Tarikh : 2 Feb 2019
#keluargagader dengan kerjasama Legoland Malaysia ini telah disertai oleh 30 keluarga yang terdiri daripada dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Kemeriahan Break-first Love yang cukup luar biasa!
[Best_Wordpress_Gallery id=”14″ gal_title=”BREAK-FIRST LOVE@KIDZANIA 2 FEB 2019″]
Hujung Minggu Belajar Buat Pastri Secara Dalam Talian. Creampuff Menjadi & Seisi Keluarga Suka Makan!
Pada hujung minggu bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan salah satunya adalah dengan memasak bersama-sama. Lazimnya bila kita dapat menyediakan hidangan yang enak dan digemari oleh seisi keluarga tentu ianya menjadi momen yang menggembirakan.
Apatah lagi melihat anak-anak makan berselera tentu sahaja memberi rasa kepuasan berganda buat ibu yang memasak.
Lantaran itu, Keluarga menganjurkan satu program webinar E-Keluargagader secara dalam talian untuk memberi ruang kepada seisi keluarga untuk mengetahui cara bagaimana untuk menyediakan creampuff yang lembut dan berkirim intinya.
Program ini mendapat sambutan ramai dengan jumlah keahlian 120 orang mendaftar, dan mereka dihimpunkan di dalam aplikasi Slido. Sepanjang tempoh 2 jam mempelajari ilmu membuat Creampuff daripada pakar En Mior Ashraf Norul Bashah yang juga merupakan pemilik Kedai Kek Shah Alam, rata-rata peserta program cukup berpuas hati dan dapat memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan.
Kuiz & Cabutan Bertuah
Peserta tidak hanya mempelajari cara membuat creampuff semata-mata, malah program dimeriahkan dengan soalan kuiz dan cabutan bertuah.
Tahniah diucapkan kepada 5 peserta yang terpantas menjawab soalan kuiz iaitu Puan Sahhila Sulaiman, Puan Suanrti Mohd Talkhah, Puan Nurul Fauzira dan Encik Mohd Dzul Hatta Abdul Kamal. Manakala pemenang untuk cabutan bertuah pula adalah menjadi milik Puan Suanrti Mohd Talkhah, kemudian puan Nurashikin Jalpus dan Puan Amirah Shamsuddin.
Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!
Semestinya ini berita gembira buat semua yang ingin bercuti ke Legoland. Mulai khamis lalu iaitu 25 jun secara rasminya Legoland Malaysia Resort telah di buka semula selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19. Namun begitu ia beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.
Pengarah Bahagian, Lim Choong Sean berkata taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif.
Beliau berkata dengan pembukaan semula operasinya yang sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.
“Kami perlu mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal. Kami turut menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja. Kami turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya lagi.
Bagi memastikan hasrat ini tercapai, Legoland memperkenalkan kemudahan, proses dan tenaga kerja baharu sesuai dengan protokol dan prosedur keselamatan termasuklah. Sementara itu, Legoland juga mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan fleksibel di mana pengunjung boleh membuat tempahan awal dan merancang percutian mereka. Promosi disertakan dengan jangka masa lanjutan daripada pakej biasa dan ini adalah sebahagian usaha Legoland untuk menghidupkan kembali industri pelancongan.
10 PERKARA BARU DI LEGOLAND
- Wajib menggunakan penutup mulut sepanjang berada di kawasan taman tema dan hotel.
2. Pengambilan suhu dan pendaftaran pengunjung. Proses ini akan berlaku tiap kali keluar dan masuk di Taman Tema ataupun di Hotel.
- Sekira kebiasaanya sarapan pagi disediakan di Brick family Restaurant tetapi kini pengunjung diberikan pilihan samaada mahu sarapan di hantar ke bilik ataupun makan di restoran tetapi hanya di berikan masa 40 minit sahaja.
- Perlu belajar untuk bersabar ketika ingin menaiki atau merasai permainan yang ada kerana selain dihadkan kapasitinya protokol kebersihan dan pembasmian kuman di lakukan setiap kali untuk memulakan permainan. Oleh itu, sedikit masa di ambil untuk proses ini.
- Pihak Legoland sentiasa memastikan adanya penjarakkan sosial dan kawalan pengunjung. Jadi pastikan anda patuhi ya!
- Bagi yang dah penat bermain dan ingin merasai makanan di Kafe di dalam taman tema tiada masalah kerana kafe telah di buka sepenuhnya. Namun harus diingat juga kapasiti untuk memasuki restoran juga di hadkan hampir separuh daripada jumlah normal.
- Ini antara yang wajib di grab sekarang iaitu lanjutan 3 bulan untuk semua Pas Tahunan – Pas yang telah tamat atau akan berakhir antara Februari – Disember 2020
8. Bagi yang ingin membuat pembaharuan pas tahunan masa terhad – Pas Tahunan yang diperbaharui mulai sekarang dan seterusnya akan sah sehingga Disember 2021
- Tempahan Hotel Percuma Masa Terhad – Tempah 1 malam dan dapatkan malam ke-2 secara percuma. Memang berbaloilah kalau tempah sekarang!
10. Bukan sahaja hotel di tawarkan promosi istimewa malah akses untuk Taman Tema juga menarik. Beli tiket 1 Hari dan dapatkan tiket ke-2 secara percuma.
Tunggu apa lagi! Bawalah keluarga anda merasai pengalaman menarik dan baru di Legoland. Namun jangan lupa ya patuhi semua SOP yang ditetapkan. #kitajagakita.
Bawa Anak Tengok Tuntung Sungai Di Sunway Lagoon Pada Cuti Hari Raya
Aidilfitri kali ini bukan sahaja menggembirakan semua orang kerana sudah boleh pulang ke kampung halaman masing-masing selepas dua tahun tidak meraikannya bersama keluarga.
Tetapi ia turut meraikan kepulangan populasi haiwan terancam Tuntung ke Sunway Lagoon.
Sunway Lagoon dengan kerjasama PERHILITAN memperkenalkan tarikan baharu iaitu program ‘River Terrapin Conservation Awareness.’ Raya kali ini merupakan satu kepulangan sahabat Tuntung Sungai kami ke Sunway Lagoon.
Matlamat program ‘River Terrapin Conservation Awareness’ ini adalah untuk memperkembangkan populasi liar haiwan ini, kerana ia disenaraikan sebagai salah satu ‘Spesis Terancam yang Kritikal’ dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia 2010.
Sunway Theme Parks dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya Matlamat 17 – Kerjasama untuk capai matlamat menghidupkan semula usaha kerjasama bagi pembangunan lestari.
Spesis Tuntung Sungai ini boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Selatan Thailand. Sebanyak empat ekor Tuntung Sungai yang ditempatkan di rumah baharu mereka di taman Sunway Lagoon Wild Life.
Aktiviti pemuliharaan ini bermula daripada pengumpulan telur, pengeraman, penjagaan selepas menetas dan pelepasan Tuntung muda ke habitat asal supaya ianya boleh dikawal selia dan dipantau rapi oleh pegawai PERHILITAN.
Semua langkah ini bertujuan untuk memperluaskan populasi mereka. Aktiviti kesedaran pemuliharaan lain juga akan dianjurkan dengan kerjasama PERHILITAN pada masa akan dating.
Bawa Keluarga Tengok Kijang Raya Nanti
Selain daripada Program Kesedaran Pemuliharaan Tuntung Sungai di Sunway Lagoon, rakan saudara kami Sunway Lost World Of Tambun akan mengalu-alukan sepasang Kijang ke Sunway Lost World Petting Zoo pada Hari Raya ini.
Ini adalah program pertukaran haiwan dengan rakan kongsi lama kami, Zoo Melaka dengan kelulusan pihak PERHILITAN. Para tetamu akan dapat melihat mereka bermain-main dengan Kijang kami hanya di Sunway Lost World Of Tambun.
Tahun ini lebih bermakna kerana kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang tersayang dan bersatu semula bersama saudara yang dekat dan jauh. “Cahaya Aidilfitri” menjadi tema Raya kami pada tahun ini agar kita dapat meraikannya dengan penuh gemilang.
Kami mengalu-alukan semua tetamu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dari 18 April 2022 hingga 2 Jun 2022.
Bawa keluarga serta rakan-rakan anda ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun untuk merasai sambutan ‘Cahaya Aidilfitri’ Sunway Theme Parks.
Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks berkata, “Sunway Theme Parks sentiasa mencipta tarikan yang luar biasa untuk tetamu kami. Dengan kerjasama hebat bersama pihak PERHILITAN ini, kami dapat menyediakan aktiviti pembelajaran yang unik untuk tetamu bersempena sambutan Hari Raya kali ini’’
Setiap tetamu, sama ada tua atau muda yang berkunjung ke Sunway Lagoon atau Sunway Lost World Of Tambun akan dapat merasai pengalaman yang lebih mendalam dengan Tuntung Sungai dan Kijang kami”.