadual “daily and weekly cleaning”

 

Setiap orang rutin “daily cleaning” dia tak sama. Buat jadual pagi buat apa, tengah hari buat apa dan malam buat apa. Dah buat jadual, print, laminate, tampal lah kat mana yang mudah nampak contoh peti ais, kalau ada command center lagi bagus. Hani tampal kat command center. Bila buat kerja ada rutin dan jadual, kerja siap tanpa stress.

 

letakkan semua peralatan mengemas dan membersih di satu tempat/bakul/bekas khas.

Hani sediakan “cleaning caddy” khas untuk letak berus-berus/penyapu kecil, spray pembersih + pewangi dan peralatan membersih yang sesuai. Kalau nak buat deep cleaning kat mana-mana, angkut je bakul tu.

Go minimalistic

Kurang barang, kurang bersepah, kurang mengemas.

Pastikan setiap barang ada “rumah”nya. dan Label kalau perlu.

OK, happy organising, happy cleaning

Feel free to save and print.

semoga bermanfaat

sumber : Hani Mynis