Tidak dinafikan kadang-kadang kita sebagai ibu bapa yang setiap bulan mengeluarkan wang untuk membayar bil elektrik berasa geram saja bila melihat jumlah yang perlu dibayar. Bukan sikit RMnya sedangkan kita percaya bil tersebut boleh dikurangkan pembayaran jika berjimat. Jika itu cara katanya, baguslah.
Tapi ada juga sebahagiannya mengambil jalan mudah dengan membuat sesuatu yang dianggap ‘magic’. Gunalah banyak mana pun perkakasan elektrik, namun bil tetap rendah! Hakikatnya perbuatan ini tidak bertanggungjawab dan pastinya ada kesan buruk!
Sebaiknya jangan jadikan niat asal nak berjimat, tapi guna cara yang menyalahi udang-undang. Akhirnya anda sekeluarga juga yang susah nanti.
image via giphy
Perkongsian dari pemilik akaun fb Reez Sham Yasin ini di harap dapat beri pengajaran pada kita semua.Jadi jom ikuti perkongsiannya.
Assalamualaikum..Saya nak cerita sikit tentang apa yg terjadi. Sy harap ia menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.. ini kesilapan kami. Dan kami tanggung kesilapan itu..
lebih kurang 2 tahun lebih dulu.. family kami dulu ada pasang alat menjimat elektrik pada meter. mmg salah pun.. tapi sbb semua barang naik.. bill api melambung2.. so kitorang pun pasanglah alat tu..
Ads
BIL RM 400 JADI RM 100
Maka bill pun turun lah dr RM400 lebih ke seratus lebih. Lebih kurang sebulan lalu.. Pihak tnb datang utk buat pemeriksaan meter dan mereka kata “penggunaan elektrik tidak relevan”. Gitu lah lebih kurang.. So bila mereka dapat tau ada penjimatan.. Mereka terus kluarkan surat saman..
Mereka akan kira semula berapa yg patut nya kami bayar bulanan.. Tapi nilainya belum tahu.. Akan di beritahu 3 hari sebelum tarikh pembayaran.. Kalau tau awal atleast leh lah prepare kan.. Ni tidak yerrr..
Setelah hampir sebulan.. Kami call saman yg kena bayar adalah RM8859.25 yer.. Terkejut beruk kami.. Dan lebih memeranjatkan dan hampir menjadikan kami sekeluarga beruk sebenar adalah.. Sama tidak boleh kurang dan tiada perbincangan utk pengurangan.. Tetap kena bayar amaunt yg di nyatakan.. Staff tnb terang jelas pada kami dengan baik.. Sbb apa dan mereka akan buat.
Ads
Tnb kata boleh kurang.. Nyatakan bukti contoh rumah tu xde org duduk ke.. Apa ker.. TAPI.. AMOUNT TU.. bayar dulu.. Then kalau nak masuk court utk pengurangan.. Tu kemudian.. Dan x jamin boleh kurang ke x.. Maksudnya apa tuh.. Paham kannn
Mereka akan potong pada tarikh tu.. Amik gambar.. Dan akan beri no invoice.. Kita pergi bayar dan mereka akan pasang semula..
Perit kan.. Tapi semua tu silap kami.. Nak jimat elektrik tapi guna cara yg salah.. Mmg mula2 jimat.. Ujung2 kena bayar jugak apa yg nak jimat sgt tu..
Pada sesiapa yg ada buat seperti apa kami buat.. Jgan sbb kita nak kurangkan bill kita menyalahi undang2. Ujung kena bayar juga apa yg kamu nak jimat sgt tu. Hentikanlah.. Sbb tnb boleh tahu apa yg kamu buat.. Sistem dia boleh baca.. Sebelum terkena baik hentikan..
Nasib baik Allah beri kami rezeki utk bayar amaunt tu.. Kalau x de.. Makanya buatlah unggun api tengah rumah sambil main bayang2 kat dinding..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kita berkahwin, pasti segala kekurangan dan baik buruk pasangan harus diterima dengan hati terbuka. Disebalik kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang kita tak sedari kan.
Sebagai contohnya, pelakon dan juga usahawan, Diana Rafar bertuah kerana dikurniakan suami yang pembersih orangnya.
Biarpun pada awal perkahwinan mereka, apa jua yang dilakukan Diana serba tak kena, namun sikap ringan tulang Zamarul Hisham membantu pasangan ini untuk melayari alam rumah tangga dengan aman tanpa masalah.
Ini dikongsikan oleh Diana yang mengakui sifat pembersih suaminya itu kini sudah menurun kepada anak lelaki mereka.
“Dulu baru2 kawin dengan @zamarulhisham93 susah nya lah nak sesuai kan diri .. rasa apa kita buat semua serba tak kena , gosok baju dia kata tak licin.. basuh pinggan tak kilat, susun barang tak cantik… habuk rumah tak boleh ada tapi alhamdullilah lama2 dia buat semua sendiri dah tak kacau Diana syukurlah asalkan dia rajin mengemas.
“Ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujang ku @kashfihaiqal_ Allah hu! Takut mama. Nak keluar rumah 3x tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nk kena kilat mashaallah.
“Baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak. Apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yang pembersih, dan banyak ajar mama erti kesabaran , walaupun kadang menguji iman mama.
Dalam pada itu, Dia berharap anak perempuannya, kayla tak ikut perangai papanya juga. Begitu pun dia enggan mengeluh sebaliknya menerima anugerah tersebut.
“Mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah , jangan mengeluh jaga lah amanah Allah itu dengan kasih sayang dan baik… mama luv kash forever sayang … moga jadi anak yang soleh dunia akhirat sayangku….❤️ #sabarituindah
Rata-rata pengikut Diana berkongsi kisah tak kurang yang memuji isteri kesayangan Zamarul ini kerana beruntung memiliki suami dan anak pembersih orangnya.
Bila anak lelaki suka main anak patung, memang kena cepat buat aktiviti lasak. Apabila anak lelaki menonjolkan perwatakan lemah lembut, tentu mak ayah risau kan! Bimbang akan terbawa sehingga meningkat dewasa. Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengupas isu ini daripada perspektifnya. Memang mengejutkan! Moga jadi kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Isu lelaki lembut dewasa ini semakin gamat dan kontroversi. Lebih-lebih lagi kita digemparkan dengan golongan LGBT khususnya, sudah berani bersuara untuk mendapatkan hak kebebasan mereka. Dari segi hukum agama memang salah dan perlu dibanteras dengan segera. Takut-takut mempengaruhi anak kita dengan gejala yang sangat songsang ini.
Saya tak nak ulas banyak sebab ramai dalam kalangan masyarakat tak kira dalam kalangan ulamak, orang politik mahupun rakyat jelata pelbagai bangsa sudah memperkatakannya dengan berharap agar ia dapat ditanggani segera dengan hikmah dan sejahtera bersandarkan agama.
Cuma saya kembalikan semula situasi kepada anak-anak kita yang mungkin akan menghadapi cabaran ini bila mereka meningkat dewasa. Dari segi psikologi perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur taska, iaitu 0-4 tahun, sebenarnya masih belum menampakkan dengan jelas sifat fizikal dan tingkah laku kelakian atau keperempuanan mereka Tetapi pada peringkat prasekolah ke atas, sifat ini sudah mula muncul dan akan lebih ketara berdasarkan tahap kematangan yang dibantu faktor hormon dan persekitaran.
KONTEKS ISLAM
Pengaruh gadget misalnya, sangat mempengaruhi jiwa kanak-kanak melalui perasaan ingin tahu setelah menerima terlalu banyak maklumat sama ada yang baik ataupun tidak. Apabila kita fokus kepada kanak-kanak lelaki khususnya, kecenderungan mereka untuk berada dalam dunia kelakian atau keperempuanan sebenarnya boleh dikenalpasti.
Dalam Islam, sifat kelembutan sang lelaki memang ada dinyatakan dalam Quran dan Hadith. Saya sendiri seorang lelaki lembut. Maksudnya nama saya, Halim itu maknanya lemah lembut. Dan nama tersebut merupakan nama bagi Allah Yang Maha Lemah Lembut. Tapi, untuk menampakkan maksud yang lebih jelas, nama itu perlu berpasangan dengan Abdul, iaitu Hamba Allah. Apabila nama Abdul Halim digabungkan membawa makna Hamba Allah Yang Lemah Lembut.
Jadi apa makna kelembutan dalam Islam bagi seorang lelaki yang nampak kontradik dari sifat lelaki yang lebih diterjemahkan sebagai keras, lasak, bertenaga dan macho?
Berdasarkan pemahaman saya, Islam menghendaki seorang lelaki itu mempunyai ciri kelembutan dalam tutur kata yang sopan, perbuatan yang lemah lembut dalam melakukan kerja yang berhati-hati, serta tenang dalam menghadapi situasi tegang yang memerlukan kita berfikiran rasional dan sejahtera.
DEDAH AKTIVITI LASAK
Jadi berbalik pada persoalan utama, adakah bahaya anak lelaki lembut, atau sebaliknya? Pengalaman saya mengajar prasekolah 15 tahun lepas, pernah berhadapan dengan anak murid lelaki yang bersifat lembut dari segi tutur kata dan perbuatannya. Sebenarnya, bagi saya anak itu didapati cenderung untuk memberikan banyak imej positif yang ditonjolkan dalam diri mereka.
Walaupun dia mudah mesra dengan semua rakan lelaki atau wanita, dia jarang menunjukkan situasi buli atau nakal yang boleh menimbulkan pergaduhan. Dia tekun buat kerja yang disuruh dan sangat sopan bertutur kata disebabkan suaranya yang lembut. Prihatin dalam melihat kawan-kawan yang lambat siap kerja, membuatkan dia seorang yang sangat membantu.
Tetapi mungkin menampakkan masalahnya bila dia suka bermain dengan aktiviti perempuan seperti memasak, dan bermain anak patung. Bagi saya itu adalah masih terkawal.
Jadi, walaupun pelbagai usaha di pra untuk menonjokan dia dengan aktiviti bersifat kelakian, sewaktu program perjumpaan dengan ibu bapanya, nasihat saya lebih berfokuskan kelebihan dia dari segi tingkah laku yang lembut dan bersopan yang perlu ibu bapa dikekalkan.
Walau bagaimanapun, kecenderungan untuk berimej kelakian perlu diwujudkan dengan lebih kerap seperti bermain aktiviti yang lasak seperti berbadminton, berlari, memanjat bukit dan berkebun.
Itu antara pengalaman yang saya lalui sejak kecil hasil didikan abah saya yang sering membawa saya berbadminton dan berkebun untuk menonjolkan perlakuan aktif dan lasak.
Dari segi sains, hormon testosteron pada lelaki dan estrogen pada perempuan, sangat mempengaruhi faktor fizikal dan emosi mereka. Namun, hormon estrogen misalnya, ada juga dimiliki oleh lelaki sama ada pada kadar yang sedikit ataupun banyak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi tubuh badan fizikal dan perlakuan mereka yang sama ada terus kekal dengan perlakuan kelakian atau kecenderungan untuk ke arah keperempuanan.
KECENDERUNGAN BERMULA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Persoalan bilakah anak lelaki atau anak perempuan ini akan mula nampak kecenderungan ke arah keperempuanan atau kelakian? Perkara ini sebenarnya akan lebih terlihat apabila mereka berada di sekolah rendah dan menengah.
Bagi murid lelaki, mereka akan mencuba untuk bercakap dan beraksi lembut, memakai pakaian yang berwarna lembut dan cerah seperti merah jambu dan jingga, serta menyertai aktiviti bersama perempuan. Ini boleh dilihat dengan lebih ketara apabila mereka akan mula cuba untuk memakai alat solek atau memakai pakaian wanita.
Begitu juga bagi murid perempuan yang menampakkan ciri-ciri mereka ke arah kelakian. Perkara tersebut seharusnya boleh diawasi oleh ibu bapa dan guru khususnya, dalam membendung dan mengatasi masalah ini.
Jadi, sama ada anak lelaki kita lembut atau anak perempuan kita lasak, masih belum terlambat untuk kita mendidik mereka untuk menonjolkan ciri kelakian atau keperempuan dengan aktiviti yang sesuai. Hormon yang ada dalam setiap anak itu walaupun berbeza-beza tahapnya, boleh dibantu untuk mereka menguasai sifat yang seharusnya ada dalam diri mereka.
KESIMPULAN
Sentiasa diterapkan dalam diri anak-anak dengan menghargai jantina yang mereka perolehi. Berikan khidmat sokongan sewajarnya kepada mereka. Dekatkan diri mereka dengan agama, ia lebih banyak membantu untuk mengetahui kenapa mereka diciptakan Tuhan. Juga berikan sokongan dan bimbingan agama sebenarnya boleh membantu kanak-kanak atau golongan tersebut untuk kembali kepada fitrah kejadian serta menghargai apa jua yang Tuhan beri. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Mengasihani.
Sumber: Majalah Keluarga via Dr. Abdul Halim Masnan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Ramadan adalah bulan istimewa bagi umat islam seluruh dunia di mana mereka menjalani ibadah puasa selama sebulan dan melakukan pelbagai amalan kerohanian.
Malahan, ramai mengambil peluang ini untuk melakukan ziarah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah mahupun haji, mengindahkan kediaman serta kembali berhubung bersama ahli keluarga dan yang tersayang dengan berbuka puasa serta pertemuan raya.
Sambutan Hari Raya ini, Photobook Malaysia menawarkan koleksi yang baru saja dilancarkan – Koleksi Seni Dinding Kaligrafi Islam yang dihasilkan dari kain linen buatan Jerman bagi menyerikan dekorasi kediaman anda. Datang dengan 6 rekaan unik dalam pelbagai saiz, pasti ianya menjadi pilihan sepadan untuk hiasan dinding di ruang tamu dan rumah anda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ingin mengekalkan memori indah Ramadan dan raya anda serta kecapi kemeriahan perayaan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja? Kami sedia membantu anda mencipta detik-detik menarik yang tidak dapat dilupakan dan boleh dikongsikan dengan yang tercinta.
Pilihan koleksi “photobook” dan cetakan gambar bertemakan raya meluas kami menawarkan sentuhan peribadi yang menambah daya tarikan kepada sambutan raya anda. Dari gambar sekeluarga ke gaya fesyen raya anggun anda, setiap gambar mempunyai ceritanya tersendiri dan wajib diraikannya.
Pilih daripada rangkaian eksklusif kami termasuk ePhotobook, buku potret, buku gambar landskap besar dan “flush mount album” dalam mencipta gambaran visual kenangan Ramadan dan raya anda yang menakjubkan.
Anda juga boleh merakam momen tersebut dengan cetakan rekaan tersendiri seperti cetakan gambar, “insta prints”, jubin bergambar dan cetakan poster di mana ianya mudah direka dan membolehkan anda mengingati detik-detik istimewa tersebut berulang kali.
Kami di Photobook Malaysia dengan penuh teruja ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam. Ayuh abadikan kenangan terindah bulan mulia ini dengan menyambutnya penuh bergaya serta bersama-sama mencipta memori yang tak lupus ditelan masa. Tak kira anda berkumpul secara maya mahupun fizikal, mari berkumpul dan raikan kemeriahan perayaan ini bersama-sama.
Usah berpuas hati dengan sambutan raya ala kadar semata-mata. Berikan peluang kepada Photobook bagi merealisasikan kenangan terbaik anda bersama yang tercinta di musim perayaan ini. Mula cipta rekaan raya anda yang tersendiri hari ini!
Tawaran eksklusif kepada pembaca Keluarga:
BELI SEKARANG dan guna kod promo “KeluargaEID“. Dapatkan Seni Dinding Kaligrafi Islam dari harga serendah RM74.50 atau nikmati potongan sebanyak 60% + 5% untuk barangan terpilih – “photobook”, dekorasi rumah dan banyak lagi. Sah sehingga 30 April 2023. Tertakluk kepada terma dan syarat.