Dapat bercuti diakui adalah merupakan momen terindah. Apatah lagi andai dapat bercuti bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Pasti bermakna dan meriah suasananya.
Begitulah yang cuba digambarkan oleh Puan Nur Dalilah, apabila dapat berkumpul bersama 40 ahli keluaga besarnya dengan menjayakan family day ke negeri Kelantan baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, percutian kali ini siap booking satu bas!
Berkongsi cerita lanjut, menurut Dalilah atau lebih mesra disapa Dell, “Idea ini tercetus bila bulan Syawal yang lalu. Ketika itu makcik saya buat aqiqa cucu dan bersekali buat open house. Kiranya semua keluarga berkumpul untuk bertungkus lumus buat persiapan rewang kenduri. Jadi terus dia kata nak buat rombongan ke Kelantan naik bas,” jelasnya.
Rombongan Cek Pah Ke Kelantan
“Tidak dinafikan ketika zaman kami kecil, kami selalu buat family day.. tapi bila masing-masing dah dewasa.. dah kerja dan berkeluarga.. agak susah nak gather kan semua dalam satu masa.
“Jadi bila mendengar cadangan tersebut ahli keluarga ramai yang teruja, dan kalau ikutkan family kami besar. Cuma yang pergi kali ini hanya 5 keluarga, ada dalam 6/7 keluarga lagi yang tak dapat sertai.
“Nak dijadikan cerita, ketua rombongan kali ini adalah sepupu saya Eyfa Ariffin.. kitaorang panggil dia Cek Pah.. kira ni Rombongan Cek Pah Ke Kelantan…. Dia yang booking bas, deal dengan homestay.
“Kami cari bas yang selesa (2 tingkat Executive Coach) untuk keselesaan.. sebab ahli rombongan ada warga emas dan juga bayi. Kalau nak dikira ahli rombongan, total 40 orang. Itu tak termasuk ada 1 family yang turut serta tapi naik kereta sendiri,” ceritanya lagi.
Bercuti Sambil Shopping
- Perjalanan kami bermula dari 11:00 malam bertolak dari Klang menuju ke Kelantan
- Kemudian kami berhenti solat subuh di Masjid Paloh Gua Musang pada jam 5:45pg.
- Sambung perjalanan ke Rantau Panjang.
- Berhenti breakfast di Kok Lanas, nama kedai KEDAI NASI KERTAS pelbagai menu di sediakan… terutama sekali nasi.. dan roti telur goyang
- Selesai sarapan kita sambung perjalanan menuju rantau panjang, sampai rantau panjang around 11am. Kami diberi masa 2 jam untuk shopping.
- Selesai di Rantau Panjang, kami bergerak ke pasar Siti Khadijah..sampai sana around 2:30ptg.. dan diberi masa sejam setengah untuk shopping.
- Kami bergerak ke Homestay di Wakaf Baru.. ada drama sikitlah..sebabkan homestay kami agak jauh ke dalam dan bas kami tak boleh masuk so kami kene berhenti dijalan luar dan ada 4×4 pick up kami dan beg2.. kat situ agak penatlah sebab dah seharian kan..tapi kami tetap enjoy… sebab homestay tu ada pool, anak-anak pon enjoy the momen mandi pool..
- Malam tu kami makan di Restoran KST.. antara restoran seafood yang femes di Kota Baharu.. settle makan malam kami ke wakaf che yeh untuk sambung shopping…dan kami kembali ke homestay pada jam 12:00mlm
- kami berehat dan esok pagi tu kami check out dari homestay jam 8pg dan menuju ke Kedai Kopitiam kita.
- Ini antara kedai sarapan pg yg popular, alhamdulillah kami dapat special arrangement sebab dah booking terlebih dahulu.
- Selesai sarapan jam 10pg dan kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk melihat Draw bridge dan juga beli keropok lekor di Kelulut.
- Perjalanan pulang mengambil masa lebih 12 jam sebab byk persinggahan.. 🙂 walaupun letih kami tetap enjoy sebab dapat spent time with family…
Akan Datang Ke Cameron Hinghlands Pula
Apabila ditanya mengenai kos untuk percutian kali ini, nyata tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi bila adaya yang baik hati menaja bas untuk ke sana.
“Kalau nak kira kos, ikutkan setiap ahli rombongan hanya perlu bayar RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk bayi dan kanak-kanak.
“Ini sebabnya ada yang sponsor untuk bayaran bas.. yang lain-lain macam duit makan and shopping tu ikut poket sendirr.. tapi kebanyakkannya, time makan.. ada yang tolong bayarkan.. alhamdulillah.. kami sama-sama kongsi rezeki bersama keluarga kami.
“Apa yang pasti percutian keluarga sangat menyeronokkan. Lagi pun mungkin sebab keluarga kami ni sangat close.. even dalam kehidupan hari-hari biasa, kami ni selalu je jumpa.. selalu je bersama2.. tapi setiap kali jumpa atau berkumpul.. ada je cerita yang nak digelakkan bersama.. pendek kata tak boring.. tak jemu..kami suka berkumpul.
“Mungkin sebab dari zaman ada arwah atok nenek lagi kami dah begini… kerjasama dan tolak ansur.. tak berkira pon.. and yang pntg kami SEPAKAT..kami masing-masing selesa dengan apa yang kami sepakat kan..
“Next ada rancangan nak buat rombongan ke Cameron Highland pula.. tapi yang tu balik hari.. ehhe.. moga ibu bapa kami dan ahli keluarga kami yang lain diberi kesihatan yang baik dan boleh lah kami buat lagi aktiviti ni bersama,” ujarnya lagi.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI