Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu, berasa terkejut dan seakan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Kakak Azi bersama Kosmo yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan.
Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam tadi. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya bersama wartawan Kosmo.
Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.
“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.
Manakala memetik laporan berita Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.
Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“”Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.
“PDRM juga menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.
Sumber : Kosmo & Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club