Kelebihan santan yang diparut daripada sebiji kelapa dikatakan santannya lebih berlemak dan pekat. Enak dimasak pelbagai menu bahkan parutan kelapa yang segar juga diperlukan untuk menghasilkan salutan pada kuih tradisi seperti kaswi, kuih sagu dan sebagainya menjadi lebih menyelerakan.
Pun begitu, tidak dinafikan parutan kelapa juga akan mudah berubah rasa menjadi masam atau dikatakan basi jika tidak disimpan dengan baik.
Namun melalui perkongsian daripada Ani Zam, rupanya ada cara yang boleh dipraktikkan untuk pastikan parutan kelapa kekal segar untuk satu tempoh yang lama.
Mengetahui bagaimana caranya itu, jom semak perkongsiannya.
Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
Ads
3. Masukkn loyang ke dlm kukusan yg telah di panaskan
4. Kukus selama 15 minit
5.Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik
Ads
6. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku
Ads
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
sumber : Ani Zam via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuih Bom antara menu yang boleh disediakan buat sarapan mahupun minum petang. Cukup simple dan tak banyak bahan. Tapi adakalanya tersalah bancuhan menyebabkan kuih ini menjadi keras dan liat.
Untuk ibu-ibu cuba nanti, bolehlah tengok resipi dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha . Selamat mencuba!
Moh la kita main bom petang ni🤭😂…jemput minum geng, kuih bom 💣💣je petang ni..yang pasti lembut gebu,bukannya keras boleh meletop baling ke dinding🤣🤣resepi nanti saya edit,nak minam dulu 😆😆
Bagi yang menggemari maruku, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Puteri Langit Merah ini.
Caranya cukup senang dan bahan pun mudah. Pendek kata petik jari dah boleh siapkan untuk kudapan raya nanti.
Tak percaya? jom kita semak resipi yang dikongsikan ini.
Dah banyak hari saya buat muruku malas niyh ?? guna mee gardenia je , hehhe , kudap2 depan tv ?? lepas tu letak serbuk kari,serbuk lada hitam sikit, dengan knorr pasti sedap .
Bahan-bahan:
Mi sebungkus
Serbuk kari
Sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
Potong jangan pendek2 sangat, basuh dan toskan ,lepas tu goreng ,minyak betul2 panas dan api sederhana yer.
Dah nak angkat letak daun kari sikit, biarkan sejat minyak dulu pastu gaul dengan serbuk kari, serbuk lada hitam(takyah pun takpe) dan knorr pasti sedap/grm ??
mee lain saya tak pasti sbb tak pernah cuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu mana yang tak risau bila melihat rekod timbangan berat badan anak bermasalah, sama ada terlalu kurus atau timbangannya tidak naik-naik sedangkan ketinggian dan umur semakin bertambah!
Puas disuakan makanan namun selera anak tiada juga dan ini lagi menyukarkan ibu untuk memastikan berat badan bertambah. Atas sebab ini, sebaiknya ibu usahakan untuk menyediakan menu yang telah dikongsi oleh Pun Nur Farah yang berjaya menaikkan berat badan anaknya 2kg selama dalam masa sebulan. Jom semak!
Sapa sini ada masalah anak kecik kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yg buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja.
Resepi ni pakar pemakanan yang bgi kt mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan:
-nasi panas dicampur dgn beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ myk masak. Jgn tibai mnyk gas sudah nahh)
-ubi kentang yg digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus2 & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng)
*xdak bawang holand bawang merah besar pn xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara2
1. Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yg telah digoreng tadi dan lenyek2 kan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras2 tau sebab takmau anak terlekat.
2. Lepastu masukkan semua bahan2 tadi. Gaul sampai semua sebati.
3. Lepastu terus kepal2 jadi bentuk bola kecil2. Make sure nasi tu panas2 baru senang dikepal ok.
4.Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak2. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nk makan. Berselerak tarak pn lantak pi. Janji mau makan jaa.
Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
Ekstra Tip
* Kalau tiada ayam boleh juga diganti dengan ikan.
Kepal kecil-kecil agar mudah dimakan.
Sumber :Nur Farah Haniem via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.