Kekal Sihat Dengan Persekitaran Udara Bersih Hanya Guna Teknologi Ini

Share

Fasa peralihan fasa ke endemik membolehkan orang ramai bergerak ke pelbagai lokasi tanpa sekatan antaranya aktiviti pelancongan yang paling digemari ramai.

Bagaimanapun kebimbangan terhadap risiko dijangkiti tetap ada selain daripada kewujudan pelbagai virus penyakit yang lain.

Justeru sebenarnya ramai yang tetap mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan memastikan kerap berada di dalam rumah.

Memilih untuk tinggal di dalam rumah berbanding luar rumah memerlukan kita bernafas dalam ruang udara yang bersih dan sihat.

Tahukah anda, ruang udara rumah yang bersih mencegah penyebaran virus dan mengelakkan anda sekeluarga dijangkiti virus.

Untuk membantu memastikan udara di rumah sentiasa segar, Acer menawarkan teknologi untuk membersih dan membantu pengaliran udara di ruang kediaman.

Acerpure cool ialah pengalir dan penulen udara 2-dalam-1 yang dilengkapi dengan penapis HEPA 3-dalam-1 yang dipasangkan dengan Penapis Bersalut Perak Ag+ untuk membersihkan dan mengedarkan udara di sekeliling bilik.

Prihatin Dengan Kesihatan Masyarakat

Sebagai tanda prihatin dengan kesihatan masyarakat Malaysia, Acer ingin memastikan setiap orang dapat menghirup udara yang bersih di rumah masing-masing menggunakan acerpure cool 2-dalam-1 yang membersih dan menyejukkan udara pada masa yang sama supaya anda dan orang tersayang dapat menghirup udara yang lebih bersih sama ada di rumah atau di pejabat.

Acerpure cool secara berterusan mengesan, menilai dan meningkatkan kualiti udara melalui teknologi terbina pintarnya

Ciri-Ciri Terbaik acerpure cool

Sebelum membuat keputusan untuk membeli penulen udara untuk kegunaan rumah anda perlu mengambil tahu apa ciri-ciri yang dimiliki. Berikut adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh acerpure cool

dan yang pastinya sangat berbaloi untuk memilikinya.

  1. Diuji oleh makmal pihak ketiga, acerpure cool HEPA 3-dalam-1 penapis diperakui dan Penapis Bersalut Perak Ag+ mengeluarkan zarah PM1.0, 99.97% daripada zarah terampai 0.3μm, bakteria di udara dan berkesan terhadap aktiviti virus H1N1.

2. Acerpure cool membebaskan ion negatif untuk mengurai gas berbahaya di udara seperti formaldehid

3. Reka bentuk yang ringkas tetapi moden dengan panel sentuh LED intuitif dan kunci keselamatan kanak-kanak

4. Dengan sensor kualiti udara PM1.0, acerpure cool menyokong pemantauan kualiti udara dalaman masa nyata dan bacaan dipaparkan melalui tiga lampu penunjuk LED warna hijau, kuning dan merah membolehkan pelarasan mod operasi mudah dan pemantauan masa nyata kualiti udara

5. Menggabungkan fungsi pembersihan dan pengaliran udara, acerpure cool mampu memancarkan udara bersih sehingga 16m, mencapai peredaran udara penuh bagi bilik 27 m2 dalam masa tiga minit

6. Mod penulen udara melaraskan operasinya secara automatik untuk memastikan pembersihan bilik yang lebih baik apabila kualiti udara yang lemah dikesan.

7. Dengan mod senyap senyap 26dB, acerpure cool mampu membersihkan dan mengalirkan udara segar secara senyap.

Jawab soalan peraduan di bawah ini dan pemenang bertuah berpeluang menang hadiah sebuah acerpure cool. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2022.