
Jom Cuti-cuti!
Tarikh : 17 November 2018
Mengeratkan lagi hubungan antara keluarga besar follower KELUARGA, penganjuran #keluargagader bersama-sama 30 ahli keluarga bercuti dalam suasana santai bertemakan Hawaii di Legoland mencipta momen terindah antara peserta.
[Best_Wordpress_Gallery id=”4″ gal_title=”Keluarga Gader 2019″]
Orang Lain Cita-Cita Jadi Guru, Bomba. Gru Nak Jadi Penjahat? Saksikan Dalam Minions: The Rise OF Gru!

Bagi yang mengikuti filem Despicable Me, mesti anda mengenali si kecil comel berwarna kuning dan berbaju jeans, iaitu Minions! Kini mereka kembali dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan pastinya anda yang menonton tidak akan kering gusi melihat telatah mereka.
Untuk filem terbaru Minions : The Rise of Gru ini, pengarahnya Kyle Balda membawa penonton menyelusuri watak Gru ketika masih kecil iaitu berusia 12 tahun.
Tatkala kanak-kanak lain mempunyai pelbagai cita-cita menarik bila meningkat dewasa seperti polis, doktor, guru dan sebagainya, lain pula dengan Gru yang lebih memilih untuk menjadi seorang penjahat!
Malah, cita-citanya bakal tercapai apabila sekumpulan orang jahat paling licik dan digeruni The Vicious 6, memanggilnya datang untuk temuduga sebagai salah seorang ahli mereka.
Agak-agaknya, berjayakah Gru untuk menyertai kumpulan penjahat yang menjadi idolanya itu? Nak tahu, kena lah tonton Minions : The Rise of Gru di pawagam berdekatan anda bermula 30 Jun 2022!
Eh jap, yang paling menarik dalam filem ini, terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut oleh Minions tau! Antaranya terima kasih dan nasi goreng. Menarik kan? Haa tunggu apa lagi, jom tempah tiket wayang Minions : The Rise of Gru sekarang juga!
Percutian Mengujakan Seisi Keluarga Di Lost World Of Tambun

Setiap kali pengunjung melakukan pengembaraan di sini, itu bermakna satu pengalaman luar biasa dan meriangkan akan dirasai oleh semua pengunjung Lost World Of Tambun (LWOT).
Lihat sahaja lanskap alam semulajadi yang terbentang luas menghiasi pemandangan taman tema, disempurnakan pula dengan berlatarkan hutan tropika yang hijau merimbun, persekitaran gua batu kapur yang menakjubkan berdiri megah sejak 400 tahun lalu, dan semua itu menjadi antara tarikan yang menyuntik rasa keterujaan bukan sahaja untuk anak-anak malah kita sebagai orang dewasa.
[Best_Wordpress_Gallery id=”22″]
Cuti-cuti Di Legoland Malaysia Resort

LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan interaktif yang mengujakan! Selain itu, taman tema air dengan keluasan yang besar dan penginapan yang membuatkan anak-anak seakan berada di alam fantasi. Nyata, destinasi ini menjadi idaman setiap kanak-kanak dan orang dewasa.
Sejak penubuhannya tujuh tahun lalu, LEGOLAND Malaysia Resort sering menjadi lokasi percutian keluarga setiap masa dengan pelbagai permainan yang mengujakan! Terkini, tarikan baharu LEGOLAND Malaysia adalah SEA LIFE Malaysia.
Ia merupakan pusat perlindungan hidupan laut pertama di negara ini berkonsepkan akuarium interaktif dengan elemen LEGO yang unik. Menurut Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, Kurt Stocks, akuarium interaktif ini dipenuhi dengan 13,000 hidupan laut terdiri daripada 120 spesies dan 11 zon habitat berbeza dipersembahkan dalam persekitaran selamat, menyeronokkan dan berunsurkan pendidikan.
Konsep yang di bawa oleh SEA LIFE Malaysia dengan harapan keluarga yang melawat akuarium ini akan pulang dengan inspirasi untuk mempelajari, mencintai dan memelihara laut. Bagi memastikan semua pengunjung berpeluang menikmati tarikan baharu ini, menerusi pas tahunan baru, warganegara Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia.
Sememangnya LEGOLAND Malaysia Resort sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada pengunjungnya. Memang benar! SEA LIFE Malaysia merupakan tarikan terbaharu di sini. Ia adalah akuarium interaktif pertama dengan elemen LEGO yang unik.
Selain tarikan baharu itu, LEGOLAND Malaysia Resort tetap dikunjungi ramai dengan taman tema permainannya yang mengandungi tunggangan mendebarkan, bengkel LEGO yang menarik, dan Miniland yang mengagumkan, di mana landskap, negara dan mercu tanda Asia yang menarik dicipta semula dalam skala miniatur menggunakan lebih daripada 30 juta bata LEGO. Selain permainan interaktif, LEGOLAND turut menyediakan taman tema air, hotel dan restoran bertemakan lego.
Juga Taman Air LEGOLAND yang mempunyai lebih daripada 20 slaid unik, lebih daripada 70 model LEGO dan banyak lagi untuk keluarga nikmati. Ini termasuk Sungai Build-A-Raft dan Joker Soaker. Yang pertama adalah konsep yang unik di mana kanak-kanak boleh menyesuaikan rakit mereka sendiri dengan bata LEGO yang lembut sebelum terapung di sungai yang mempunyai arus serta merasai siraman air deras melalui baldi gergasi menuangkan 350 gelen air.
Nyata taman tema ini merupakan lokasi percutian sehenti buat keluarga yang berunsurkan hiburan dan pendidikan. Tidak mustahil, ramai beranggapan ia sebagai pilihan percutian wajib untuk sesisi keluarga.