Berbudi pada tanah juga mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Jika tidak masakan pasangan suami isteri ini mampu menjana pendapatan hingga RM 4,000 dalam masa seminggu walau pun dengan hanya menjual anak benih dengan harga jauh lebih rendah iaitu RM 1 sahaja. Bagaimana dan apa rahsianya, jom semak perkongsian penuh ini.
Idea kreatif seorang usahawan tani memulakan perniagaan menjual anak pokok pelbagai jenis tumbuhan pada harga hanya RM1 sepokok lebih 10 tahun lalu membolehkannya kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.
Malah, Nasarudin Mohamed, 48, juga tidak lokek berkongsi ilmu penanaman dan penjagaan pokok dengan pelanggannya membuatkan perniagaannya bertambah maju dari sehari ke sehari.
Katanya, pada awalnya dia menceburi bidang pertanian dengan menanam tanaman yang selalu digunakan masyarakat Melayu dalam masakan seperti kunyit, cili, lengkuas dan pelbagai jenis sayuran di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Bakat, Jabi di sini.
Bercucuk tanam di kawasan rumah
“Memang daripada kecil saya bercita-cita menjadi usahawan tani dan selepas bekerja kira-kira 10 tahun di Johor Bahru untuk mengumpul modal, saya kembali ke kampung bercucuk-tanam.
“Selepas beberapa ketika, saya terfikir kenapa orang lain tidak boleh menanam seperti saya yang hanya menggunakan kawasan terhad sekitar rumah saja dan dari situlah timbulnya idea untuk menjual anak pokok terutama tanaman untuk bahan masakan.
Ads
“Saya juga ajar setiap pelanggan segala ilmu penjagaan pokok dan kini saya tumpukan sepenuhnya kepada penjualan anak pokok,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Sepetang Bersama Usahawan Tani di Kampung Bakat, Jabi di sini, kelmarin.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Tanam & Pasarkan Sendiri
Menurutnya, selain menjual anak pokok di rumahnya, dia turut memasarkannya di pasar tani di kawasan berhampiran.
“Jika pelanggan datang membeli sendiri di rumah, saya jual pada harga RM1 sepokok tetapi di pasar tani, saya jual RM2 sepokok.
Ads
“Ada juga usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2.
“Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung,” katanya.
Isteri Nasarudin, Sanidah Bakron, 43, pula berkata, selain tanaman popular, mereka juga menjual pokok yang sukar ditemui contohnya senduduk putih yang berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
“Alhamdulillah, kami kini mempunyai pelanggan bukan saja dari seluruh Malaysia, malah luar negara,” kata ibu kepada empat anak berusia empat hingga 18 tahun itu.
Ads
Sementara itu, Dr Azman berkata, bidang pertanian menjanjikan pendapatan lumayan kepada rakyat Terengganu, lebih-lebih lagi negeri ini yang mempunyai kawasan sesuai dan subur.
“Pertanian di Terengganu belum mencapai kadar mencukupi untuk rakyat, contohnya keluaran padi beras di 12,000 hektar tanah hanya cukup untuk 50 peratus daripada 1.2 juta rakyat, manakala penternakan lembu dan ayam masih ada 70 peratus kekurangan untuk food security(jaminan bekalan makanan).
“Maknanya, sesiapa yang menceburi bidang pertanian di negeri ini boleh dikatakan tiada persaingan,” katanya.
Menurutnya, bagi merancakkan sektor pertanian, kerajaan negeri menambah baik Dana Usahawan Tani yang kini dikenali Skim Bantuan Modal Tani untuk mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Kita sediakan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dan usahawan yang menyertai skim ini hanya perlu membayar apabila sudah memperoleh hasil.
“Dana ini berjumlah RM5 juta yang akan ditambah sekiranya diperlukan dan jumlah pinjaman maksimum adalah RM50,000,” katanya.
“Amboi Bukan Main Jawline. Comel sangat”-Warganet Teruja Lihat Wajah Anak Syifa Melvin!
Syifa Melvin baru-baru ini ada berkongsi wajah anak sulungnya yang diberi nama Saif Sulaiman Safawi di akaun media sosialnya. Ramai ternanti-nanti melihat wajah comel anaknya itu. Bahkan melalui perkongsian terkini turut menarik perhatian bila melihat ‘jawline’ tajam anak Safawi Rasid yang merupakan pemain bola sepak tanah air.
“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi. Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa yang memuat naik perkongsian itu menerusi laman Instagram miliknya, ternyata meraih perhatian ramai, dimana rata-ratanya memuji bayi lelakinya itu yang bukan setakat memiliki kulit putih, malah pandangan sisi menampakkan ‘jawline’ atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.
Meninjau di ruangan komen, bayi comel pasangan ini mendapat pujian netizen dan mendoakan akan mengikut jejak langkah ayahnya yang mempunyai tendangan padu sebagai pemain bola sepak profesional Malaysia bila besar kelak.
Dalam usianya 16 Tahun, Zaki Yamani bangga kerana impiannya untuk memiliki perniagaan makanan dan minuman akhirnya tercapai.
Anak kepada penyanyi pop Datuk Jamal Abdillah ini mengakui semuanya bermula kerana mahu membantu ibu menjana pendapatan keluarga.
Menurut Zaki, 16, gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.
“Idea nak berniaga ini datang dari saya dan ibu saya. Memandangkan ibu pun dah tak kerja lagi dan saya pun tak boleh mengharapkan duit show semata-mata, jadi kenalah cari pendapatan sampingan untuk kami berdua.
“Sewa rumah nak kena bayar, saya pun masih bersekolah jadi semuanya memerlukan pembelanjaan. Kami rasa membuka gerai menjual makanan dan minuman ini merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan. Alhamdulillah sambutan baik daripada pelanggan.
“Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke kedai selepas sesi persekolahan, hujung minggu memang kawasan ni penuh, mujurlah kami ada tiga pekerja yang membantu menguruskan kedai ini,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Zaki Dalam pada itu turut merancang menambah cawangan dan kios di beberapa kawasan lain, selain meneroka perniagaan baharu.
“Alhamdulillah saya berbangga sangat di usia 16 tahun saya sudah memiliki perniagaan sendiri dan dapat bantu ibu jana pendapatan untuk keluarga.
“Selain di Kajang, kita juga ada kios di Setapak, Kuala Lumpur… di sana pun kami jual pelbagai jenis minuman berkopi dan perisa buah-buahan. Perancangan selepas ini nak buka satu lagi cawangan di Shah Alam.
“InsyaAllah selepas ini saya akan keluarkan produk kosmetik dan pencuci wajah jenama saya sendiri,” ujarnya lagi.
Akui Zaki lagi, selain membantu menjana pendapatan, is juga memberi peluang kepadanya untuk mempelajari selok belok perniagaan. Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Slow Mo ini juga berkata ini juga dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai.
“Kalau dalam pelajaran saya minat bidang kejuruteraan, tapi perniagaan pun salah satu benda yang saya suka.
“Saya seronok bila dapat layan pelanggan. Kalau di gerai ini saya juga jadi barista yang buat air, memang dapat jumpa macam-macam perangai pelanggan.
“Secara tak langsung saya dapat belajar cara macam mana nak perbaiki percakapan apabila berhadapan dengan orang ramai,” ungkap Zaki lagi.
Panduan menyimpan sayur-sayuran yang dibeli agar kekal segar sewajarnya perlu diketahui antara kita.
Ini memandang ianya penting untuk memastikan bahan-bahan masakan seperti sayur-sayur yang dibeli dapat dimasak dalam keadaan segar.
Mengetahui teknik dan tip penyimpanan sayur-sayuran tersebut yang dipraktikkan oleh Azlin Safena Azihar, semoga ianya memberi manfaat.
PETI SEJUK KECIK JE:Macam ni cara sis simpan stok sayur guna 3 kaedah
1.Gunakan bekas tipuware (simpan kering)
2.Guna Plastik Ziplock
3.Rendaman (serai dan lengkuas)
TIPS:
1. Kena tahu bahawa tahap ketahanan setiap sayur berbeza-beza mengikut jenis family sayur
2. Sayur daun mesti kering dan tak perlu cuci sebelum simpan dalam bekas. Jangan simpan terbuka supaya takda pencemaran silang (bakteria/kesan racun tanaman)
3. Elakkan tolak bekas sayur sampai ke ruang paling dalam peti sejuk. Suhu terlalu sejuk sayur cepat lebam dan berais (chilling injury)
4. Tidak semua sayur wajib simpan dalam peti sejuk contohnya bawang, kentang, tomato. Tomato muda boleh tahan 1 minggu simpan diluar peti sejuk.
1. CARA SIMPAN SAYURAN HIJAU
Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit. Kalau sayur kangkung atau bayam, seeloknya
asingkan dengan sayur lain, sebab kedua-dua sayur ini sedikit berpasir.
Tapi kalau konfiden memang dah basuh betul-betul bayam dan kangkung, bolehlah rendam sekali dengan sayur lain. Tak perlu potong akarnya ya, potong masa kita nak guna nanti.
Campurkan sesudu garam/
agak-agak ikut banyak mana sayur kita. Tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ ziplock bag.
Insha Allah lepas seminggu sayur masih segar macam baru beli!
2. CARA SIMPAN DAUN SUP
i) Simpan dalam botol air saja. Kalau tak ada botol macam ini, boleh guna botol air mineral yang dipotong dan diletak sedikit air pada hujung akar.
ii) Simpan dalam peti sejuk. Pastikan hujung akar saja yang kena air ya. Kalau batangnya turut terendam dalam air, nanti cepat lembik dan rosak
3. CARA SIMPAN TOMATO
Bahagian tangkai tomato sebenarnya adalah kawasan yang paling sensitif. Bahagian inilah yang akan mula-mula
sekali merosak.
Jadi kalau nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut mestilah menghala ke atas. Susun elok-elok, jangan main golek-golek. Kalau tak memang cepat rosak atau lembik.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...