Kelengkapan Cuci Rumah Betul- Betul Jimat. 12 Barang Wajib Ada Wanita Ni Kongsikan, Beli Di Kedai Eco Je!

Share

Hujung minggu adalah waktu terbaik untuk mengemas rumah, lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Seluruh rumah haruslah disental bersih.

Akan tetapi kos untuk membeli pencuci, penyental lantai dan macam-macam jenis pencuci bukanlah murah.

Jangan berfikir banyak kerana saranan yang dikongsikan oleh wanita bernama Hani Mynis di facebooknya ini cukup best untuk ibu-ibu.

Kedai Eco yang menawarkan harga serendah RM2.10 ini jawapannya. Alatan cucian untuk kegunaan rumah memang tip top di sini. Ini yang dikongsikan oleh wanita ini.


#kemasrumahwithhani : 12 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco!

Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2 😍)!

Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi 😂! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20 😭

Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha

Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.

Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dpt, bagus sngt!,beli lah!” haha sngt kepochi kan 🙈😂

So sngt obses, hani kongsi kan 12 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sbb ada antara barang yg viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jgn pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha

Ni post panjang, maaf!! Tp mode #hanisimakjemah is on! Haha

Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dlm gambar ni!

Ps : siapa ada semua item dalam gambar2 gimme 5!! #doneracun 😝


1. No 1 atas takhta! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic??

Apa je dia tak boleh cuci?
Bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air dan lain-lain.

2. Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk, campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny!

Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai. Berkilat oit lantai, lagi-lagi lantai tiles.

3. Khas untuk kutip rambut dan habuk kecil kat karpet, kalau mood malas nak guna vacuum!

4. Pencuci lantai.
Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!

5. Pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja.

6. Wet tissue. Kalau nak lap kotoran kecil kat meja makan atau atas perabot.

7. Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu.

8. Stain remover. Sebab dalam kandungan dia ada peluntur macam clorox tu. Tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran. Tak perlu nak berus dah.

9. Berus dengan tiga jenis berus. Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras, boleh sental dengan berus ni.

10. Penyepit span, pembersih tingkap!

11. Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu.

12. Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild), Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal, guna je stain remover tadi atau clorox.

Hebatkan? Untuk kesemua 13 barang ni anggaran tak sampai RM30. So sangatlah berbaloi untuk kita yang nak berjimat cermat.