Kekayaan Yang Diwarisi, Aeril & Wawa Kerja Keras Demi Anak-Anak
Setiap ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Sudah tentu pelbagai keperluan untuk anak-anak disediakan untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan cemerlang dalam hidupnya.
Namun, ada juga ibu bapa bekerja keras dengan membina empayar dalam perniagaan untuk diwarisi anak
Nyata ibu ayah mahu kekayaan dan kejayaan yang mereka cipta itu akan diwarisi oleh anak tersayan agar masa depan lebih terjamin.
Sebagaimana yang diakui oleh Aktor dan usahawan popular, Aeril Zafrel serta isterinya Wawa Zainal merancang perkara tersebut demi memastikan masa depan anak mereka terjamin.
ARTIKEL BERKAITAN: Bila Anak Ramai, Wawa Zainal, Tak Kisah Baju Tak Bergosok, Tali Kasut Tak Ikat, Raih Perhatian Ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: “Telur Sebiji Pun Kadang 2,3 orang kongsi..” – Ada 23 Adik Beradik, Wawa Zainal Buka Cerita Undang Sebak
ARTIKEL BERKAITAN: ”Bahagiakan Isteri Banyak Rezeki, Idola Sangat.” Susah Senang Bersama, Aeril Zafril Beri Kejutan Istimewa Buat Wawa Zainal!
DEMI ANAK SANGGUP KERJA KERAS
Memetik Utusan Online, Aeril Zafrel memberitahu bawa anak keduanya Hayla bakal bergelar CEO untuk syarikat yang diusahakan bersama isterinya.
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.”
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
ANAK MINAT BERLAKON NAMUN UTAMAKAN DIDIKAN AGAMA
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana mampu membawa watak dengan baik sekali.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.
Sumber: Utusan Online
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club