Tidak dinafikan ada antara kita memang lebih gemar menggunakan kelapa yang diparut berbanding santan segera yang tersedia di pasaran untuk mendapat rasa santan sebenar dalam masakan.
Kelemakan rasa santan asli tidak boleh ditandingi dan itulah juga menjadi rahsia masakan seperti kari, rendang, gulai dan sebagainya lebih enak malah tekstur hidangan nampak lebih menyelerakan.
Pun begitu dalam memastikan kelapa parut yang digunakan dapat menghasilkan pati santan yang banyak, ada caranya dan tahukah anda, sebenarnya cara lebih pantas dan mudah boleh dilakukan iaitu dengan cara mengisar.
Nak tahu lebih detail, jom kita hadam teknik ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zalisqha ini. Malah lebih mengujakan, katanya dengan menggunakan hampas kelapa tersebut menjadikan kulit tangannya lebih lembut, selembut kulit bayi.
Cara-caranya:
Masukkan kelapa parut ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
Ads
2. Tapis untuk asingkan hampas dan pati santan.
3. Ini hasilnya, pati santan bolehlah terus digunakan untuk sediakan menu pilihan.
Hampas kelapa tu jangan buang boleh buat scrub kulit badan dan muka. Untuk bagi kulit lembut macam baby. Sebab tu saya tak suka beli santan kotak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Jika sebut tentang menu yang berasaskan pisang ini memang terlalu banyak terutamanya pencuci mulut. Pengat pisang antara menu klasik dan simple yang bukan sahaja digemari oleh orang-orang tua malah, semua peringkat umur.
Rasanya yang manis dan ditambah pula dengan biji sagu yang kenyal memang sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Menurut resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail pengat ini menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama kerana rasanya yang lebih sedap.
“Pengat pisang tanduk ni rasanya sedap, lemak masin secukup rasa dan diimbangi pulak dengan rasa masam dari pisang tanduk.
“Pisang Tanduk sesuai untuk buat pengat sebab isinya yang berkanji, kenyal dan tidak hancur bila dimasak pengat. Bila dimasak, pisang ini akan jadi cukup lemak dan memang sedap dimakan,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, menu ini juga sangatlah mudah dan cepat disediakan. Hanya 30 minit sahaja anda boleh sediakan pencuci mulut yang sangat sedap. Selamat mencuba.
– Rendam biji sagu hingga kembang. Lebih kurang dalam 15 minit.
– Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
– Basuh dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang dengan air, santan, gula melaka, daun pandan dan garam secukup rasa atas api yang perlahan.
– Sentiasa kacau dengan perlahan supaya santan tak berketul.
– Bila dah mendidih, masukkan biji sagu yang kita dah rendam tadi dan garam. Kacau lagi.
– Masak lagi hingga biji sagu menjadi jernih dan pisang lembut elok.
– Kalau kuah terlebih pekat, boleh tambah air panas ya sebab bila dah sejuk kuah akan jadi lebih pekat.
– Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
Tips:
– Sagu boleh jugak masukkan dengan masak dia dulu. Dengan cara ni, kita boleh agak kepekatan kuah pengat.
– Caranya ialah sagu dimasak sehingga menjadi jernih. Angkat dan tuang ke dalam bekas penapis. Lalukan bawah air paip dan kacau rata untuk buang kanjinya. Tinggal biji sagu sahaja.
– Kalau ada banyak masa boleh buat cara ini. Kalau nak cepat ikut cara di atas.
Pokok bendi memang berbaloi untuk ditanam kerana penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan sejumlah wang yang banyak.
Kalau betul cara tanam memang hasil wow! Boleh ikuti perkongsian puan Liyana Mohd Poad ini untuk dijadikan panduan untuk memastikan tanaman menjadi dan subur!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagi yang suka tanam bendi saya bg tips supaya bendi berbuah dengan banyak di setiap celah. Rujuk gambar utk tips tips tersebut.
Bendi perlu dua perkara yang sangat sangat utama iaitu air yang banyak dan cahaya yg banyak utk buah yang banyak.
Bendi perlu dipetik kurang daripada tempoh seminggu ianya mengeluarkan buah. Jika lebih daripada tempoh ini, bendi akan jadi keras.
Baja khusus untyk bendi hanyalah baja tinja haiwan. Tak perlu baja mahal mahal kerana bendi senang berbuah dan senang dijaga.
Ni namanya bendi renek.Boleh beli biji benih brand BABA. Di luar paketnya ada tulis bendi hijau. Kalau bendi putih dan panjang, itu bendi susu.
2. Di setiap celah ada buah walaupun tingginya hanya lbih kurang 2 kaki.Ketika menyemai, apabila daun sudah ada 3 helai, pindahkn terus ke tempat penuh cahaya.Pokok bendi suka cahaya yg byk utk tumbesaran
3. Apabila petik buah,buang sekali daunnya.
4. Ini paling penting. Selepas petik bendi,buang sekali daunnya, jangan tinggalkn di pokok supaya kesemua zat akan sampai ke buah yang berikutnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...