
Semalam tular satu kisah penceraian seorang pendakwah selebriti, PU Abu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada bekas isteri pendakwah tersebut. Tak kurang yang melahirkan rasa marah kepada pendakwah selebriti tersebut atas tindakannya.
Dalam pada itu, rakan seangkatan PU Abu ketika bersama-sama dalam program Pencetus Ummah, PU Amin telah menitipkan suatu nasihat ringkas di laman Facebooknya.
Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga . Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga , saya cepat cepat peluk anak isteri saya . Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.
Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA . Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah . Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita .
Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa . Rezeki bertambah kerana nya . Anak anak pelengkap dunia akhirat .
Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA . Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan , pasti ada musuh , pasti ada ujian , pasti ada pasang surut ombak membadai .
Tiap kali ujian hadir ucapkan kalimah kalimah yang menyeru Allah . Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan . Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah .
Ingat kalau ada hati nak meninggalkan nya , fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya .
Ujian kita beza beza .
Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangka kan .
Ya Allah ! Peliharalah Kami .
Sumber: PU Amin
Cara Ajaib Kupas Telur Rebus, Tak Sampai 1 Minit Dah Siap, Rumah Terbuka Confirm Lancar!

Musim rumah terbuka ni pasti aktiviti mengupas telur antara yang wajib dilakukan. Kalau bukan telur untuk menu laksa, antara menu lain yang turut menjadikan telur rebus sebagai makanan sampingan adalah mi kari dan sebagainya.
Mengupas telur rebus sememangnya mengambil masa yang agak lama. Ini kerana kita terpaksa mengupasnya satu persatu dengan tertib, bimbang ia mencacatkan telur.
Sebenarnya ada teknik mudah untuk memudahkan, cepat dan pantas untuk mengopek telur rebus ini. Malah cara ini juga membantu telur rebus lebih cantik kupasannya.
Musim rumah terbuka ni ada baiknya anda cuba teknik ni. Pantas dan jimatkan masa. Bagaimana?
Wow kalau dah magic secepat seminit saja takkanlah kita taknak cuba kan? Ajar anak-anak ikut cara ni dan minta mereka buatkan. Aktiviti paling mudah!
Langkah 1
Basuh telur terlebih dahulu sebelum di rebus. Masukkan ke dalam periuk dan letakkan air hingga paras telur sedikit tenggelam. Rebuslah telur seperti biasa hingga masak.
Langkah 2
Apabila telur mula timbul dipermukaan, itu menandakan telur telahpun masak. Angkat telur dan toskan airnya.
Langkah 3
Masukkan semula telur ke dalam bekas dan letakkan air paip ke dalamnya. Biarkan seketika hingga telur sejuk.
Langkah 4
Apabila hendak mengupas telur, masukkan telur ke dalam bekas berisi air. Bekas plastik antara yang disarankan dan pilihan terbaik untuk anda melakukan langkah ini. Goncang seketika dan kemudian kupaslah telur seperti biasa. Hasilnya telur akan terkopek dengan mudah hanya dengan sekali kupasan sahaja.
Boleh dikatakan ia ibarat kuasa magic. Jadi kena cuba. Langkah ini pasti buat anda puas hati!
“Bayi Perempuan Dia Baru 4 Bulan, Tak Sempat Merasai Ciuman & Dakapan Arwah.” Lelaki Maut Perselisihan Di Jalan Raya, Isteri & Keluarga Redha, Mahu Keadilan Sewajarnya

Insiden pergaduhan yang akhirnya membawa maut kepada Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 benar-benar mengejutkan semua pihak. Arwah yang meninggal dunia dilanggar kereta selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi turut memberi kesan kesedihan amat mendalam terhadap ahli keluarganya.
Lebih memilukan, arwah yang berkahwin tahun lepas dan mempunyai seorang anak yang hanya berusia 3-4 bulan yang belum sempat mengenali wajah dan mendapat kasih sayang daripada ayahnya.
Sementara itu, adik ipar arwah, Zafri Amier melalui akaun media sosial miliknya meluahkan rasa kehilangan atas pemergian Danial yang disifatkan sebagai seorang yang prihatin terhadap keluarga.
“Masih rasa seperti ini semua mimpi buruk. Saya sangat rindukan abang Dan. Abang dalam perjalanan balik bawakan kami piza, tapi tuhan lebih sayangkan abang. Berehatlah dengan tenang, abang. Saya sayang abang.
“Paksu janji, paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial, paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak,’ ujarnya lagi yang berjanji mahu menjaga anak saudaranya itu.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
“Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
“Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.
“Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.
“Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.
“Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya..
“Saya terima keadaan ini (pemergian Muhammad Danial) dan serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Saya berharap kematiannya dapat keadilan sewajarnya.
“Cuma kami sekarang sangat sedih keadaan bayi perempuan dia baru 4 bulan tidak sempat merasai ciuman dan dakapan arwah. Jadi saya perlu menguatkan diri demi cucu dan anak perempuan saya demi kelangsungan hidup dan masa depan cucu saya.
“Anak perempuan saya (balu arwah) tenang menerima pemergiannya dan kita sebagai Islam menerima qadak dan qadar, sebagai ibu bapa kami yang perlu tabah dan kuatkan diri demi masa depan anak cucu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas upacara pengkebumian Allahyarham di Tapak perkuburan Islam Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota di sini.

Mohd Rozhan berkata, Allahyarham merupakan anak yang baik dan begitu menghormati orang tuanya.
“Menantu ini (Muhammad Danial) adalah seorang Hafiz yang hafal al-Quran, sangat hormati orang tua.
“Walaupun dia tinggal dengan saya di sini Bandar Putra, setiap minggu dia tak pernah lupa bawa keluarga kecil mereka jumpa emak dia Shah Alam dan itu rutin setiap Jumaat selama lebih setahun ini,” katanya sambil sebak mengenangkan arwah.
Menurutnya, arwah dan isterinya menuntut bersama di United Kingdom sebelum mendirikan rumah tangga dan kedua-duanya bekerja sebagai pengurus bank.
“Arwah bekerja sebagai pengurus di Ibu Pejabat Maybank di Jalan Tun Perak manakala anak saya (balu arwah) Pengurus bank United Oversea Bank (UOB) di Jalan Melaka,” katanya.
Katanya, semasa kejadian arwah dalam perjalanan balik ke Bandar Bukit Mahkota dengan membawa piza.
“Saya terjumpa pizza yang dibelinya dalam keretanya di lokasi kejadian semalam,’ katanya sebak.
Sumber: harian Metro & MalaysiaGazette
“Ni Praktis Dulu, Nanti Abah Bawa.” Layan Anak-Anak & Isteri Berkelah, Warganet Puji Gaya Jep Sepahtu Penuh Kasih Sayang!

Pandemik Covid-19 menyebabkan tiada lagi istilah bercuti baik di dalam mahupun di luar negara buat masa kini. Kini hanya mampu untuk throwback momen percutian sebelum pandemik ini berlaku bagi mengingatkan kembali saat-saat manis tersebut.
Tiada lagi istilah keluar makan bersama sekeluarga atau berjalan-jalan. Tetapi itu tdak bermakna kita tak boleh mencipta kenangan manis bersama keluarga.
Di rumah juga anda boleh berbuat demikian. Inilah yang dikongsikan pelawak dan juga penyampai radio Sinar.fm, Jep Sepahtu yang dilihat melayan anak-anak dan isterinya makan.
Keluarga bahagia ini berkelah bersama di hadapan laman rumah mereka. Perkongsian tersebut dimuat naik Sari Yanti menerusi laman instagramnya.
Berpicnic kami tadi 🥰. Alhamdulillah. This is love of my life ❤
Selain gambar-gambar momen keluarga ini berkelah, Sari turut memuat naik video pendek yang merakam gelagat suaminya melayan anak-anak mereka makan sambil bergurau.
Rata-rata warganet terhibur dengan Jep Sepahtu, tak kurang yang memuji pelawak ini seorang suami dan ayah yang penuh dengan kasih sayang.
Suka Dengar Jep sebut Anak-anak abah

Sumber: sariyanti
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club