
Teringin nak buat ‘Kitchen Island’ tapi bajet tak cukup? Nah admin kongsikan cara mudah dan murah untuk ibu-ibu cuba ‘tiru’. Perkongsian puan Fara Amirullah menerusi page Tukang Apa Hari Ini mungkin dapat membantu.
Simple sahaja penghasilan kithen islan yang hasil kerja tanhan suaminya sesuai untuk ruangan dapur yang sempit tapi buat ruang tersebut nampak lebih kemas dan menarik.I pernah post project diy kitchen island guna c channel yang husband i buat masa PKP hari tu, tapi tergendala sebab skirting and powder coating tak dapat beli dek PKP. Hari ni dedua item sampai serentak, so husband settle kan kitchen island i tu. Finally siap jugak! 😍




ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Empat Beradik Dapat Tunai Haji Serentak, Berkat Ibu Ayah Daftarkan Haji & Menabung Sejak Anak Masih Kecil!

Sungguh benarlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat, jika sudah itu janjinya maka kenikmatan dan rahmat Allah pasti sampai tepat pada masanya. Inilah yang dapat digambarkan dengan anugerah Allah berikan kepada 4 adik beradik ini iaitu Muhammad Hasif, 26, Imran Harith, 25, Nur Hanisah, 23, dan Ahmad Hazim, 19 apabila mereka berempat menjadi antara jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Simpan Duit Sejak Kecil
Menurut Dr Noor Hassan Yahaya, 53, keempat-empat anaknya mula menabung sejak kecil lagi. Dan setiap kali dapat duit raya akan masukkan ke dalam akaun TH selain duit yang diperuntukkan olehnya untuk anak-anaknya menabung di TH.
“Sejak mereka berusia setahun, saya dan isteri Norlida Hassanal Bashry, 54, sudah membuka akaun simpanan TH masing-masing sebagai persediaan awal ke Tanah Suci.
“Duit raya yang mereka dapat sejak zaman kanak-kanak akan kami simpan dalam TH selain duit yang saya simpan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH di Sepang, hari ini.
Keluarga berkenaan dari Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru, pertama kali mengerjakan ibadah haji manakala ibu bapanya sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 2009.
Dr Noor Hassan yang juga pakar bius di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berkata hati mereka amat berat melepaskan keempat-empat anaknya, namun tuntutan agama sangat penting sebagai Muslim.
Amanah Digalas Abang Sulung
Sementara itu, Muhammad Hasif berkata, sebagai abang sulung, dia akan menjaga adik beradik seperti diamanahkan mak dan ayah.
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya sebagai abang sulung. Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan amanah diberikan.
“Kami sudah membuat persediaan awal termasuk mengikuti kursus haji sejak beberapa bulan lalu termasuk Kursus Perdana Haji di Johor Bahru.
“Alhamdulillah, semoga urusan kami dipermudahkan untuk menjalani ibadah dan membantu jemaah lain terutama warga emas yang uzur,” katanya.
sumber : Harian Metro
Berniaga ‘Coq Teloq’ Bantu Tambah Rezeki Keluarga. Wanita Ni Juga Tak Lokek Kongsi Resipinya Di Media Sosial!

Jika anda pernah berniaga, tentu sahaja ada kisah berbeza dan tersendiri bagaimana anda boleh mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Ada orang berniaga sebab minat, ada orang berniaga sebab ingin keluar daripada kesusahan dan tidak kurang juga ada orang berniaga sebab percaya hanya berniaga boleh jadi kaya raya dan bermacam-macam lagi tujuannya.
Manakala bagi Fiza Asmuni, merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata dia berniaga kerana ingin membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga dan dalam masa yang sama meneruskan legasi perniagaan keluarga dengan memasak Cucur Telur atau Coq Teloq.
Ikuti perkongsiannya
Area utara nie susah dah jumpa orang jual kuih nie…Saya peminat tegar kuih nie…setiap makanan pasti ada ceritanya. Dulu mak abah saya duk jual kuih ni lah..seawal 3 pagi bangun siapkan kuih nie,nasi lemak,kuih ketayap dan lain-lain.
Awal2 pagi sebelum subuh abah dah keluar hantar letak di kedai2 sebelum abah pergi kerja..dulu family saya orang susah..mak saya surirumah,abah saya pemandu lori ..masa tu abang,saya dan adik saya kecik lagi…jadi nie jer mampu mak saya buat, janji kami adik beradik terjaga.
Jadi dengan cara ni mak saya tolong abah saya menjana pendapatan keluarga kami dengan membuat pelbagai kuih termasuklah kuih nie.
Kini saya pula tolong suami
Lepas saya kahwin saya pula ambik alih jual kuih nie..tapi xlama setahun jer sebab masa tu xda anak lagi boleh lah buat kuih nie..sbb agak rumit bagi kita2 yang ada anak ni kan…
Pun begitu, 5 tahun lepas saya pernah jual letak di kedai-kedai. Bangun seawal 4 pagi..sebab saya buat xbanyak dalam 100biji jer…Alhamdulillah setiap kali hantar habis..seronok sangat2. Tambah bulan puasa..letak 100biji-200biji ke atas mesti habis. xsemua org pandai buat…sebab nak dapatkan keranggupannya…tapi lama2 cuba mesti dah pandai.
Tujuan saya satu, saya buat semua ini untuk menambah pendapatan suami dalam usaha membesarkan 2 orang anak kami. Biarpun tidaklah berniaga hari-hari, namun jika ada tempahan dan bulan puasa umpamanya saya ‘gagahkan’ diri juga untuk menyediakan cucur telur ini.
Kongsi Resipi
Sedara mara saya selalu tanya”bila nak buat coq telur”, ok hari nie saya buat. Saya nak share resepi dah pandai boleh buat jual pagi2.
Bahan-bahan:
Tepung gandum 400g
Planta 50g
Air garam setengah cawan(2-3cubit garam)
Telur sebiji
Cara penyediaan :
- Gaul sebati dengan jari sebelum masukkan air garam sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga menjadi doh yang cantik
3. Sapukan planta setiap biji doh dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.
Bahan Inti
Daun kucai,, cili merah, bawang besar dan telur.
- Goreng semua bahan tanpa minyak.
2. Masukkan garam 1cubit dan telur dan dimasak seketika. Ketepikan.
3. Canaikan doh masukkan inti.
4. Pastikan sebelum goreng kalian tarik2 doh tu kiri kanan tu mcm ni..yang tengah jangan tarik takut pecah.
5. Goreng dengan api panas macam goreng karipap. Kalau ada gelembong2 tu mmg pass la.
Pesan Mak, Sibuk Macam Mana Pun Kerja, Jangan Lupa Sediakan Sarapan Untuk Suami & Anak-Anak. Rumah Tangga Ni Peluang Kita Berbakti Sebanyak-Banyaknya

Sesungguhnya, air tangan ibu dan isteri itu adalah yang terbaik, lagi lagi sebagai pengikat kasih sayang dan keharmonian dalam rumah tangga.
Namun, kesibukan dengan urusan kerja adakalanya menyebabkan wanita ini tidak mampu untuk memenuhi keperluan tersebut. Mengantuk, penat bekerja semalam belum hilang antara yang menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Nak tak nak, terpaksalah suami dan anak-anak bersarapan di luar.
Menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak besar pahalanya. Hadamkan perkongsian dari Puan Ainun Mardhiah. Moga bermanfaat untuk semua!
BIHUN GORENG EMAK
“Yah, sibuk macamanapun awak kerja, jangan lupa sediakan sarapan untuk suami & anak2,” Mak sering memberi pesanan ini sejak dari awal saya berkahwin sehinggalah sekarang.
“Kasihan anak-anak kalau pergi sekolah tak sarapan pagi. Lesu je..Anak2 kena rasa masakan air tangan ibu. Itu yang ikat hubungan kita dengan anak,” Pesan mak lagi.
Ya, memang azam dan impian saya nak kuat dan rajin macam mak. Mak tak pernah gagal membahagiakan anak-anak, Subhanallah.
Kami tak pernah lupa, mak akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk solat dan selepas itu kami akan mendengar mak menggiling lada untuk membuat nasi goreng.
Boleh sahaja lada itu di blender, tetapi mak memilih untuk menggiling. Bayangkanlah, setiap pagi mengangkat batu giling yang berat tu. Kata mak, kalau guna lada giling, nasi goreng jadi lagi sedap. Subhanallah, kami dapat merasai keikhlasanmu duhai ibu. Sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk kami.
“BOLEH TOLONG MASAKKAN BIHUN GORENG MACAM MAK BUAT?”
Hijau biru rasa muka saya bila suami membuat permintaan ini.?
Ustaz Mohd Asshik jarang request nak makan itu dan ini, jadi bila beliau berkata sedemikian, maka cepat-cepatlah saya ingat balik macamana cara mak masak bihun goreng yang best ni.
Baru-baru ni waktu balik kampung di Jengka, beliau makan bihun bertambah-tambah. Beberapa hari lepas tu, sekali lagi kami balik kampung, suami cakap kat mak, “Mak, makan tengahari kita makan bihun goreng jelah mak. Sedap sangat MashaAllah!” Kelakar betul suami koi?
Bihun goreng version mak, maksudnya kena tumis bawang lada tu lama sikit..kena sabar banyak. Hehe..
“Usaha belajar masak apa yang suami suka.” Terngiang lagi pesanan mak.
“Ok bang, saya try!” Saya menyatakan persetujuan.
Usah lelah dalam membahagiakan insan lain. Kita usaha sedaya mampu. Ikhlas kerana Allah. Kita hanya damba redha Allah dalam kehidupan ini.
Rumahtangga adalah peluang untuk kita berbakti sebanyak-banyaknya. Semoga Allah kuatkan kita untuk menggembirakan insan-insan yang kita sayang sehinggalah hari akhir kita di dunia.
Sekian, sambil memasak bihun goreng kita belajar sesuatu. Inilah kehidupan.?
“Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada insan lain.”?
#asamgaramrumahtangga
#belajardanterusbelajar
#ImpianKeluargaAlQuran