Bagi yang suka lepak di kedai mamak, pasti anda ada kedai mamak kegemaran anda. Kedai mamak ni nampak semua sama, tapi lain pakauannya.
Itulah sebabnya ramai yang boleh lepak di kedai mamak sampai berjam-jam lamanya. Malah nama-nama setiap pekerja mamak itupun sudah dikenali.
Ada juga yang belum order lagi tapi makanan dah sampai sebab pekerja mamak itu tahu apa makanan dan minuman kegemaran disitu.
Senang kata, pekerja-pekerja mamak ini boleh jadi kawanlah.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Baru-baru ini telah tular satu video di aplikasi TikTok dimana sebuah keluarga ini telah meraikan hari jadi salah seorang pekerja mamak di tempat makan kegemaran mereka.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@nasikerabu77), seorang gadis dikenali sebagai Amelia berkongsi suasana ketika dia dan keluarganya meraikan sambutan hari jadi seorang pekerja di sebuah kedai mamak.
@nasikerabu77Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼
Katanya pekerja mamak itu merupakan pelayan yang sering mengambil pesanan mereka setiap kali menjamu selera di kedai tersebut dan menjadi pekerja kegemaran mereka sekeluarga.
Difahamkan pelayan warga asing bernama Sankar itu hendak pulang ke kampung halamannya tidak lama lagi.
Jadi, mereka sekeluarga bercadang untuk membuat kejutan dengan membeli sebuah kek bagi menyambut hari jadinya sebelum dia balik ke kampung.
Dalam video tersebut, Sankar menunjukkan reaksi terkejut dan gembira ketika terlihat kek berkenaan di atas meja sambil mereka sekeluarga menyanyikan lagu hari jadi buatnya.
Sankar juga sempat memeluk bahu bapa Amelia sebagai tanda terima kasih atas kejutan dan kek sempena menyambut hari jadinya.
Lepas ni pasti keluarga Amelia terasa akan kehilangan Sankar di kedai tersebut. Moga ini menjadi kenangan indah buat Sankar dan selamat pulang ke kampung dan sentiasa merindui Malaysia.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club