Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti, namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama.
Pemergian suami, Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh, 33, yang disahkan maut selepas terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi isterinya, Nur Shahirah Nabihah Mohammad Azan.
Menceritakan kejadian itu, kakak Nabihah, Nur Shahirah Nadiah Mohammad Azan, 37, berkata, Mohammad Isma yang bekerja sebagai juruukur hidrografi berulang-alik dari rumahnya di Danga Bay, Johor ke tempat kerja di Singapura.
“Ketika kejadian, dia menunggang sebuah vespa di jalan lurus sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mahu membelok.
Ads
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Changi untuk menerima rawatan. “Namun sebaik tiba di hospital itu, Nabihah dimaklumkan suaminya meninggal dunia akibat pendarahan dalaman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
“Selepas pelbagai dugaan dilalui mereka selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata, kini Nabihah perlu berdepan hakikat kehilangan suami tercinta.
“Saya harap dia kuat menghadapi dugaan ini demi anak tunggal mereka,” katanya yang memaklumkan jenazah Mohammad Isma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan van membawa jenazah Mohammad Isma sudah dalam perjalanan dari Singapura ke Tanah Merah dan dijangka tiba awal pagi ini.
Ads
Cari telefon bimbit untuk tunaikan nazar
Dalam pada itu, Nadiah berkata, sebelum kejadian, Mohammad Isma ada memberitahu isterinya mengenai nazar serta beberapa urusan yang disenaraikan di dalam nota telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis memaklumkan tiada telefon bimbit ditemui pada adik iparnya sebelum semakan menerusi aplikasi mendapati peranti itu berada dalam sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian.
Ads
“Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan telefon bimbit itu tetapi tidak berjaya.
“Telefon bimbit itu amat penting untuk mendapatkan senarai urusan dan nazar yang dinyatakan adik ipar dalam peranti berkenaan.
“Kami mohon supaya telefon bimbit itu dipulangkan kerana ia adalah kenangan bagi keluarga arwah,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya setiap pasangan suami isteri inginkan hubungan harmoni kekal sehingga akhir hayat. Dalam pada itu, bagi memastikan hubungan sentiasa bahagia, suami perlu tahu tentang tanda-tanda isteri sayang kepada suami barulah bahagia rumahtangga.
Jom ikuti 20 ciri-ciri ini supaya suami lebih memahami dan menghargai isteri.
1.Isteri tidak mengungkit @ memburukkan kekurangan suami di hadapan suami atau orang lain. 2. Isteri tidak merungut sekiranya tidak dapat apa yang dihajati. 3. Isteri marah dan berleter sekiranya suami tidak memberitahu@ merahsiakan perkara buruk yang terjadi terhadap suaminya. 4. Isteri berusaha menghias diri supaya kelihatan sopan dan cantik di mata suami. 5.Isteri bersabar dengan karenah suami. 6.Isteri berusaha menjalankan kewajipannya dengan baik. 7. Isteri tidak membantah teguran suami yang tidak melanggar syariat 8. Isteri sering mengajak suami ke arah kebaikan 9.Isteri sering memasak makan kesukaan suami 10. Isteri sering membuat kejutan kepada suami melalui hadiah dan perkara @ peristiwa yang istimewa pada suami. 11. Isteri berusaha melayani suami dengan baik di ranjang walau dalam keadaan agak penat 12. Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami yang tidak mampu suami lakukan 13. Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik. 14. Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik. 15. Isteri sering membantu suami menguruskan rumah tangga yang merupakan tanggungjawab suami 16. Isteri sering mengucapkan atau melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , ‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ kepada suaminya. 17. Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan@ mudah merajuk dengan suami@ cepat tersentuh sekiranya suami berkasar dengannya tetapi cepat baik apabila dipujuk. 18. Isteri cemburu apabila suami mempunyai hubungan lain dengan perempuan bukan mahram secara akrab. 19. Isteri tidak sanggup berjauhan dengan suaminya walau sehari. 20. Isteri susah hati dan menjaga suaminya sepenuh hati ketika sakit.
Kuatnya seorang wanita, meskipun baru sahaja lepas melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri itu sanggup gagahkan diri untuk hadir ke majlis iftar bersama semua pekerjanya.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Datin Shahida Dherbs, walaupun baru berpantang pada hari ke-7 dia tetap hadir ke majlis tersebut demi mahu meraikan pekerjanya selama ini menjadi tulang belakangnya dan syarikat.
“Demi janji saya pada semua staff saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7,” tulisnya.
Jika lihat daripada keadaannya sekarang, Datin Shahida katanya memang tidak berupaya tapi apakan daya, melihat kegembiraan orang lain menjadi penguat semangat baginya.
“Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabilah melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya.
“Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Datin Shahida turut berharap semoga ushahanya memberikan bonus kepada pekerjanya dapat memberikan keceriaan menjelang Hari Raya tidak lama lagi.
“Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.
Namun, disebalik niatnya yang baik itu, ada juga sesetengah warganet yang mempersoalkan tentang penjagaan diri terutamanya ketika sedang berpanmtang. Rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan terhadap isu ini.
Minggu lalu, Datin Shahida D’herbs selamat melahirkan cahaya mata ke-6 yang diberikan nama Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.
Sumber: Instagram Datin Shahida D’herbs
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrah dalam rumahtangga, apabila sudah mempunyai anak-anak terutama anak kecil, sudah pastinya rumah bersepah.
Bukan tidak mahu mengemas. Anak-anak aktif bermain di sana sini.
Kadang tak ada masa untuk mengemas setiap masa dek pelbagai urusan rumah lain yang perlu diutamakan.
Apabila rumah dalam keadan bersepah, agak sulit untuk menerima tetamu yang datang secara mengejut.
Kunjungi tetamu sebegini membuatkan tuam rumah tidak selesa. Begitu luahan rasa yang dikongsi oleh wanita ini. Bukan tidak menghargai tetamu datang tapi lebih manis, jika tetamu memberi tahu awal jika ingin bertandang.
Ikuti perkongsian beliau.
Gambar sekadar hiasan
Sejujurnya rumah saya bukan lah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya,tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah. Saya bukanlah malas nak kemas rumah,tapi kadang-kadang tu rasa fed up.Kemas sekejap,5 minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb,biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi. Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.
Gambar sekadar hiasan
Jadi, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Yela, kalau tak kemas takut pulak depa sakit jantung tengok Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak. Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari.
Sedikit peringatan untuk kita semua,termasuk diri saya sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga.Yelah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah. Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik,jangan pula nak mencanang ke sana sini. Bila dah kemas rumah macam ni, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah. Sekian.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.