
Treasure Hunt Challenge!
Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, maka #keluargagader, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak pada 6 April yang lalu bersama 40 ahli keluarga.
[Best_Wordpress_Gallery id=”12″ gal_title=”LOST WORLD OF TAMBUN”]
Assalamualaikum RaRa 2025 Meriah. Rakyat Negeri Sembilan, Kedah & Kelantan Supportive Habis!

Astro, syarikat peneraju hiburan dan media terkemuka Malaysia, menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penganjuran ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di tiga buah lokasi iaitu Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan), Masjid Murtadha Dakwah Centre MADAD (Kedah) dan Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan) dari 1 Februari hingga 14 Februari.
Acara ini dimeriahkan oleh lebih 10 ribu pengunjung di ketiga-tiga lokasi bersama barisan selebriti, personaliti radio, rakan media dan juga komuniti setempat untuk mengimarahkan persekitaran masjid serta menjalinkan ukhuwah sesama masyarakat.
Enam duta Ramadan Raya Astro pada tahun ini, termasuk duta Astro Oasis turut memeriahkan setiap lokasi dengan memperkenalkan lebih 70 kandungan baharu yang bakal ditayangkan di Astro sepanjang Ramadan ini menerusi platform televisyen, digital dan radio.
Dengan bertemakan ‘Meriah Lain Macam’ pada edisi Ramadan Raya pada tahun ini, Astro mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti yang mampu merapatkan ikatan persaudaraan sesama masyarakat Islam. Antara aktiviti yang telah berlangsung di setiap lokasi termasuk agihan makanan kepada komuniti setempat, sesi ramah mesra bersama barisan selebriti yang hadir, pertandingan mewarna, tulisan khat, memanah, cabutan bertuah serta persembahan-persembahan daripada penyanyi jemputan.
Jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ telah berlangsung selama tiga hari iaitu di Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan dengan keunikan negeri maisng-masing. Antaranya:
Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan) |
Lokasi pertama jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 3 ribu pengunjung hadir mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti berteraskan tradisi dan budaya. Acara ini menghimpunkan barisan selebriti popular termasuk Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar dan Meerqeen selaku duta Ramadan Raya Astro 2025, bersama Keanu Azman, Azqa Aziz dan Jay Iskandar dalam aktiviti merewang dan ‘Mantai Bersama-sama’ bersama para pengunjung.
Kemeriahan diteruskan dengan persembahan istimewa daripada Mawi dan kumpulan UNIC, yang menyajikan lagu-lagu bermakna berkonsepkan ketuhanan. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Astro, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, yang beramah mesra bersama pengunjung, menjadikan jelajah ini satu pengalaman bermakna dan penuh ukhuwah.
Murtadha Dakwah Centre (MADAD, Kedah) |
Lokasi kedua jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ membawa kemeriahan ke Kedah untuk ‘Berkongsi Rezeki’ bersama hampir 8 ribu pengunjung dan penduduk setempat. Kehadiran duta utama—Meerqeen, Mierul Aiman, dan Zizan Razak—bersama bintang baharu Hero Remaja 2024, Aiman Ameer dan Jay Iskandar, menjadi tarikan utama dalam mempromosikan kandungan istimewa Astro sepanjang Ramadan sehingga dikunjungi para peminat daripada negeri-negeri sekitar seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Selain aktiviti agihan bubur lambuk kepada komuniti setempat, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu berunsur kerohanian oleh Putera Muhammad dan Rabbani.
Acara ini turut menampilkan rakaman eksklusif ‘Tazkirah Malam Jumaat’, yang dihadiri oleh Alif Satar dan barisan pendakwah terkenal seperti Ustaz Fakhrul Radhi, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Ustaz Rozie Rejab dan PU Amin. Selain itu, program ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di Kedah dimeriahkan oleh pengacara Anas Tahir dan Faizal Ismail, serta sesi ‘Meet & Greet’ bersama watak kegemaran kanak-kanak, Didi & Friends serta Omar & Hana. Jelajah ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dengan gabungan hiburan, keindahan Islam dan kemeriahan komuniti.
Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan) |
Jelajah ini melabuhkan tirainya di Kelantan dengan aktiviti istimewa ‘Battle KAFA: Geng D.U.I.T Challenge’, yang mengangkat konsep kebersamaan dan keluarga. Pertandingan ini menguji kanak-kanak dengan soalan berkaitan Perkara Asas Fardhu Ain, termasuk ibadah, Al-Quran, sirah dan hafazan, di mana empat pasukan bersaing merebut gelaran juara KAFA Cup. Selain itu, pertandingan ini turut membawa pengunjung menyelami kisah menarik siri terbaharu Astro, Geng D.U.I.T, yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan ini.
Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta Ramadan Raya Astro 2025 iaitu Zizan Razak, serta selebriti terkenal seperti Qasrina Karim, Aiman Ameer, Jay Iskandar, Azri Safix dan Mikael Noah. Alumni Gegar Vaganza 11, Fairuz Selamat, turut menyumbangkan persembahan istimewa di masjid, menjadikan program ini lebih bermakna bagi masyarakat setempat. Lokasi terakhir jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ menyaksikan hampir 2 ribu pengunjung hadir memberi sokongan.
Inisiatif Astro Kasih
Sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporatnya, Astro Kasih menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan menerusi program kebajikannya. Sebanyak 300 pek prihatin yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan kurma diagihkan di tiga lokasi jelajah—Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan—bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, khususnya menjelang Ramadan.
Selain itu, dalam usaha menyokong pendidikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan, Astro Kasih turut menyumbangkan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’, memberi peluang kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih semangat dan keyakinan.
Untuk makluman, bantuan masih boleh disumbangkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230 menjelang bulan Ramadan ini.
Tawaran Astro One
Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Astro One membawakan lebih banyak keriangan dengan kempen ‘Langgan dan Menang Macam-Macam’, menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April, para pelanggan yang melanggan Astro One di outlet terpilih di Seremban, Sungai Petani, dan Kota Bharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa melalui mesin Gachapon, termasuk televisyen, telefon bimbit, baucar membeli-belah, perkakas dapur, kurma dan banyak lagi.
Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai kempen ini dengan menaik taraf kepada pakej Astro One atau menambah Astro Fibre. Bermula 14 Februari, kempen ini diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai Astro, kiosk premium, trak, gerai terpilih, dan dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah bersama Astro One!
Orang Lain Cita-Cita Jadi Guru, Bomba. Gru Nak Jadi Penjahat? Saksikan Dalam Minions: The Rise OF Gru!

Bagi yang mengikuti filem Despicable Me, mesti anda mengenali si kecil comel berwarna kuning dan berbaju jeans, iaitu Minions! Kini mereka kembali dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan pastinya anda yang menonton tidak akan kering gusi melihat telatah mereka.
Untuk filem terbaru Minions : The Rise of Gru ini, pengarahnya Kyle Balda membawa penonton menyelusuri watak Gru ketika masih kecil iaitu berusia 12 tahun.
Tatkala kanak-kanak lain mempunyai pelbagai cita-cita menarik bila meningkat dewasa seperti polis, doktor, guru dan sebagainya, lain pula dengan Gru yang lebih memilih untuk menjadi seorang penjahat!
Malah, cita-citanya bakal tercapai apabila sekumpulan orang jahat paling licik dan digeruni The Vicious 6, memanggilnya datang untuk temuduga sebagai salah seorang ahli mereka.
Agak-agaknya, berjayakah Gru untuk menyertai kumpulan penjahat yang menjadi idolanya itu? Nak tahu, kena lah tonton Minions : The Rise of Gru di pawagam berdekatan anda bermula 30 Jun 2022!
Eh jap, yang paling menarik dalam filem ini, terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut oleh Minions tau! Antaranya terima kasih dan nasi goreng. Menarik kan? Haa tunggu apa lagi, jom tempah tiket wayang Minions : The Rise of Gru sekarang juga!
Bukan Sahaja Patuh SOP, Kawalan Yang Dibuat Selesakan Pengunjung. Tak Rugi Bercuti Di Genting Highland!

Sejak-sejak dapat ‘lampu hijau’ untuk bercuti dalam negara, apa lagi semua orang ‘gatal tangan’ pegang telefon pintar cari kawasan menarik untuk dilawati dan bercuti. Ye la, lebih kurang 3 bulan terperuk kat rumah dek PKP, jadi bila dah dapat peluang macam ni, takkan nak lepaskan. Ye dak?!
Salah satu kawasan percutian yang menjadi sebutan orang ramai semestinya Genting Highland! Di samping merasai suasana dingin semulajadi nun di atas sana, ibu ayah juga boleh cuci mata membeli belah dan berseronok bersama anak-anak di taman tema!
‘Tapi… Sekarang ni virus masih lagi berleluasa, macam mana ni?! Nanti pergi bercuti tak pasal-pasal dijangkiti pula!’
Jangan risau! InsyaAllah tak ada apa-apa selagi anda semua ikut arahan kerajaan, #kitajagakita dan menjaga SOP yang ditetapkan. Seperti mana yang dinitikberatkan oleh pihak Genting Highland untuk pengunjung yang akan bercuti di sana nanti! Nak tahu macam mana? Meh tengok garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Genting ini!
Garis Panduan Sepanjang Berada di Genting Highland
1) Bagi mengelak dari bersentuhan dan memudahkan pengunjung, anda digalakkan untuk beli tiket secara dalam talian Mudah kan?
2) Pengunjung disarankan untuk mengimbas Kod QR dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kawasan tarikan.
3) Selain itu, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan tarikan dan taman tema Genting. Bagi yang suhunya melebihi 37.5 darjah dan ke atas, mereka tidak akan dibenarkan masuk sebaliknya akan dibawa keruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan rawatan. Wahh caringnya! Hehe.
4) Tak bawa hand sanitizer? Dont worry! Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan sekitar kawasan umum. Terbaiklah!
5) Jangan risau jarakan sosial ketika bermain di taman tema, pihak Genting Highland telah mengubahsuai dan meletakkan jarak tambahan antara mesin / aktiviti / tempat duduk arked. Jadi jarak 1 meter tu sentiasa dalam kawalan, ok?
6) Untuk memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial, tanda diletakkan di lantai di tempat-tempat menarik dan kawasan tumpuan untuk menunjukkan di mana para tetamu harus berdiri / beratur untuk menjaga jarak yang selamat dari orang lain.
7) Dasar keselamatan dan kebersihan dipaparkan di semua pintu masuk dan dalam talian. Duta Perkhidmatan ditempatkan di kawasan strategik untuk mengurus / menasihati pengunjung, menyediakan hand sanitizer, memeriksa dan mengurus pengunjung yang tidak sihat.
8) Pekerja yang bertugas dilengkapi dengan topeng muka dan jika perlu, mereka akan sarung tangan semasa bertugas. Anda diminta memakai topeng muka ketika berada di taman tema dan kawasan tarikan. Topeng muka dan sarung tangan dijual atas permintaan.
9) Tandas akan dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang telah ditetapkan dan dicatat. Permukaan yang terdedah dengan sentuhan tangan, penahan tunggangan dan mesin arked akan dibersihkan secara kerap. Bahagian atas kaunter di kedai runcit dibersihkan dan dibasmi kuman setiap 30 minit.
10) Untuk meminimumkan pengendalian tunai, pihak Genting juga mengutamakan pembayaran secara kad. Wang tunai hanya akan diterima di kios pembayaran kami.
11) Papan tanda dipasang di pintu masuk kedai runcit dan kios untuk mengingatkan para tetamu tentang keperluan jarak sosial. Semua kios akan menghadkan kapasiti untuk 3 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Di samping itu, bagi memastikan percutian anda menjadi lebih selamat, buat pertama kalinya di Malaysia, First World Hotel memperkenalkan Digital Key sebagai salah satu langkah terbaik menggantikan kad kunci.
Dengan hanya memuat naik aplikasi Resorts World Genting, anda bukan hanya mampu booking tiket bilik, malah selesai sahaja urusan booking, anda hanya menggunakan apps tersebut untuk membuka kunci bilik anda. Mudah kan?
Penempahan Bilik
- Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih tempahan anda di telefon anda.
- Daftar masuk dan pilih bilik anda. Isi maklumat anda untuk mengesahkan.
- Aktifkan Kekunci Digital anda. Kunjungi kaunter penerimaan tetamu hotel untuk menerima pengaktifan kod QR anda.
- Buka kunci pintu anda. Hidupkan Bluetooth anda dan ketuk Kekunci Digital untuk memasuki bilik anda.
Semakan Keluar
- Buka aplikasi Resorts World Genting. Pilih penginapan anda sekarang untuk butang “Checkout”.
- Sahkan daftar keluar. Kunci Digital anda akan dinyahaktifkan secara automatik.
So tunggu apa lagi, jom bercuti di Genting Highland!