Ads
Ads

*keluargagader merupakan program kekeluargaan cakna membentuk nilai keluarga harmoni. Aktviti yang direalisasikan memberi inspirasi kepada ikatan keluarga yang utuh. Misi kami adalah membina generasi yang mempunyai asas keluarga yang bahagia.

#e-keluargagader Berkebun Cili Di Halaman Rumah

Aktiviti berkebun juga tidak kurang hebatnya boleh dilakukan bersama seisi keluarga. Pelajari teknik tanaman yang betul untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

#e-keluargagader Ceriakan Hati Dengan Roti Jala Viral

Manfaatkan waktu yang ada dengan turut serta mempelajari cara membuat roti jala viral. Disediakan dengan menggunakan pelbagai warna dan hasilnya cukup luar biasa. Bolehlah dijamu kepada keluarga sebagai salah satu aktiviti minum petang di laman rumah.

#e-keluargagader Belajar Buat Roti Untuk Keluarga

Kesukaan anak-anak bersarapan dengan roti menyuntik semangat untuk ibu-ibu belajar membuat roti sendiri. Ini direalisasikan dengan turut serta di program Belajar Buat Roti Untuk Keluarga.

#e-keluargagader Misi Buat Bento Menu Cantik Anak Suka

Keseronokkan anak-anak menikmati hidangan berganda bila hidangan disediakan oleh ibu cantik berhias. Kesenian yang boleh dipelajari ini bukan sahaja istimewa malah bila dibuat bersama-sama dengan anak secara tidak langsung boleh dijadikan aktiviti bonding time yang menarik.

#e-keluargagader Hujung Minggu Aktiviti Membuat ‘Creampuff’

Pada hujung minggu bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bersama-sama keluarga dan salah satunya adalah dengan mengikuti kelas membuat creampuff. Dapat menyediakan hidangan yang enak dan untuk dimakan bersama-sama pasti akan menjadi momen indah dan menggembirakan.

#e-keluargagader Jom Mula! Projek Kebun Mini Di Rumah

Aktiviti bercucuk tanam kalau dibuat bersama seisi keluarga memang menyeronokkan. Sama-sama ada rasa tanggungjawab untuk pastikan tanaman yang ditanam dapat hidup subur.

#Keluargagader@Raya Sedondon

Amalan rumah terbuka Aidilfitri sudah menjadi tradisi untuk sambutan perayaan di negara ini. Raikan kemeriahan ini bersama #keluargagader di Raya Sedondon. Mood raya ini pasti indah jadi kenangan manis.

#keluargagader Break-first Love

Keseronokan anak-anak menikmati sarapan berganda dirasakan bila dapat makan bersama ibu dan ayah. Menyemarakkan keriangan, #keluargagader jayakan Break-first Love bertempat di Kidzania.

#keluargagader@Lost World of Tambun

Memeriahkan penganjuran event keluarga gader kali ini di Lost World of Tambun, berkonsepkan Treasure Hunt telah berjaya merakamkan momen indah buat setiap pesertanya.

#keluargagader@Farm In The City

Aktiviti bercuti bersama keluarga menjadi agenda utama bila tibanya musim cuti sekolah dan ini direalisasikan bersama #keluargagader di Farm In The City.

#keluargagader@sunwaylagoon

Penghujung tahun bercuti lebih meriah apabila keluarga sama-sama lencun mandi manda dan keseronokkan berzumba. Momen manis ini dijayakan oleh #keluargagader di Sunway Lagoon.

#keluargagader Super Hero JR

Himpunan 100 kanak-kanak dengan menggayakan kostum super hero. Cukup istimewa dan pastinya menyeronokkan untuk anak-anak kecil yang bertanding.