Suasana suram di hadapan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap dapat dirasai apabila Syafiq Ahmad menggendong jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Dalam perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Bernaman itu, dapat dilihat penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak dapat menahan sedih ketika mencium jenazah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dikapankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang.
Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi.
Dua lagi yang maut dalam nahas itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Ads
Sementara itu, Norain Shahadan,50 yang merupakan bapa mentua kepada Syafiq memberitahu, arwah isterinya ada meminta dia mengemas rumah untuk menyambut cucu baru mereka.
“Arwah isteri, Zainab Wahab, 46, ada hubungi saya dua hari lalu dan minta kemaskan rumah sebab nak bawa balik cucu baru.
“Tapi tak sangka pula dia dan cucu pulang sebagai jenazah,” kata Norain lagi.
Ads
Menurut Norain, dia menerima berita sedih itu melalui besannya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubunginya sekitar 6 pagi tadi.
Katanya, dia ketika itu antara percaya atau tidak apabila dimaklumkan isterinya dan cucu mereka, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.
Ads
“Saya tidak menyangka, namun reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan isteri dan cucu kedua kami.
“Namun, saya bersyukur anak sulung, Nur Amalina, 25, menantu, Muhamad Syafiq Ahmad, 25, serta cucu sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, selamat,” katanya lagi.
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahaya sentiasa ada di mana-mana. Dapur antara ruang rumah yang paling terdedah dengan bahaya pada anak-anak kita. Ketika kita asyik memasak di dapur, ada waktunya kita langsung tidak menyedari anak-anak yang datang secara senyap.
Ada waktunya, anak-anak mencapai apa sahaja tanpa sempat kita elak. Terkena minyak panas atau air panas memang amat ditakuti oleh kita sebagai ibu. Jika anak terkena, cemas usah cakaplah, apa lagi berhadapan dengan tangisan anak tanpa henti.
Bila anak terkena minyak atau air panas, jangan cemas, sebaiknya bertindak dengan pantas dan lakukan perkara-perkara ini untuk meredakan. Salah satunya adalah dengan rawatan tradisional.
Jom semak caranya!
1. Lidah buaya
Ambil lendir daun lidah buaya atau juga dikenali dengan Aloevera. Campurkan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang terkena minyak atau air panas.
2. Kapur sirih
Ambil kapur sirih dan sapukan pada bahagian kulit yang telah melecur. Biarkan kapur sirih tersebut kering. Lakukan berkali-kali, bukan sahaja mengurangkan rasa sakit malah kesan lecur juga boleh dikurangkan.
3. Serbuk kopi
Redakan rasa sakit dan pedih dengan meletakkan serbuk kopi pada bahagian yang terkena percikkan minyak panas atau air panas.
4. Pelepah pisang
Ambil pelepah pisang dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur. Ia dapat membantu melegakan kesakitan dan elakkan daripada terkena air pada bahagian kulit yang melecur tadi.
5. Telur
Pecahkan sebiji telur dan sapukan pada bahagian kulit yang melecur tadi. Lakukan berkali-kali sehingga kurang rasa sakitnya.
6. Tepung
Segera lumurkan dengan tepung pada bahagian kulit yang melecur dengan berhati-hati. Dikatakan tepung boleh membantu agar kulit tidak melepuh.
7. Ubat gigi
Sapukan ubat gigi di bahagian yang melecur dan biarkan hingga kering. Kulit akan terasa lebih selesa dan pasti tidak akan menggelembung berair.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang best makan makanan manis, terutama kek, coklat atau aiskrim. Malah kadang-kala, ibu ayah pun gemar membeli anak-anak makanan manis ini. Hakikatnya makanan manis ini selain bahaya untuk kesihatan, ia juga boleh menjejaskan daya ingatan seseorang orang.
Oleh itu, demi memastikan kehidupan keluarga anda sihat, kurangkan pengambilan makanan manis. Ikuti penjelasan doktor ini DrRizal Abu Bakar dengan hurian yang mudah untuk kita fahami. Jadi berubahlah sekarang demi memastikan keluarga selamat dan sihat.
KENAPA CEPAT LUPA? Apa rasa apabila dicubit? Sakit? Apa pula kesan warna pada kulit akibat dicubit? Merah?
Bagaimana pula kalau kita dicubit setiap hari?
Dicubit di tempat yang sama. Sehari 4 hingga 5 kali. Dari sehari tukar kepada minggu.
Dari minggu tukar kepada bulan. Akhirnya bertahun dicubit. Di tempat yang sama.
Bayangkan kesan cubitan itu? Lebamkah? Tertanggalkah kulit?
Otak kita juga kena penangan kesan seolah olah dicubit. Merah menyala jadinya. Bahasa mediknya ialah keradangan atau inflamasi.
.
Kesan ini berlaku setiap hari. Berlaku pada pusat memori. Namanya hippocampus.
Apabila kita makan makanan bergula kita seolah mencubit cubit pusat memori ini. Hippocampus akan beraduh. Menjerit kesakitan.
Malangnya kita tidak dengar jeritan dan rayuannya. Kita terus telan makanan dan minuman manis. Terus bedal semahunya.
Hippocampus menjadi lemah. Ada selnya yang mati. Maklumlah dicubit 5 kali sehari. Setiap hari. Tanpa jemu.
Apabila mahu ambil makanan bergula, ingatlah ada jeritan kesakitan pada hippocampus. Akan ada kematian.
Apabila hippocampus sakit dan selnya mati, kita tidak akan mampu mengingati. Lupa akan jadi penyakit kekal abadi.
. #DrOtak #AmazingBrainAmazingYou #cocoOCOC
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.