
Kehidupan pelakon jelita, Sari Yanti bahagia bersama Jep Sepahtu dan anak-anak mereka. Sehingga kini, perkahwinan Sari dan Jep telah pun dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Wajah-wajah anak Sari seringkali dikatakan oleh peminat banyak menyerupai wajah Jep lebih-lebih lagi Khidir dan Abu Bakr. Menerusi akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan satu video terbaru Abu Bakr ketika sedang berada di rumah.
Abu Bakr kelihatan sedang menonton video di tab dan ketawanya tidak henti berbunyi. Suka hati betul Abu Bakr ini, cerita kartun pun seperti cerita lawak dibuatnya. Dengan muka comel dan berambut panjang seperti perempuan itu, ramai yang ger4m melihat Abu Bakr.
Memetik komen warganet, itu belum Abu Bakr melihat abahnya membuat lawak. Apatah lagi sebagai Tapan, tentu lagi tergelak si kecil ini. Seronok warganet mendengar gelak ketawa Abu Bakr, boleh hilang segala stress abah mendengar ketawa Abu Bakr yang menghiburkan itu.
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik.
Untuk rekod, Sari Yanti telah mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga Cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Sumber: Instagram Jepsepahtu
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Perempuan Kali Pertama Datang Haid? Rupanya Ayah Pun Ada Perkara Perlu Uruskan!

Biasanya bab anak perempuan datang haid buat pertama kalinya, ada yang beranggapan menjadi tugas seorang ibu memberikan pencerahan berkenaan apa yang perlu dilakukan.
Maklumlah pengalaman pertama anak-anak mamasuki usia baligh, tidak dinafikan ada yang rasa takut, sedih, bungung dan pelbagai lagi emosi bercampur aduk.
Pun begitu, peranan bapa juga sebanarnya tidak kurang pentingnya dalam memberi penerangan detail kepada anak-anak perempuan yang didatangi haid buat kali pertama.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang bapa, Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk bapa di luar sana untuk berdepan dengan situasi ini di masa akan datang.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
- Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
- Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
- Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
- Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
- Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
- Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
- Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
- Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Sumber : Firdaus Mokhtar,Walid.
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat, Raja Ilya Terpaksa Tukar Tiga Hospital!

Pelakon cantik manis, Raja Ilya dimasukkan ke beberapa hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, Raja Ilya memuat naik videonya ketika berada di hospital dan berkongsi perkembangan terkininya yang resah menanti detik bersalin.
“Jelajah nak beranak.
“Bukan satu hospitals tapi tiga hospital dah jelajah dari petang semalam since air ketuban pecah.
“Naik ambulance ulang alik sana sini! Dari hospital Fiona Stanley to Rockingham hospital then ke King Edward now. Hopefully ni last and beranak kat sini je today … huhu,” tulisnya berkongsi.
Bahkan kata Raja Ilya menerusi perkongsian videonya, dia menanti hampir 12 jam kerana terpaksa bertukar hospital. Namun tidak dapat dipastikan keadaan dirinya sehingga terpaksa bertukar-tukar hospital.
Menurut ibu kepada Talita Love ini, dia juga kini masih menantikan detik bersalin.
“Daripada petang semalam 6pm semalam sampai sekarang 6 pagi, masih tak rasa nak beranak.
“Plan nak c sec jadi dah rancang nak pergi buat pedicure madicure dulu tapi semua plan tak menjadi,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut mendoakan agar dipermudahkan kelahiran bayi keduanya ini.
Terdahulu Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bakal menyambut kelahiran anak keduanya selepas mengumumkan hamil anak kedua. Raja Ilya dan suami, Trent Garret turut dikurniakan seorang cahaya mata, Talita Love Garret, yang kini berusia dua tahun.
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ibu Jalani Prosedur ‘Ditidurkan’, Luahan Hati Wanita Ini Meruntun Jiwa, Warganet Titip Doa.

Sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tercinta. Lebih menyedihkan apabila terpisah akibat virus Covid-19 yang menyerang ibu.
Ibu yang selama ini menjadi tempat untuk bermanja kini bertarung nyawa. Bagi wanita ini, Mariana Martin menerusi facebooknya memohon warganet mendoakan kesihatan ibunya berpanjangan dan kembali sembuh setelah doktor melakukan prosedur intubate buat ibunya.
Selanjutnya ikuti perkongsian beliau yang meruntun jiwa.
Diizinkan Allah dan diizinkan oleh pihak hospital untuk menyambungkan kami dengan video call bersama emak awal subuh tadi sebelum prosedur mak di intubate dan ‘ditidurkan’ .
Mak yang sudah 7 hari boleh bercakap, makan dan duduk tiba-tiba sahaja keadaan kesihatan paru-parunya merosot kembali. Awal Pagi ini mak kritikal.
Bacaan oksigen mak terus drop, sempat mak mengadu pada kami dalam video call,
“Dada sakit, tak boleh nafas. Rasa penat”. Dada mak sakit”. Mak cakap sambil cuba duduk.
Mak susun ayat minta maaf pada abah, abah dan kami berjurai-jurai air mata. Hanya mampu sebut ‘Allahuakbar, Allahuakbar’. Suara seperti tersekat di kerongkong. Perit.
Dalam mengah dan nafas yang pendek-pendek, mak sampaikan pesanan buat kami.
“Pandai-pandai jaga diri, jaga anak betul-betul, jaga abah, jaga paksu (adik bongsuku), jaga solat, doakan mak, tahlil”. Mak berhenti.
Sambil mak susun nafas mak gagahkan diri sambung lagi nasihatnya,
“sampaikan salam pada semua kawan-kawan mak, takut tak sempat jumpa. Cakap mak minta maaf pada semua.
Mak rebahkan diri, terbaring dan letak kepala di bantal. nampak doktor sibuk memasang wayar, doktor bius juga ada bersama. Hampir 5 orang doktor kerumun mak.
Mak kumpul kekuatan, air matanya tidak menitik. Nampak merah dan bertakung. Muka mak tenang. Mak sambung lagi,
“Jaga aurat, jaga solat, bangun tahajud. Jaga abah, jaga syukri. Mak sayang semua, mak maafkan semua”.
Sambil tangan Mak buat flying kiss dan melambai kami penuh tenang.
Hanya Allah yang tahu perasaan di waktu…
Kalaulah dapat kami kucup wajah mak
Kalaulah dapat ku cium tangan mak
Kalaulah dapat kami mencium semua tulang 4 kerat mak yang membesarkan kami adik beradik alangkah bahagianya.
Tapi, kami hanya mampu melihat mak semakin jauh, dalam tangisan dan air mata kerinduan.
Doktor yang full dengan PPE semua kerumun mak dan mula menjalankan proses ‘tidurkan’ mak.
Doktor2 angkat tangan dan melambai kepada kami adik beradik seolah2 memujuk kami untuk redha.
Nurse yang memegang telefon, melambai seperti ahli keluarga menenangkan kami.
Sampai tika itu, tiada lagi suara mak. Mak terbaring lesu. Tiada lagi suara. Aku terus kaku bisu. Semuanya terlalu cepat.
Ya Allah, ampunkan dosa ibu kami, redhakan dia, rahmatilah dia. Amin amin.
Kami menunggu penuh rindu…
Mak cepat sihat, cepat buka mata.
😭😭😭
**Mohon sahabat semua hadiahkan bacaan alfatihah buat bonda kami. Kholijah Bt Ismail.
*** Buat saudara mak, kawan-kawan mak dan yang mengenali mak, mak minta sampaikan salam dan mohon maaf pada semua. Mak kata takut tak sempat jumpa.
Sumber: Mariana Martin
Belian di sini
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520