Rasanya ramai para wanita mengenali dan ada sebahagiannya menjadi pengguna tegar produk jamu jenama Mustika Ratu kan?
Mana tidaknya, jamu tradisi yang mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan.
Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan produk ini, tetapi tidak mengenali pengasasnya, Ibu Mooryati Soedibyo yang bertungkus-lumus membesarkan empayar jamu berkenaan di serantau Asia termasuklah Malaysia.
Jika dilihat pada usianya kini, pasti ramai tidak menyangka bahawa Ibu Mooryati Soedibyo sebenarnya sudah berusia 94 tahun kerana beliau masih kelihatan muda seperti 50-an.
Berkongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga di usia 94 tahun, Ibu Mooryati mendedahkan dia cuma mengamalkan jamu dalam kehidupan harian. Malah, cucu kepada Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesai iaitu Sri Susuhunan Pakubuwana X mengatakan dia rajin membuat beras kecur secara alami di rumah.
“Dari masih muda, saya rajin minum jamu, saat ini pun saya masih rajin. Saya biasanya minum beras kencur yang saya buat sendiri di rumah,” ujarnya.
Melihat kepada wajah Ibu Mooryati yang masih licin dan jelas menunjukkan jamu adalah rahsia awet muda yang sangat mujarab.
Difahamkan, beras kencur ini mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh badan mereka yang mengamalkannya. Bahan untuk membuat beras kencur ini sangat ringkas iaitu beras, kencur (atau sinonim dengan cekur), gula merah, air dan daun limau purut yang melalui beberapa proses.
Beras hendaklah dicuci lalu direndam dalam air sekurang-kurang enam jam. Selepas itu, kupas kulit cekur dan potong gula merah menjadi ukuran lebih kecil. Kemudian, kesemua bahan tersebut dimasukkan dalam mesin pengisar, blend sehingga halus. Setelah itu, tapis air tersebut sebelum dipindahkan ke dalam gelas lain untuk menikmati air tersebut.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis resepi dan kegunaan beras kencur ini mengikut citarasa seseorang sama ada mahu secara asli mengikut Jawa atau sebaliknya.
Tapi, apa yang boleh dikatakan, pengamalan beras kencur sedikit sebanyak dapat membantu memberikan kesihatan tubuh yang sihat mengikut petua orang dulu-dulu.
Untuk pengetahuan, Ibu Mooryati juga bukan sahaja cantik dan berketurunan darah pahlawan, bahkan beliau juga seorang yang bijak. Beliau merupakan alumni Universitas Saraswati, Univesitas Terbuka dan Universitas Sebelas Maret Surakarta.
Bahkan gelaran Doktor diperoleh dari Universitas Indonesia dalam jurusan ekonomi. Tak cukup dengan itu, nama beliau tercatat dalam The Indonesia World Records Musuem (MURI).
Sumber: Nona, Merdeka.com
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/