Pelakon dan hos, Uyaina Arshad mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Berita Kehamilan dimuatnaik isteri penyanyi, Raja Syahiran menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.
“Salam Ramadan. Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.
“We are pregnant! Syukur padaMu Ya Allah,” tulis pemilik nama lengkap, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini lagi dengan nada keterujaan.
Mengakui tidak sabar menantikan kehadiran permata hati sulung mereka, Uyaina turut memohon titikan doa yang baik-baik buatnya dan bayi dalam kandungan.
“Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One.
“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti.
“Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
Ads
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa.
“Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Aamiinnn Ya Allah. Ramadan Kareem, everyone,” tulis pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini lagi.
Macam mana nak simpan kuetiau dan mi kuning supaya tahan lebih lama dalam peti ais? Kalau salah cara, ini akan membuatkan kuetiau patah dan hancur ketika dimasak. Tak cantik pula bila nak dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.
Nak simpan macam mana? Jom ikuti panduan ini.
1. Selepas beli, jika terus disimpan dalam peti sejuk, mee atau kuetiau akan patah semasa nak basuh.
2. Keluarkan daripada bungkusan. Jangan basuh tapi leraikan letak di dalam bekas yang kering dan bertutup.
3. Kemudian, letakkan sedikit minyak masak ke dalam bekas berisi mi kuning dan kuetiau tersebut.
4. Simpan bekas berisi mee dan kue tiaw ke dalam peti sejuk.
5. Sebelum guna, pastikan basuh terlebih dahulu. Mi dan kuetiau akan lerai serta tak putus ketika dimasak.
Antara cara lain boleh dicuba adalah:
– Rebus sekejap dan simpan di dalam peti sejuk. Cara ini boleh membuatkan mee dan kuey teow tahan selama seminggu.
– Sekiranya kuetiau menjadi keras selepas dikeluarkan dari peti ais, boleh masukkan ke dalam microwave selama 3 minit. Biarkan sehingga betul-betul sejuk. Cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.
– Taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan melekat ketika simpan di dalam peti sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak menyerap bau barang lain seperti bawang dan cili.
Hubungan yang baik dengan ahli kekeluarga yang lain antara penting dalam memastikan ikatan kekeluarga bertambah baik.
Majlis keraian yang diadakan menjadi ikatan silatulturahim semasa keluarga.
Sebagaimana yang dilakukan oleh pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Puteri itu telah berkongsi foto ketika dia meluangkan masa bersama keluarganya di taman rekreasi air terjun.
Majlis itu, adalah sempena meraikan ahli keluarganya menyambut sambutan hari jadi. Walaupun berkongsi cerita anaknya tidak sihat, namun majlis itu tetap dihadiri sebagai tanda ikatan silatulrahim.
Ikuti gambar-gambar perkongsian Nora ini. Meriahnya!
Di saat keluarga lain selesa mengulit mimpi, keluarga ini masih berjaga mencari sesuap nasi. lebih menyentuh hati, si atuk yang sudah uzur mengerah kudratnya mencari rezeki demi cucu-cucu yang masih kecil.
Itu yang dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Dr Afiq Rahim dalam memuat naik perkongsian di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Lebih menyentuh hati adalah apabila melihat warga emas itu ditemani cucunya yang masih kecil di celah longgokan barang lusuh sedang tidur keletihan. Mungkin penat membantu atuknya mencari barang-barang lusuh.
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?”
Doktor Terkejut Semasa Memandu Pada Waktu Malam 😲😰
===== Saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir larut malam. Cuaca agak dingin selepas disimbah hujan lewat petang tadi.
Dalam perjalanan yang agak sepi, trafik saya tiba-tiba menjadi perlahan.
Selepas 5 minit perjalanan, trafik masih lagi perlahan.
“Traktor barangkali di hadapan” bisik hati.
Saya melihat satu persatu kenderaan mula memotong sejenis kenderaan yang saya tidak dapat kenal pasti dalam kepekatan malam.
Apabila menghampiri simpang empat yang diterangi lampu jalan, barulah saya boleh melihat kenderaan yang memperlahankan lalu lintas.
Sebuah motosikal beroda tiga yang dibonceng oleh seorang pakcik tua.
Disebelahnya penuh dengan barang-barang seperti kerusi plastik dan besi. Selebihnya tidak jelas kerna kesamaran di malam hari.
“Kasihan…” bisik hati lagi melihat keadaan pakcik tersebut.
Kami menunggu dengan sabar lampu merah di simpang empat itu. Juga saya meneliti jika ada peluang untuk saya memintas pakcik itu semasa lampu hijau.
Kemudian saya terlihat sesuatu sedang bergerak di bahagian barang sebelah motorsikal pakcik.
“Eh apa itu?”
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?” saya kehairanan.
Saya mengamati dengan teliti pergerakan yang sedikit tetapi kerap di belakang longgokan barang di motorsikal pakcik.
“La ilaha illallah, budak rupanya” saya terkejut.
Dua orang kanak-kanak sedang berhimpitan di belakang longgokan barang-barang pakcik.
Mereka bergerak barangkali menyesuaikan posisi badan dalam kesempitan ruang yang ada.
Kemudian lampu jalan sudah kembali hijau.
Saya mengambil peluang memintas motorsikal pakcik tersebut. Sempat yang menoleh melihat raut wajah pakcik.
Alahai, wajah yang sangat kepenatan.
Barangkali penat membanting tulang mencari rezeki.
Dalam saya menekan minyak memintas motorsikalnya, hati terdetik “Mungkin aku boleh bantu sedikit pakcik ini”
Kemudian hati bertanya lagi “Bila? Sekarang kau sedang berada di atas jalanraya.”
“Tidak, mungkin tuhan sedang berikan aku satu peluang untuk beramal” saya mempositifkan diri.
Lalu saya berhenti dalam 150 meter di hadapan pakcik dan menunggunya di tepi jalan.
Saya melambai dan menahan pakcik tersebut.
“Assalamualaikum pakcik, apa khabar? Nak ke mana tu?” saya memulakan bicara.
“Waalaikumusalam, pakcik nak balik rumah, nak. Baru habis cari rezeki” balas beliau.
“Oh begitu. Saya nak tanya, saya nampak macam ada orang di belakang barang tu?” saya menunjukkan arahya kepada pakcik.
“Oh cucu-cucu pakcik tu. Mereka tolong pakcik tadi” balas beliau.
Saya ke bahagian belakang motornya. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 8-10 tahun sedang tidur keletihan di bahagian yang sempit di belakang kenderaan itu.
“Maaflah nak, pakcik nak gerak dulu ye” maklum pakcik kepada saya.
“Oh kejap pakcik, ini ada sedikit wang untuk pakcik dan cucu-cucu pakcik” saya menghulurkan sedikit wang untuknya.
“Eh takpala nak. Simpanlah duit tu” beliau menolak.
“Tak mengapa pakcik. Ambillah. Saya sedekah.” lalu saya bersalam dan menyelitkan duit ke tangannya.
“Terima kasih banyak-banyaklah nak. Tuhan sahaja boleh membalasnya.” kemudian pakcik tersebut memejamkan mata dan menggenggam rezekinya sambil berdoa.
Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang ditepi kami membataskan saya untuk mendengar apa yang sedang didoakan oleh pakcik ketika itu.
Namun beliau kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian tersebut.
“Pakcik boleh saya ambil gambar pakcik.” saya meminta kepada beliau.
“Boleh nak” balas beliau.
Usai saya mengambil gambarnya dan cucu-cucunya, pakcik meminta diri untuk beransur pergi.
Langit malam kembali mendung. Angin sejuk menggeletarkan badan kami.
Pakcik ingin segera pulang ke rumah. Barangkali bimbang diri, cucu-cucunya dan barang mereka dibasahi hujan.
Saya tidak sempat bertanya di manakah beliau tinggal, apakah pekerjaan beliau dan apakah anak-anak tersebut bersekolah dan beberapa soalan lain.
Barangnya pula seperti peralatan berniaga di pasar malam.
Banyak lagi ingin ditanya supaya dapat saya membantu serba sedikit namun apakan daya, raut wajahnya membayangkan keletihan yang amat.
Maka kami berpisah pada malam itu.
Saya berehat seketika di dalam kereta mengenang detik tersebut.
Mata sedikit berkaca ketika itu.
Betapa kita manusia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Hatta kita perlu bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang tuhan berikan.
Ada orang diberi rezeki bekerja di dalam tempat berhawa dingin.
Ada orang terpaksa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki di bawah terik matahari.
Ada orang dikurniakan wang yang sedikit tetapi direzekikan anak-anak yang ramai.
Ada orang dikurniakan wang yang banyak tetapi hidupnya sepi.
Pakcik itu juga mengajar kita untuk jangan meminta-minta.
Selagi ada kudrat, berusahalah mencari rezeki yang halal.
Aduh banyak sebenarnya pengajaran saya dapat bila bertemu pakcik malam tadi.
Jika saudara – saudari yang membaca kisah syahdu ini mempunyai mesej lain yang tersirat, maka kongsikan dengan kami di bawah ini.
Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat lain yang membacanya.
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Alhamdulillah….
**Update: 1. Saya tidak sempat bertanya nombor akaun pakcik kerana pakcik kalut hendak pulang ke rumah.
2. Lokasi kami bertemu berdekatan simpang empat Jalan Bayam, Kota Bharu.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...