Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya Zaquan Adha yang memberitahu isterinya melahirkan anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki pada 2 Ogos tengah hari semalam.
Zaquan juga turut memuat naik gambarnya yang setia menemani Ayu di dalam wad semalam.
Ads
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ayu tengah rehat, saya pula nak balik rumah untuk uruskan uri anak.
“Untuk suami di luar sana, biarlah kita yang uruskan, cuci dan tanam.
Ads
“Selain itu, saya juga nak ambil kakak dan juga abang-abang yang lain untuk tengok reaksi mereka dengan baby baru,” katanya menerusi Insta Story.
Paling istimewa, kelahiran anak baharu ini juga sebagai hadiah hari jadi ke-38 buat Zaquan.
Ads
Zaquan juga turut menerima ucapan hari lahir dan sebiji kek bagi meraikan bersama-sama bayinya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi dan pelakon terkenal, Elly Mazlein menyingkap sejarah awal pembabitannya dalam dunia nyanyian yang bermula seawal usia 17 tahun.
Lebih dua dekad bergelar anak seni, .pemilik nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsi Elly yang menyifatkan single Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Awn hitam yang meliputi hidupnya sebelum ini sudah berlalu, meninggalkan sinar baru buat hos Bis Stage ini.
Jujur meluahkan rasa hati dengan kehidupan yang dikecapi kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik.
“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu.
“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya.
“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini.
“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Untuk rekod, Elly Mazlein sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Noh yang sinonim disapa sebagai Cikgu Azlan pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 4 bulan.
Anak adalah cerminan mak ayah. Setiap apa yang kita lakukan akan terzahir daripada segi sifat, kata-kata dan perbuatan anak-anak.
Bahkan andai ada tindak tanduk anak-anak yang kurang elok seharusnya dijadikan musabab untuk ibu ayah memperbaiki diri dalam menunaikan tanggungjawab mendidik anak-anak.
Menurut perkongsian Saudara Mohd Fhais jika baik yang mereka terima, maka baik la balasan mereka beri.
Anak adalah cerminan mak ayah
Anak yang selalu di hormati, akan pandai menghormati orang lain.
Anak yang selalu di curahi kasih sayang, akan jadi seorang yang penyayang.
Anak yang selalu di layan dengan wajah gembira, akan senang rasa bahagia.
Anak yang selalu di dengari luahan mereka, akan menjadi seorang yang tinggi empati.
Anak yang selalu di beri peluang memilih, akan menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Anak yang selalu di layan dengan baik hati, akan menjadi seorang kawan yang baik.
Anak yang selalu di beri rasa selamat, akan menjadi seorang anak yang sentiasa melindungi mak ayahnya.
Inilah norma hidup sebagai seorang anak.
Baik yang mereka terima, maka baik la balasan mereka beri.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan insan yang disayangi sekelip mata bukan sahaja mengejutkan, malah memberi kesan mendalam buat ahli keluarga. Apatah lagi, anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian ibu bapa.
Baru-baru ini sepasangan suami isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Pemergian mereka berdua sekali gus membuatkan 7 beradik kehilangan tempat berpaut. Lebih memilukan anak-anak masih kecil dan kini di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.
Terbaru, kisah anak-anak ini dimuat naik dalam satu perkongsian di facebook. Menurut saudari Hajar Jaafar, anak-anak ini memerlukan bantuan daripada orang ramai. Justeru dia memohon sekiranya terdapat individu bermurah hati bagi menghulurkan bantuan terutama dalam bentuk yuran dan pakaian sekolah.
DERMA KILAT (UPDATED)
Waris terdekat, kakak mangsa shaidah binti idris 011-31410147 Bank Islam : 13044020915749
Gaisss, ingat posting pasal 7 beradik yang kehilangan ibubapa sebab kemalangan jumaat lepas? Ni 5 orang anak mereka, lagi 2 orang di hospital. Hajar nak ziarah yang di hospital dan jumpa waris mereka rabu pagi ni.
Cadangan hajar sebenarnya nak kumpul tabung untuk Yuran setahun dan persiapan awal sekolah mereka seperti baju dan alat tulis. Semoga sesama kita Hulurkan bantuan buat mereka
Jika ada yang nak beri sumbangan komen love ye. Nanti hajar pm details. Yang nak konvoi gerak sesama pun boleh. Kita ziarah di hospital KT. Hajar gerak dari dungun jam 11 pagi.
Jika tiada sumbangan pun, tolong share post ni ye. Terima Kasih semua💗
Kanak-kanak ini di jaga oleh atuk nenek mereka di kg pasir raja terengganu. Sumbangan akan di berikan kepada waris terdekat cc Farawaheda Aidilfitri
Mangsa yang terlibat dalam kemalangan : Arwah Kamal Hisham Mustafa & Arwah Norhapisah
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.