Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh keluarga yang datang dari pelbagai negeri. Setiap ahli keluarga ini di bahagikan menjadi lima kumpulan membentuk keluarga besar yang cukup ceria. Setiap kumpulan diberi ‘task’ untuk setiap check point bagi menyempurnakan penjelajahan treasure hunt di Lost World Of Tambun.
[Best_Wordpress_Gallery id=”12″ gal_title=”LOST WORLD OF TAMBUN”]
Sunway Lagoon Kembali Dibuka! Patuhi SOP Terima Kedatangan Pengunjung.
Selepas kerajaan umumkan taman tema termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai 2020. Rentetan itu, Sunway Lagoon menyahut baik berita itu dengan pembukaan semula pada 4 Julai 2020 lalu setelah menghentikan operasi sejak penularan pandemik covid 19 sejak 18 Mac lalu.
Menurut Penolong Pengurus Besar Sunway Lagoon M.Magendran, persediaan menyeluruh bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Sebelum dibuka semula, pekerja kami telah melakukan pelbagai persediaan dengan melakukan langkah keselamatan di Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon,” katanya ketika sidang akhbar sempena pembukaan semula taman tema berkenaan.
“Sebelum pembukaan semula, para pekerja kami telah melakukan persediaaan bagi memastikan semua langkah-langkah keselamatan tersedia di Extreme Park, Water Park, Amusement Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon,” katanya kepada pemberita semasa majlis pembukaan semula taman tema itu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Magendran berkata taman tema itu hanya akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi memastikan penjarakan sosial.
Begitu juga dengan tahap kebersihan sentiasa dititikberatkan manakala manakala permainan tunggangan di pusat hiburan tersebut akan dinyah cemar selepas setiap kali digunakan.
“Suhu badan pengunjung juga akan diambil dan mereka perlu mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan,” katanya.
#Keluargagader@Raya Sedondon
Raya Sedondon
Amalan rumah terbuka Aidilfitri sudah menjadi tradisi untuk sambutan perayaan di negara ini. Menyedari akan kepentingan amalan rumah terbuka atau sinonim dengan panggilan open house, Majalah Keluarga meraikannya dengan suasana meriah pada tanggal 22 Jun 2019 menerusi program #Keluargagader dengan penaja bersama Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia). Majlis yang diadakan di Bizmilla Garden Hall One City, Subang Jaya, Selangor mengalu-alukan kehadiran Timbalan Yang Dipertua Kasih Malaysia, Datin Seri Shamsidar Taharin.
.
#Keluargagader@Legoland
Jom Cuti-cuti!
Tarikh : 17 November 2018
Mengeratkan lagi hubungan antara keluarga besar follower KELUARGA, penganjuran #keluargagader bersama-sama 30 ahli keluarga bercuti dalam suasana santai bertemakan Hawaii di Legoland mencipta momen terindah antara peserta.
[Best_Wordpress_Gallery id=”4″ gal_title=”Keluarga Gader 2019″]