Tidak lama lagi kita bakal menyambut hari raya Aidiladha. Sudah tentunya kita tidak lupa 9 Zulhijjah. Ini kerana pada itu adalah Hari Arafah juga adalah hari kedua dalam ibadah haji bagi umat Islam yang mampu melaksanakannya.
Dipanggil nama sedemikian kerana pada hari ini para jemaah haji akan ke Gunung Arafah dari Mina serta Padang Arafah.
Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan kerana ketika itu umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.
Manakala umat Islam yang tidak mengerjakan Haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut.
Rasulullah bersabda
“Sebaik-baiknya doa adalah doa hari Arafah dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku selalu melafazkan adalah; Laa ilaaha illallaah wahdahuu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ala kulli syaiin qadiir (Tidak ada Tuhan selain Allah yang maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah kekuasaan dan pujian, dan Dia maha kuasa atas segala-galanya). (HR Tirmizi).
Terdapat banyak kelebihan yang ada di Hari Arafah, antaranya;
1 – Hari penyempurnaan agama dan nikmat.
2 – Hari raya bagi seluruh umat Islam.
Ads
3 – Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa’) dalam surah al-Fajr.
4 – Sebaik-baik hari.
5 – Menyamai 10,000 hari.
6 – Haji yang Agung.
7 – Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun.
8 – Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah.
Ads
Berdoa
Perbanyakkan berdoa, namun tidak ada doa yang khusus. Berdoalah di dalam bahasa yang difahami kerana Allah itu maha mengetahui. Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tidak ada satu hari yang Allah lebih banyak membebaskan seorang hamba dari api neraka melainkan hari Arafah. Sesungguhnya Allah amat hampir dan membanggakan mereka di hadapan malaikat-Nya seraya berkata, “Apa yang mereka inginkan? (tentu Aku kabulkan).”
Kebiasaan yang Nabi lakukan ketika itu adalah bersungguh-sungguh berdoa hingga mengangkat tangan tinggi hingga putih ketiaknya sambil berdiri. Itulah tandanya bersungguh- sungguh di dalam berdoa. Itu perkara yang Nabi buat dari selepas Asar hingga Maghrib .
Lebih afdal berdoa di tempat lapang untuk menunjukkan kesungguhan dan sifat rendah diri. Jika kita duduk di tengah kawasan lapang yang dikelilingi oleh 4 juta jemaah haji, masing-masing berdoa kepada Allah. Simboliknya, diri kita terlalu kerdil di tengah-tengah lautan manusia, ertinya ia melambangkan kehebatan Allah.
Berzikir
Perbanyakanlah zikir khusus seperti yang disebut di dalam hadis itu ataupun zikir-zikir lain tidak menjadi masalah, hayatinya serta diulang-ulang. Atau boleh juga amalkan zikir yang di sebut Rasulullah lewat hadis-hadisnya seperti:
Ads
Daripada Abu Dzar r.a. katanya Rasulullah s.a.w pernah ditanya orang, “Apakah ucapan zikir yang paling afdhal (utama), ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Iaitu ucapan zikir yang dipilih Allah bagi para malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya ialah; Subhanallahi wabihamdihi – (Maha suci Allah dan Maha terpuji Dia).”
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa membaca kalimat tahalil: Laa ilaaha illallahu wahdahu la syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir., sebanyak 100 kali dalam sehari maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan 10 orang budak (hamba) dan dicatat untuknya 100 kebajikan serta dihapus daripadanya 100 kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara daripada godaan syaitan sampai petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. Dan siapa yang membaca; Subhanallaahi wa bihamdih, sebanyak 100 kali dalam sehari dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.”
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan (pahalanya) dan kedua-duanya disukai Allah swt ialah: Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahi azhiim.”
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda, “Membaca Subhaanallah wal hamdulillah wa la ilaaha illallaah wallaahu akhbar, lebih disukai dari matahari terbit di pagi hari.”
Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat.
Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.
Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.
Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!
1. Guna Daun sirih
Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.
Perlu Buat!
1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.
2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.
3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.
4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.
5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Misteri kehilangan bekas personaliti televisyen Zalina Azman kian menjadi tanda tanya dan turut menyebabkan orang ramai bimbang dengan keadaannya.
Berita yang mengejutkan ini turut terpanggil Datin Seri Normala Samsudin memohon doa dan pengharapan agar rakan sejawatnya itu berada di dalam keadaan yang selamat.
“Hope she is safe. May Allah protect you. Grant you strength and we do care and doa. #tv3colleagues,” tulis Normala menerusi Insta Stories, hari ini.
Manakala meninjau di Instagram Datuk Aznil Nawawi turut berkongsi harapan yang sama agar Zalina segera ditemui. Bahkan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat segera menghubungi pihak berkuasa.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
Sumber : Ig Normalasamsudinofficial , Ig Aznilnawawi & Bernama
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuba lihat balang-balang yang sedia ada di dapur yang kita gunakan untuk menyimpan rempah ratus, bahan makanan dan sebagainya. Adakah terlihat bersih atau ada kesan kotorannya?
Umumnya, pasti ada yang melekat di bahagian kaca dan agak sukar untuk ditanggalkan. Jika dibiarkan begitu sahaja, lama kelamaan akan menjadikan bekas atau balang tersebut nampak kusam dan seakan kotor. Maka untuk mencucinya juga agak payah, lebih-lebih lagi pada balang kaca yang berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Jadi apa perlu buat untuk mudahkan cara mencucinya?
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Selain mengetahui cara atau petua mencuci balang seperti di atas, ada juga petua mudah yang boleh digunakan untuk membersihkan cermin, elak habuk atau pun mahukan rumah sentiasa berbau harum. Ternyata caranya sangat mudah!
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.