Rainbow Cookies atau ada juga yang kenal biskut ini dengan nama Biskut Lidah Kucing yang sememangnya sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak.
Rasanya yang manis dan rangup dimakan ditambah pula dengan gabungan warna merah, jingga, hijau, biru, kuning dan ungu sekali gus menjadikan biskut ini benar-benar mencuri tumpuan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Malah menurut perkongsian Iqa yang turut berniaga biskut ini sejak 10 tahun lalu, akui begitu banyak permintaan biskut ini daripada orang ramai sempena musim perayaan.
“Harap u guys semua pun boleh jana pendapatan menggunakan resepi ni. Guna untuk makan sendiri pun boleh. Cookies ni peminat dia adalah kanak kanak. Manis dan colorful. Yang tak suka manis boleh kurangkan gula,”kongsi Iqa di group masakan.
Jadi buat yang ingin mencuba sendiri menyediakan biskut kegemaran anak-anak, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Iqa ini.
RAINBOW COOKIES
250g Marjerin
170g Castor sugar/icing sugar-beli online di sini
*Whisk sampai kembang/pucat.
100ml Putih telur
*whisk sebati je.
200g Tepung gandum
50g Tepung jagung
1/4 tsp Emplex-beli online di sini
Cara Buat :
*Mix sebati je ya. Jangan over mix.
*Bahagikan adunan kepada 6 color (merah,orange,kuning,hijau,biru,purple)
*Grease loyang menggunakan marjerin.
*Paipkan mengikut urutan color tadi.
*Bake suhu 150 darjah selama 15-18 minit mengikut suhu oven masing masing.
*Keluar je dari oven terus tanggalkan cookies dari loyang. Kalau tak cookies keras sangat dan pecah.
*Jangan biarkan cookies berada diluar terlalu lama. Digalakkan simpan terus dalam bekas kedap udara semasa cookies masih suam.
Selamat mencuba!
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club