Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor pada pagi Jumaat.
Bayi lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 3.53 pagi.
Kata isteri Azwan Kombos ini lagi, kelahiran kali ini sedikit berbeza kerana ia lebih menyakitkan.
“Walaupun agak sakit tapi Allah permudahkankan urusan, jadi tidak terlalu lama saya menahan sakit itu.
“Alhamdulillah, sudah ada sepasang cahaya mata, memang banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia.
“Doktor yang melakukan prosedur kelahiran adalah orang sama dan proses bersalin juga sama… cuma yang berbeza hanya rasa sakit sahaja,” ujarnya lagi turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.
Dalam pada itu, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melahirkan anak pada hari Jumaat tercapai.
Ads
“Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini.
“InsyaAllah selepas ini saya sambung berpantang di rumah mak. Saya bawa confinement lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 hari,” ujarnya.
Ditanya nama anak lelakinya itu, Ezzaty memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Bagi masyarakat di Utara tanahair, ikan pekasam umpama makanan wajib bagi masyarakat di sana. Penambah selera kala buntu dan jemu dengan sajian menu setiap hari.
Makan nasi panas dengan ikan pekasam juga sudah cukup memadai. Tak perlukan lauk pauk yang lain. Memang bangkit selera.
Kebiasaannya kita hanya membeli pekasam di kedai sahaja. Maklumlah tak pernah terfikir cara untuk menyediakannya sendiri di rumah. Pun begitu rasa yang kadang-kala sedap dan ada juga yang kurang buat kita rasa geram dan tak puas
bila makan.
Jawapannya tentu sahaja buat sendiri di rumah adalah pilihan terbaik. Sebenarnya mudah sahaja nak hasilkan sendiri ikan pekasam di rumah. Ikuti perkongsian ini. Senang je nak buatnya.
Bahan-bahan:
Beras yang siap dibasuh & ditoskan sehingga kering
Garam kasar
Ikan yang siap dibersihkan
Caranya:
Langkah 1:
– Gaul rata ikan yang siap dibersihkan tadi dengan garam kasar.
– Masukkan juga garam kasar ke dalam bahagian dalam ikan.
– Perap ikan tersebut di dalam bekas yang ditutup rapat selama 3 malam
Langkah 2:
– Goreng/sangai beras yang siap dibersihkan tadi hingga menjadi keperangan.
– Goreng dengan api yang sederhana.
Langkah 3:
– Kisar beras yang siap digoreng tadi.
– Kisar jangan terlalu halus.
Langkah 4:
– Masukkan sedikit air putih ke dalam beras yang siap dikisar tadi.
– Gaul rata
Langkah 5 :
– Bersihkan dahulu ikan daripada garam kasar.
– Gaul ikan yang siap dibersihkan tadi bersama beras yang siap dikisar yang dicampur dengan air.
– Gaul rata
– Masukkan sekali beras ke dalam bahagian dalam ikan.
Langkah 6 :
– Perap ikan yang siap digaul dengan beras perang yang siap dikisar di dalam bekas yang rapat.
– Pastikan tiada lalat atau serangga kecil dapat masuk ke dalam bekas tersebut.
– Perap sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari.
Setelah 21 hari diperap di dalam bekas.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Ketom Ketom
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam kegawatan ekonomi dan masalah pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang, semua orang terkena tempias. Juasteru pelbagai cara dilakukan untuk bekerja demi mencari rezeki yang halal.
Tak kira usia, bahkan ada yang sudah melebihi separuh abad namun masih berusaha keras mencari rezeki yang halal. Itulah situasi yang dikongsikan oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter . Baru-baru ini dia bertemu dengan seorang warga emas sedang menjual di tepi jalan di Jitra, Kedah.
Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.
Bukan tak nak buat sendiri lepat pisang, tapi beli dekat Pak Cik ni macam best jugak😄
Lebih memilukan, pak cik tersebut terpaksa berbuat demikian demi mencari duit untuk melakukan pembedahan mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah kencing manis.
Kata Nuriylia, jumlah pembedahan menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.
Pak cik cakap dia nak buat operation mata. Mata tak nampak sebab kencing manis. Total 3k. Sekarang baru ada ratus ratus.
Yang area Jitra boleh la pi beli lepat pisang, pulut udang & tepung bungkus dekat Pak cik ni. MEMANG SEDAP💕
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta. Bukan itu sahaja, ada yang pernah membeli memuji akan kesedapan kuih yang dijual.
Pakcik nie org kampung i.. dekat sangat umah i dngn dea🥺.. semoga murah rezeki pakcik nie..
Memikul amanah sebagai seorang lelaki pastinya tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah untuk dilunaskan.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari daripada kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…
Ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…
Ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Kalau tak boleh bertanggungjawab ke atas mereka yang menjadi kewajipan kita, yang berada dibawah tanggungan kita, maka apa yang kita perlu jadi?
Jangan hidup sekadar untuk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Fitrah kejadian lelaki itu adalah untuk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dengan kelebihan yang tidak ada pada kaum hawa…
Ibubapa, isteri dan anak2 ini amanah Allah s.w.t…
Bagi mereka yang beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kepadanya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaiknya kerana dia takut dengan balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yang diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yang menjadi tanggungjawab kita…
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.