
Rumah ku Syurga ku. Tak kisah rumah kecil atau besar asalkan ia boleh mendai tempat berteduh dan berkasih sayang seisi keluarga itu sudah memadai.
Kena sentiasa bersyukur apa yang kita ada,walaupun sekecil kecil rumah yang penting kita bangga dengan sendiri dapat membeli rumah dengan hasil titik peluh kita sendiri. Dengan kata lain, ikut kemampuan diri kita setakat mana yang mampu.
Demikian juga dengan puan Mazida Zakariya yang berkongsi dekorasi kediamannya menerusi grup Deco Rumah Ku Syurga Ku baru-baru ini.
Dari luaran nampak biasa sahaja. Tetapi melangkah masuk, pasti mata terpegun dengan dekorasi setiap ruang yang ada.
Kediaman yang dibeli dua tahun lalu itu di dekorasi sedikit demi sedikit. Namun pemilik kediaman ini amat menekankan faktor kekemasan dan kebersihan. Tidak hairanlah, setaip ruang tampak cukup cantik, kemas dan bersih.
Luaran rumah saya hanya biasa saja. Ada sahabat tnya saya macmana saya boleh pilih rumah macmni..luaran pagar dgn grill barang lama..xcntik lngsung.. Mcm rugi ja sya beli..ini saja yg saya mmpu beli..rumah sekarang ni mahal..dah 2 tahun sy beli.
Alhamdulilah walaupun luaran macm biasa saja.. Saya cuba utk deco rumah saya sedikit demi sedikit..dan sya pastikan bersih dan kemas sentiasa.. saya berniaga dan pekerja kilang.. Saya meniaga kek cheese waktu time cuti shift. Saya bersyukur sangat2 dapat membeli rumah walaupun rumah kecil..
Bergedil Tauhu Sedap & Sihat. Resipi Superb Yang Cukup Mudah, Ibu-Ibu Kena Cuba Ni !

Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Jika mahu menikmati Tauhu yang lebih enak dan sedap, apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Bergedil Tauhu. Malah, resipi ini juga boleh menarik perhatian anak yang tidak suka makan tauhu.
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dimakan bersama nasi atau sekadar dicicah dengan sambal hitam.
Bahan:
4 keping tauhu lembut
3 biji kentang | direbus/goreng
1-2 ketul dada ayam | dicincang halus/ rebus kemudian siat-siat.
1 biji bawang besar | dicincang halus
Bawang goreng | jika suka
1 pokok daun sup | dicincang
1/2 batang cili hijau & merah | dicincang
1/2 batang lobak merah | dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk bawang putih | jika tiada, boleh pakai bawang putih biasa, cincang dan goreng
1 sudu teh garam
2 biji telur
Nota: Ayam boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi udang atau ketam
Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Ubi kentang dan tauhu ditumbuk hingga halus.
2. Kemudian satukan dengan semua bahan yang lain kecuali telur. Gaul hingga semua bahan sebati.
3.Ambil adunan dan bulatkan seperti dalam gambar. Kalau nak lagi sedap, boleh dikukus selama 15 minit.
4. Pilihan kedua, inti tadi selain dikepal, boleh juga disumbat ke dalam tauhu pok. Caranya, potong bentuk X pada tauhu dan keluarkan isinya. Kemudian sumbat dengan inti tauhu tadi hingga penuh.
5.Ambil telur dan pecahkan. Pukul sedikit kemudian celupkan kepingan bergedil tauhu tadi. Goreng menggunakan api perlahan sehingga warna menjadi perang. Minyak menggoreng sebaiknya ditukar setiap 2 kali gorengan bagi mendapatkan hasil bergedil yang cantik.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan bersama sambal kicap.
Kredit gambar& resipi: El Musliha Katiman via MAHN
Ikut Tip Ini Jika Kenderaan Anda Dilanggar Dari Belakang. Cukup Bermanfaat Untuk Kaum Ibu!

Apabila berlaku sesebuah kemalangan, pasti kita akan diserang panik nak-nak lagi bagi kaum wanita yang pertama kali mengalami situasi begini. Apakah yang harus dilakukan dan siapa yang patut dihubungi. mungkin waktu ini ada akan blur seketika.
Yang penting tenangkan hati dan jangan panik. Jom ikut tip atau nasihat ini dikongsikan oleh Pengasas Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor . Cukup bermanfaat terutama kepada kaum wanita yang memandu keseorangan atau hanya ditemani anak kecil. Kena berhati-hati supya tidak ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain.
1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti
11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut
Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang. Patuhilah undang-undang.
Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
“Kau Ni Nak Tanya Ke Nak Menyakitkan Hati?” Pernah Stres & Kecil Hati Ditanya Soal Anak, Izzue Islam & Isteri Mahu Terus Positif!

Siapa yang tak nak anak kan, lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri. Kata orang hadirnya anak melengkapi kehidupan berumahtangga.
Namun semua itu berlaku dengan izinNya, jika belum rezeki maka kena reda dan sabar menanti.
Bagi pasangan selebriti, Izzue dan isterinya, Awin Nurin sudah mendirikan rumah tangga sejak 7 tahun lalu. Namun belum ada rezeki untuk menumpang cahaya mata.
Berkongsi isi hati menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 baru-baru ini, Izzue dijemput sebagai tetamu berkenaan topik ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.
“Tidak dinafikan seperti yang kita tahu anak ni akan bagi kita kebahagian, keceriaan dalam rumah tangga tapi macam saya dah alami dan kami dah berkahwin hampir 7 tahun masih belum lagi menimang cahaya mata.
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak.
“Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan menguris hati kita,” luahnya.
Begitu pun baik Izzue mahupun isteri sentiasa bersikap positif dan berfikir rasional bagi menjawab pertanyaan mengenai isu anak.
“Macam mana kami menangani tekanan ni dari awal lagi saya dan isteri harus positif walaupun macam saya cakap tadi ada pertanyaan yang kita boleh terima ada tidak yang kadang-kadang tu kita rasa kau ni nak tanya ke nak menyakitkan hati aku?
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres.
“Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 2 Jun 2013.
Sumber: Media hiburan
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club