Kalau sudah namanya kreatif, bab menghias kediaman tentu menarik dan unik jadinya. Buat apa pun nampak hebat dan istimewa.
Umpamanya ibu ini yang menghias kediamannya dengan menggunakan ranting-ranting pokok.
Mungkin tidak semua berani menghias kediaman dengan ranting-ranting dan ada yang merasakan pelik atau sukar pula untuk diurus.
Namun bila terlihat seni dekorasi hasil sentuhannya, ada yang telah jatuh hati dengan konsep yang diketengahkan olehnya.
Lama dah minat tapi dulu tak tunjuk sangat sebab anak kecil-kecil lagi.
Pun begitu, sejak buat kerje bridal 10 tahun lepas banyak buat decoration majlis guna ranting.
Dapat olah minat kat pelamin je dulu, rumah tak dapat lagi. Sebab masa tu arwah suami macam tak suka.
Sejak arwah suami meninggal tahun lepas, baru bawak masuk segala ranting ke dalam rumah.
Anak-anak sentiasa sokong apa je yang mamanye suka setakat ni. Bahkan bila mereka nampak ranting, diorang tolong ambikkan.
Tip cari ranting yg tahan lama.
1. Pastikan bila kita kopek kulit dia, batang dalamnya warna putih/cerah. Yang tu dia sangat liat dan tahan lama.
2. Bersihkan dan spray cat clear.
3. Lepastu baru spray cat yang kita suka.
Ekstra info : Cat clear tu bertujuan untuk elakkan bubuk.
Sumber : Nani’s Makeover
“Walaupun Dia OKU Subhanallah Infaqnya Di Jalan Allah.” Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid!
Kisah wanita ini tular selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini. dalam perkongsian tersebut, seorang anggota tentera memakaikan mask kepada seorang warga OKU yang berkerusi roda elektronik pergi membeli barangan dapur di pasar raya.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati bila mengetahui wanita berkenaan yang dikenali sebagai makcik Noraini ini sering kali pergi membeli barang dapur dengan hanya bergerak kerusi elektronik kerana dia hanya hidup sebatang kara bersama kucing-kucingnya di rumah.
Dek kerana kisahnya yang cukup menyentuh hati itu, Ustaz Ebit Lew telah berkunjung ke kediaman mak cik Noraini.
Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik. Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu. Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.
Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP.
Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya.
Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.
Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.
Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya.
Saya dah ambil nombor adiknya di singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan yer. -ebitlew
“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
CIMB 8603546376
Kisah mak Cik Noraini juga turiut tular di twitter, malah kunjungan Ebit Lew k erumah wanita berkenaan turut dimuat naik di twitter.
Ustaz Ebit Lew dah pergi jumpa makcik ni. Happy sangat dia 😭 pic.twitter.com/B4oq7W1Y0S
— EK (@eleanakamal) April 9, 2020
Gambar diambil dari Facebook Ustaz Ebit Lew. Terima kasih Ustaz Ebit. Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz.
— EK (@eleanakamal) April 9, 2020
Not to mention, thank to abang polis/askar yang rakam makcik ni tempoh hari. Dia juga hero sbenar dan patut mendapat credit.
— Pokleh! (@poklehx) April 9, 2020
Apa yang membuatkan ramai terharu apabila mengetahui Mak Cik Noraini setiap tahun tidak pernah gagal untuk menjadi penyumbang tetap infaq ramadhan di Masjid Jamek Al-Aminah Batu Caves.
Ada Ketulan Besar Di Perut & Bila Ditekan Sakit, Disangka Angin Rupanya Cyst. Ibu Ni Kongsikan Deritanya!
Bila menyentuh tentang pengalaman derita mengidap penyakit tertentu atau pernah menjalani sebarang rawatan kesihatan dan kini disahkan sihat, tentu kita terpanggil untuk berkongsi info dengan orang lain tentang hal itu.
Tujuannya hanya satu, agar dapat memberi iktibar dan manfaat kepada orang lain dan dalam masa yang sama menyuntik inspirasi kepada yang sedang alami masalah yang sama untuk kembali sihat.
Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Puan Sarina Mohd Som dan ini perkongsiannya.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat.
Bayangkan..
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya. Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa dilupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi.
Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Jumpa Dr segera sekiranya:
1. Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
3. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
4. Banyakkan makan ikan.
5. Banyakkan makan sayur.
6. Jauhi FAST FOOD
7. Elakkan makanan dalam tin.
8. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
9. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
10. Daging merah.
11. Ikan terubuk.
12. Ikan parang.
13. Siakap bela.
14. Manisan (kurangkan gula)
15. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
16. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
17. Ikan pari.
18. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa ikan itu dan ini tak boleh. Itu yang disarankan beberapa Dr kepada saya)
Dah Kerja Penat-penat, Begini Cara Reward Diri Untuk Masa Depan Lebih Selesa!
Setiap hari kita berkerja untuk mencari rezeki, rasa penat dan lelah memang terasa.
Sebab itu ramai merasakan dengan memberi reward kepada diri sendiri dengan cara menikmati hidangan mewah mahu pun membeli barangan kesukaan di awal gaji, itu suatu kepuasan.
Bahkan ramai merasakan cara ini dapat menghiburkan hati dan cara itu tidak ada salahnya.
Namun alangkah bagusnya andai lakukan juga 7 cara ini yang dikongsikan oleh saudara Razzaaq Ajaq ini.
Jom baca perkongsian ini.
Jangan kedekut dengan diri sendiri. 7 ‘Reward’ untuk diri sendiri yang kita mesti buat.
1. Kalau belum ada rumah, belanja diri dengan buat simpanan 10% dari gaji untuk beli rumah nanti.
2. Kalau belum ada simpanan, belanja diri dengan simpanan 3-6 bulan gaji.
3. Kalau belum ada kereta, belanja diri dengan kereta tak lebih setahun gaji.
4. Kalau gaji RM2200 ke bawah, belanja diri guna pendapatan sampingan. Kurangkan ‘usik’ gaji hakiki.
5. Kalau jarang sedekah, belanja diri dengan sedekah pada ibu bapa atau pasangan.
6. Kalau belum ada takaful, belanja diri dengan takaful bayaran tak lebih 10% gaji.
7. Kalau belum ada sumber pendapatan dari pelaburan, belanja diri dengan labur 10% gaji setiap bulan.
Dah sediakan semua ni baru laa belanja diri dengan kehendak kita. Ikut kemampuan dan berpada-pada.
Akan ada masanya ‘kedekut’ dengan diri sendiri ni membantu kita di saat-saat sukar nanti.
Sumber : Razzaaq Ajaq