Mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun pelakon berdarah kacukan Siam ini cukup bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar Rashid, isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob ini, kehidupannya cukup membahagiakan dan sangat bersyukur serta berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Bila dah ada anak kehidupan suami isteri sudah berbeza. Sebab itu saya seboleh mungkin tak nak ‘miss’ momen anak, Raden Muhammad Rafael membesar. Kebetulan anak kami masih kecil jadi tak semua tawaran berlakon saya terima. Walaupun ini kerjaya yang saya minat, namun keluarga adalah keutamaan.
“Saya memang suka dengan keluarga besar jadi apabila suami cakap dia nak tiga lagi anak dengan saya, memang tak ada masalah sebab saya sendiri datang dari keluarga yang besar. Walaupun ramai tapi hubungan kami sangat rapat. Itulah yang ingin saya praktikkan dalam rumah tangga kami. Kalau sebelum ini saya dan suami, Raf Yaakob cadang nak tambah ahli keluarga lepas anak dah lebih 3 tahun, tapi sekarang kami dah tak mahu rancang. Jika ada rezeki kami terima,” ulas Mawar lagi.
Ads
Bukan mudah bergelar ‘ibu segera’ pada anak-anak, Rayyan dan Raysaa yang dah besar sebab tanggung jawab cukup berat. Bila anak buat salah, Mawar akui akan tegur dengan berhemah.
“Suami banyak main peranan dalam membantu mendidik saya dan anak-anak. Alhamdulillah, keluarga kecil kami sangat bahagia. Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar lagi yang mengakui menjadi seorang ibu kena ada sifat sabar yang tinggi dan tidak pilih kasih antara anak-anak.
Ads
Kemesraan bukan dibuat-buat
Melihatkan kemesraan pasangan ini di media sosial, ramai yang memuji tak kurang ada mulut nakal yang mengatakan itu sekadar kemesraan yang dibuat-buat. Namun, bagi empunya diri, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak suka mengambil peduli akan kata-kata orang.
“Saya tidak kisah dicemuh dan dikutuk warganet kerana saya dan suami diajar hidup berkasih sayang oleh keluarga masing-masing, sejak kecil lagi. Acuan kehidupan kami sama. Sebab itu antara saya dan Raf cepat serasi. Selepas kenal enam bulan, kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
“Kalau warganet mahu mengata saya dan Raf suka menunjuk-nunjuk, itu terserah. Ia sama sekali tidak menyekat saya untuk terus memuat naik gambar atau video di laman sosial. Bagi saya, laman Instagram (IG) adalah diari kehidupan yang boleh dijadikan kenangan dan tatapan anak cucu pada masa depan,” ujar pelakon Tq Captain ini lagi.
Ads
Bakal keluar produk kosmetik
Mengulas lanjut mengenai kerjaya masing-masing, Ujar Mawar mereka kini dalam proses untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri.
“Walaupun sibuk dengan berlakon dan juga keluarga, namun saya mahu cuba benda baru. Jadi, saya memilih untuk membuka bisnes dan perancangan ini adalah bersama dengan ahli keluarga. Soal aktif berlakon taka da masalah kerana itu memang minat saya sejak dahulu lagi. Memang saya akan teruskan walaupun sudah ada bisnes kelak.
“Mungkin keluarga yang akan uruskan manakala saya lebih fokus soal pemasaran produk ini kelak Tetapi tak bermakna saya buat sambil lewa kerana dalam menjayakan sesuatu kita kena fokus dan ada usaha ke arah itu. Sebab itulah saya sanggup masuk kelas belajar tentang ilmu bisnes kerana selain mahu menjadi pelakon versetail, saya juga mahu tampil sebagai seorang usahawa yang berjaya,” jelas Mawar lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Syawal bakal menjelma tidak lama lagi, tentu para ibu sedang sibuk membuat persiapan hari raya. Salah satunya membuat kuih raya. Tambahan pula, pelbagai permintaan anak-anak untuk membuat kuih raya. Tradisi sebegini mesti diraikan bersama anak-anak agar hari raya penuh bermakna. Tentu seronok melihat keletah anak-anak ketika membuat kuih raya. Momen manis yang akan dikenang sampai bila-bila. Begitulah juga dengan perkongsian puan Habibah Anuar di laman facebooknya.
Minggu lepas Bib buat projek biskut raya ni ngan anak anak. Memang eksaited la dorangkan. Semua tolong makan yeee tolong makan, bukan tolong buattt yee.
Buat tu setalam jekkk yang lain homak la buatkan. Saborrr jela. Tapi senang sangat membuatnya u’olls buat sekilo pon belum tentu cukup. Eh ni boleh buat untuk raya nanti taw. Letak dalam balang sesiap. Guna 3 bahan jek la.
Cornflake Almond Cluster
Bahan-bahan
500g Dark Compaund Coklat Beryl’s
300g Cornflake
100g Almond (Hirisan)
Cara membuatnya
1) Cairkan coklat dalam microwave. Takde microwave boleh
guna kaedah “double boil”
2) Almond kena panggang tanpa minyak dalam kuali. Bila dah
nak ranggup tu. Tutup api.
3) Cornflake kena ramas dengan tangan ye. Jangan halus
sangat ye.
4) Campurkan cornflake, almond dan coklat. Gaulkan sebati.
time ni tahap kesabaran korang kena tinggi. Kalau anak anak
tengok. Masing masing bawak mangkuk nak makan. Padahal belum siap
5) Guna sudu letak dalam talam. Nak letak sprinkle atau rice
coklat pon boleh. Bib letak garam sikit jek,jangan banyak
sangat. Kang bebudak tak suka. Guna parchment paper ye.
Pastu masukkan dalam esbok dalam 5 minit. baru masuk
dalam balang taw.
6) Siap. Boleh dihidangkan. Simpan dalam peti sejuk ye u’olls
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak dihina dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon Nur Zarina Mohd Zainuddin meluahkan rasa terkilan apabila maklumat mengenai anaknya tidak benar di wikipedia,
Difahamkan maklumat tu telah di ‘edit’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan infomasi yang tidak masuk akal mengenai anaknya, Azal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni . Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“Azal dan abang azil anak istimewa .. anak ibu .Allah ada .. biar orang kata apa Allah ada .. kalau azal sayang ibu jangan sedih tau ..”
Bagaimana pun tinjauan mendapati maklumat Azal telah diedit pada jam 6.50 pm lalu pada hari ini. Maklumat lama telah dipadam. Moga jadi iktibar buat pihak bertanggungjawab mengelola laman ini.
Dalam pada itu ramai yang sebak dengan hantaran yang dikongsi oleh Zarina. Ada yang memberikan kata-kata semangat buat anaknya.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Naluri...